" Ya.. Allah.., berilah hidayat, hifazat dan maghfirahMu kepada pemimpin kami Imam Mahadi Al-Muntazar walau di mana baginda berada. Selamatkanlah baginda, bantulah baginda, begitu juga para pejuang Islam yang akan bergadai nyawa di sisinya. Ya.. Allah.., selamatkanlah seramai mungkin umat ini dari fitnah dan sihir Dajjal. Ya.. Allah.., bantulah kami menghadapi gelombang-gelombang ujian yang bakal mendatang "


INFO TERKINI GEMPA BUMI SABTU 3 MARCH 2012
8.20 pm -
Gempa bumi kuat bermagnitud 6.7 skala Richter telah berlaku di Tenggara Kepulauan Loyalty. Pusat gempa bumi tersebut terletak di latitud 22.1 Selatan longitud 170.5 Timur - 6403km Tenggara Tawau, Sabah :- JMM
PRO REFORM VIDEO - Piring Terbang..?

15 September 2009

Melayu Sertai DAP Bukan Ancaman

Parti DAP Selangor telah membuka keahlian mereka kepada orang Islam dengan tertubuhnya satu cawangan DAP - Melayu di negeri itu. Mulalah kedengaran suara-suara yang mengatakan bahawa ianya akan menjadi satu ancaman.

TGNA telah memberi pendapat beliau mengenai isu ini. Kalau nak buka tu, buka lah. Kalau rakyat boleh terima, itu dia punya pasal. Terlalu awal bagi beliau untuk mengatakan bahawa ianya satu ancaman. Ini kerana bagi beliau, DAP, PAS dan PKR sedang bergabung dalam satu 'pakatan'.

Saya menyokong penuh dengan pendapat TGNA. Dengan perubahan yang berani dilakukan DAP ini, ianya juga bertepatan dengan perjuangan yang dibawa oleh P, dimana, sentiasa berusaha untuk melakukan perubahan 'demi kepentingan buat semua bangsa di Malaysia'. Dengan ini, tiada lagi parti yang mensyaratkan keahlian mereka kepada satu-satu bangsa sahaja.

Semenjak Rakyat Malaysia bangkit dari tidur yang memanjang angkara didodoi oleh UBN, modal yang dibawa oleh mereka (UBN) iaitu demi membela satu-satu bangsa sudah tidak laku lagi.

PKR merupakan parti pertama membuat 'reform' sebegini. Walaupun UBN pimpinan Najib telah menciplak daripada PR dengan 1Malaysia, rakyat tetap bersama-sama dengan PR kerana rakyat lebih percayakan 'wadah perjuangan' yang dibawa oleh PR.

No comments:

HIMPUNAN ARTIKEL-ARTIKEL SEBELUMNYA