" Ya.. Allah.., berilah hidayat, hifazat dan maghfirahMu kepada pemimpin kami Imam Mahadi Al-Muntazar walau di mana baginda berada. Selamatkanlah baginda, bantulah baginda, begitu juga para pejuang Islam yang akan bergadai nyawa di sisinya. Ya.. Allah.., selamatkanlah seramai mungkin umat ini dari fitnah dan sihir Dajjal. Ya.. Allah.., bantulah kami menghadapi gelombang-gelombang ujian yang bakal mendatang "


INFO TERKINI GEMPA BUMI SABTU 3 MARCH 2012
8.20 pm -
Gempa bumi kuat bermagnitud 6.7 skala Richter telah berlaku di Tenggara Kepulauan Loyalty. Pusat gempa bumi tersebut terletak di latitud 22.1 Selatan longitud 170.5 Timur - 6403km Tenggara Tawau, Sabah :- JMM
PRO REFORM VIDEO - Piring Terbang..?

06 September 2009

Sepantas 'Kilat' PDRM Bertindak!

Polis telah menahan 16 orang termasuk 3 wanita selepas mereka berarak secara aman (haram bagi PDRM) dari Masjid Jamek, Jalan Tun Perak, menghala ke Dataran Merdeka malam tadi. Antara yang ditangkap ialah pemimpin Hindraf S Jayathas, Bekas tahanan ISA P Uthayakumar bersama tunang beliau Indradevi yang sedang beredar dari Dataran Merdeka.

Sebelum ketibaan PDRM, mereka secara aman telah menyanyi sambil membawa bunga mawar merah dan putih serta lilin yang hanya bagi memberi mesej agar rakyat Malaysia menghormati antara satu sama lain. Seperti biasa, setibanya PDRM kononnya bagi menghalang perarakan 'haram' itu, suasana telah bertukar menjadi tidak aman lagi.

PDRM telah bertindak seumpama mahu menangkap 'pengganas' dengan menerkam ke arah Uthayakumar sehingga beliau terjatuh dan kemudiannya dibawa menaiki trak. Nak dihantar ke Kamunting balik ke...? Akibat tindakan PDRM ini, peserta yang lain pun mula beredar.

Inilah kehebatan PDRM dalam menangani perhimpunan 'aman bagi rakyat, haram bagi mereka'.



2 comments:

Anonymous said...

kerana mereka tak bawa kepala lembu.... dan UMNO tiada di belakang......

Anonymous said...

Inilah bahana yg dipupuk oleh BN sejak mula kemerdekaan lagi yg telah menjadi pegangan dalam PDRM.

Sentiasa megikut apa saja perintah asalkan drpd KERAjaan BN. Mereka 'wajib dibela', Pembakang 'harus dilanyak'...!!!!

Lakukanlah selagi kamu masih berpeluang melakukan 'kezaliman' terhadap rakyat yg tidak berdosa ini....

Kebenaran PASTI tertegak akhirny
a..........

HIMPUNAN ARTIKEL-ARTIKEL SEBELUMNYA