" Ya.. Allah.., berilah hidayat, hifazat dan maghfirahMu kepada pemimpin kami Imam Mahadi Al-Muntazar walau di mana baginda berada. Selamatkanlah baginda, bantulah baginda, begitu juga para pejuang Islam yang akan bergadai nyawa di sisinya. Ya.. Allah.., selamatkanlah seramai mungkin umat ini dari fitnah dan sihir Dajjal. Ya.. Allah.., bantulah kami menghadapi gelombang-gelombang ujian yang bakal mendatang "


INFO TERKINI GEMPA BUMI SABTU 3 MARCH 2012
8.20 pm -
Gempa bumi kuat bermagnitud 6.7 skala Richter telah berlaku di Tenggara Kepulauan Loyalty. Pusat gempa bumi tersebut terletak di latitud 22.1 Selatan longitud 170.5 Timur - 6403km Tenggara Tawau, Sabah :- JMM
PRO REFORM VIDEO - Piring Terbang..?

11 September 2009

Manoharan Fail Saman Fitnah RM100 Juta

ADUN Kota Alam Shah, M.Manoharan telah memfailkan saman fitnah sebanyak RM100 juta terhadap Ketua Polis Negara, Peguam Negara dan 3 syarikat akhbar tempatan iaitu Star Publication (M) Berhad, News Straits Times dan Utusan Malaysia. Writ saman itu difailkan Tetuan M. Manoharan di Mahkamah Tinggi Sivil di Kompleks Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur.

Dalam saman ini beliau menuntut ganti rugi teladan, ganti rugi keterlaluan dan perintah injuksi untuk menghalang Musa dan Abdul Gani atau ejen mereka daripada mengulangi penerbitan kenyataan berunsur fitnah terhadapnya.

Menurut Manoharan, Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail menggunakan akhbar-akhbar terbabit untuk melemparkan tomahan-tomahan palsu terhadapnya iaitu mengatakan beliau seorang pengganas yang ada hubungan dengan LTTE.

Manoharan mengatakan ini merupakan kali pertama beliau memfailkan tuntutan saman berhubung kes penahanannya dalam ISA baru-baru ini. Akibat mereka tidak suka atas perjuangan beliau, mereka mengenakan fitnah supaya mereka boleh menggunakan fitnah ini untuk menahannya di bawah ISA. Fitnah ini semata-mata diada-adakan oleh Ketua Polis Negara dan Peguam Negara.

Nmapaknya kerajaan Malysia terpaksa berhadapan dengan lebih banyak saman lagi akibat daripada kerakusan mereka menggunakan kuasa. Sebelum ini, dalam saman terhadap mereka, keputusannya Kerajaan Malaysia, Peguam Negara, Ketua Polis Negara dan akhbar-akhbar tunggangan mereka telah didapati bersalah dan terpaksa membayar berjuta-juta ringgit !!

No comments:

HIMPUNAN ARTIKEL-ARTIKEL SEBELUMNYA