" Ya.. Allah.., berilah hidayat, hifazat dan maghfirahMu kepada pemimpin kami Imam Mahadi Al-Muntazar walau di mana baginda berada. Selamatkanlah baginda, bantulah baginda, begitu juga para pejuang Islam yang akan bergadai nyawa di sisinya. Ya.. Allah.., selamatkanlah seramai mungkin umat ini dari fitnah dan sihir Dajjal. Ya.. Allah.., bantulah kami menghadapi gelombang-gelombang ujian yang bakal mendatang "


INFO TERKINI GEMPA BUMI SABTU 3 MARCH 2012
8.20 pm -
Gempa bumi kuat bermagnitud 6.7 skala Richter telah berlaku di Tenggara Kepulauan Loyalty. Pusat gempa bumi tersebut terletak di latitud 22.1 Selatan longitud 170.5 Timur - 6403km Tenggara Tawau, Sabah :- JMM
PRO REFORM VIDEO - Piring Terbang..?

10 September 2009

TBH: Coretan Inkues Pada 9/9

Inkues hari ini menyaksikan apa yang telah dijanjikan oleh peguam keluarga mendiang TBH, Gobind Singh Deo dengan menampilkan saksi yang dikatakan sebagai bukti bahawa sistem penderaan telah digunakan oleh pegawai-pegawai SPRM dalam proseding soal-siasat. Saksi yang dimaksudkan ialah T.Sivanesan Tanggavelu, 22.

Sivanesan telah dikunjungi pegawai SPRM di rumahnya pada 4 September tahun lepas dan telah bersetuju membantu siasatan. Beliau diiringi pegawai berkenaan ke ibupejabat SPRM di Plaza Masalam. Beliau bagaimanapun terkejut apabila pegawai-pegawai terbabit memaksanya menandatangani sebuah dokumen yang menyabitkan kesalahan rasuah pada dirinya. Seorang pegawai bernama Mohan telah mengugut beliau, sekiranya enggan bekerjasama, ibupejabat SPRM ini akan menjadi neraka baginya.

Dalam pengakuannya,Sivanesan telah melakar imej grafik pengalaman beliau dikurung dalam sebuah bilik gelap, dikerumuni beberapa lelaki (pegawai SPRM), dipukul dengan batang besi, ditumbuk, ditendang, dibogelkan dan dirotan di bahagian kemaluan sehingga pengsan.

Walaubagaimanapun, peguam yang mewakili SPRM, Datuk Abdul Razak Musa membantah kehadiran Sivanesan dengan mengatakan bahawa pengakuan saksi ini tidak relevan kepada inkues TBH kerana ia tidak berkaitan dan ianya telah lama berlaku.

Gobind berharap, dengan menampilkan saksi penderaan oleh SPRM ini dapat membuka mata inkues bahawa mendiang TBH berkemungkinan telah didera sehingga membawa kepada kematian.

Akibat daripada pengakuan saksi ini, 5 pegawai SPRM termasuk Mohd Ashraf Mohd Yunus yang merupakan seorang saksi di dalam inkues ini telah membuat laporan polis bagi menafikan dakwaan berkenaan.

No comments:

HIMPUNAN ARTIKEL-ARTIKEL SEBELUMNYA