" Ya.. Allah.., berilah hidayat, hifazat dan maghfirahMu kepada pemimpin kami Imam Mahadi Al-Muntazar walau di mana baginda berada. Selamatkanlah baginda, bantulah baginda, begitu juga para pejuang Islam yang akan bergadai nyawa di sisinya. Ya.. Allah.., selamatkanlah seramai mungkin umat ini dari fitnah dan sihir Dajjal. Ya.. Allah.., bantulah kami menghadapi gelombang-gelombang ujian yang bakal mendatang "


INFO TERKINI GEMPA BUMI SABTU 3 MARCH 2012
8.20 pm -
Gempa bumi kuat bermagnitud 6.7 skala Richter telah berlaku di Tenggara Kepulauan Loyalty. Pusat gempa bumi tersebut terletak di latitud 22.1 Selatan longitud 170.5 Timur - 6403km Tenggara Tawau, Sabah :- JMM
PRO REFORM VIDEO - Piring Terbang..?

04 September 2009

'Watak Musa' Masih Diperlukan...

Tindakan Najib menyambung kontrak perkhidmatan KPN, Musa Hassan amat mengecawakan kebanyakan rakyat. Ini kerana Musa dilihat berhadapan dengan pelbagai dakwaan termasuklah penglibatan beliau dengan kongsi gelap dalam mengatur kenaikan pangkat pegawai polis. Pelbagai akuan bersumpah telah dibuat, bukan sahaja dari orang awam malah dari anggota PDRM sendiri.

Musa juga dilihat telah gagal membendung kadar jenayah yang nampaknya semakin meningkat. Watak Musa mula 'terserlah' setelah bermulanya 'misi' bagi menghumban DSAI ke dalam penjara. Beliau tanpa segan-silu telah memikul tilam berulang-alik ke mahkamah sehinggalah selesai 'misi' berkenaan.

Setelah beliau dilihat berjaya dalam 'misi' ini, beliau telah mendapat 'ganjaran' dengan dilantik sebagai KPN. Penyambungan kontrak ini juga mungkin kerana khidmat beliau masih diperlukan lagi bagi menjayakan 'misi ke-2' dengan tujuan yang sama. Tapi nampaknya misi kali ini tak semudah yang sebelumnya.

Pengalaman yang lalu telah mematangkan mangsanya (DSAI) dan juga rakyat. Buktinya, UBN sedang menuju kehancuran.... Mungkin ada baiknya juga kontrak beliau disambung. Ini kerana rakyat akan dapat melihat beliau dan puak-puak yang melantik beliau dahulu karam bersama-sama bahtera UBN.....

No comments:

HIMPUNAN ARTIKEL-ARTIKEL SEBELUMNYA