BN kini nampaknya semakin ditolak rakyat. Namun, para pemimpin-pemimpin mereka masih kelihatan 'steady' seperti sebelum tercetusnya 'Gelombang Perubahan' dalam negara kita.
Ketua Penerangan UMNO, Ahmad Maslan berkata, apa yang didakwa oleh pemimpin dari PR iaitu kira-kira 5,000 undi pos di Bagan Pinang 'pasti milik BN' tidak berasas. Pemimpin yang beliau maksudkan ialah Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua. Sebenarnya majoriti dari kalangan pemimpin PR dan juga dari anggota tentera itu sendiri telah persoalkan mengenai cara pengendalian undi pos. Ianya sudah lama dipertikaikan.
Maslan berceloteh lagi, PR dilihat seakan-akan tewas sebelum berjuang, seolah-olah sudah berputus asa, lagipun mereka yang mengundi secara pos mempunyai hak masing-masing untuk memilih pemimpin yang mereka mahukan. Jika mereka mahu pilih pembangkang (PR), itu hak mereka dan jika pengundi pos ini memilih BN, bermakna mereka berpuas hati dengan apa yang mereka perolehi daripada kerajaan.
Maslan nampaknya telah terkebelakang dengan mengeluarkan kenyataan yang sebegini. Suasana politik dalam negara kita sekarang, rakyat tidak mahu lagi mendengar alasan yang condong kepada banyak berdalih semata-mata untuk 'menegak benang yang basah'.
Cerita mengenai undi pos yang 'pasti' memihak kepada BN sebenarnya datang dari anggota-anggota ataupun bekas-bekas tentera sendiri. Begitu ramai antara mereka yang tidak berpuas hati dengan cara pengendaliannya. Ini kerana, ramai dari kalangan mereka yang tidak pernah memangkah sendiri kertas undi pos. Kerja memangkah BN ini telah menjadi tugasan rasmi ketua-ketua mereka.
Ada juga yang pernah memangkah sendiri, namun 'kuasa magic' telah mengubahnya. Buktinya, apabila anggota tentera yang pro pembakang bercerita sesama mereka, sebagai contoh 100 dari mereka sudah pasti memangkah pembakang, tiba-tiba bila keluar keputusan, kesemuanya telah memangkah BN. Sebenarnya ramai dari anggota tentera sudah begitu lama tidak suka kepada BN.
Hakikat BN Mutakhir Ini
_____________________
Daripada asyik mencari beribu dalih untuk menegak benang yang basah, menambahkan lagi kemarahan rakyat, lebih baik BN memikirkan sekiranya mereka tewas pada PRU-13 yang akan datang, BN berazam akan menjadi Pembakang yang digeruni kerajaan serta sentiasa mengutamakan rakyat seperti apa yang telah dilakukan oleh PR.
Kenyataan yang mengatakan BN akan tewas pada PRU-13 nanti datangnya dari pemimpin tersohor mereka sendiri iaitu Tun Dr Mahathir (TDM). Ini berpunca daripada pergolakan 2 parti komponen terbesar dalam BN iaitu MIC dan MCA, UMNO tidak pula disebutnya sedangkan permulaan kecelaruan ini datangnya dari UMNO semasa beliau masih menjadi PM.
Memang beginilah perangai TDM, apa yang dibuatnya sentiasa benar dan wajib diterima. Ditudingnya kepada MIC dan MCA akan menjadi punca kekalahan pada PRU-13 sekiranya permasaalahan dalam kedua-dua parti itu tidak dapat diselesaikan segera. Siapa sebenarnya kalau bukan beliau yang telah mendominasikan kedua-dua parti ini? Bila kedua-dua parti ini telah ditolak oleh rakyat MIC-India, MCA-Cina, begitu senang beliau membuat kesimpulan tanpa memikirkan terlebih dahulu UMNOlah sebenarnya pencetus apa yang ditanggung BN sekarang.
TDM juga telah membuat kenyataan bahawa Samy Vellu perlu diganti kerana telah terlalu lama memegang jawatan presiden. Ini yang menyebabkan MIC tidak berubah, tersangkut dengan cara usang yang tidak lagi dapat diterima oleh masyarakat India sekarang ini. Habis.., kenapa bila TDM membuat kacau dalam UMNO dan selepas itu belah dari jawatan PM, semakin ramai rakyat menolak parti usang itu dan berpindah memberi sokongan kepada PR?
Apa lagi, Samy pun mula melenting dengan mengatakan beliau hanya mempunyai seorang timbalan selama 25 tahun, tetapi TDM mempunyai 4 timbalan selama 22 tahun memegang jawatan. Apa yang berlaku kepada Tun Musa Hitam, Tun Ghafar Baba dan Datuk Seri Anwar Ibrahim... orang yang amat dipujinya?
" Ya.. Allah.., berilah hidayat, hifazat dan maghfirahMu kepada pemimpin kami Imam Mahadi Al-Muntazar walau di mana baginda berada. Selamatkanlah baginda, bantulah baginda, begitu juga para pejuang Islam yang akan bergadai nyawa di sisinya. Ya.. Allah.., selamatkanlah seramai mungkin umat ini dari fitnah dan sihir Dajjal. Ya.. Allah.., bantulah kami menghadapi gelombang-gelombang ujian yang bakal mendatang "
INFO TERKINI GEMPA BUMI SABTU 3 MARCH 2012
8.20 pm - Gempa bumi kuat bermagnitud 6.7 skala Richter telah berlaku di Tenggara Kepulauan Loyalty. Pusat gempa bumi tersebut terletak di latitud 22.1 Selatan longitud 170.5 Timur - 6403km Tenggara Tawau, Sabah :- JMM
PRO REFORM VIDEO - Piring Terbang..?
13 September 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
HIMPUNAN ARTIKEL-ARTIKEL SEBELUMNYA
-
▼
2009
(1348)
-
▼
September
(92)
- Gegaran Turut Di Rasai Di Kota Bharu
- MB N9 Kata Undi Pos Beri Kelebihan Kepada Pembakan...
- Kemelut MCA, MIC Bakal Runtuhkan BN
- PAS Memilih Zulkefly
- TBH: Prosiding Inkues Di Tangguh Khamis
- Kontroversi KM Digilir di P.Pinang, Penjelasan Yus...
- Suara TDM Tak Laku, Mohd Isa Tetap Dicalonkan
- Hujjah-Hujjah Khalid Samad
- Ibrahim Ali Nyanyuk, Bagai Kacang Lupakan Kulit
- Pemuda MIC Bantah Makkal Sakthi
- SELCAT Tidak Akan Di Rombak : MB Selangor
- Najib Menampar Muka Sendiri?
- SPRM Gagal Lagi....
- Raja Sesumpah Muncul Lagi !!
- AMK Gesa SPR Mansuh Undi Pos
- Pengundi Kecewa Ibrahim Ali Khianati Amanah
- Nasharudin: Hasan Ali Tak Perlu Dikenakan Tindakan...
- Brahim Ali Isytihar Perang Terbuka Dengan TGNA?
- TGNA: UBN Jangan Eksploitasi Pengundi Pos di Bagan...
- Isu SELCAT Dan Kenyataan2 Yang Mengelirukan
- MB Selangor Dengar Penjelasan Hassan Ali Isnin Ini
- Pakatan Ataupun Barisan?
- Husam: Ekspedisi Royalti Minyak Anjuran Rakyat Sen...
- Pengunjung Rumah Terbuka Najib Terlalu Kecil
- Che Det Semakin Kembali Ke Posisi Asalnya
- Salahuddin: PAS Tiada Niat Tinggalkan PR
- AMK Sanggah Kenyataan SPR
- Bagan Pinang: PR Sedia Hadapi UBN
- Konvensyen PR Menjadi Tumpuan
- Apa Sebenarnya Hasan Ali Mahukan?
- DSAI: SPR Harus Baiki Sistem Undi Pos
- Isa Samad Calon Pilihan No 1 UBN?
- Nizar Seru Warga Perak Buat Perubahan Besar-Besaran
- Seret SPR Ke Mahkamah Jika Tidak Beri Pilihan Pada...
- PRK Johol Selepas Bagan Pinang?
- Kelantan Tidak Putus Asa Kemuka Tuntutan Royalti M...
- 12 Kematian Pada Hari Ke-9 Ops Sikap
- Perutusan Hari Raya Dari TGNA
- Pecat atau Gantung, Pemberontakan MCA Semakin Marak
- Betapa Hebatnya TDM
- Kerajaan Terengganu Beroperasi Tanpa Sokongan Majo...
- Selamat Berhari Raya
- Perutusan DSAI Sempena Eidul Fitri 1430 Hijrah
- TGNA: Najib Diminta Percepatkan Bayaran Royalti Mi...
- Siapa Sebenarnya Yang Melengahkan Perbicaraan?
- TBH: Coretan Inkues Pada 17/9
- PRK Bagan Pinang: BN 55% : PR 45% ?
- DAP Tidak Peralat Orang Melayu
- Khalid: Pertemuan Dengan ADUN P. Klang Selepas Raya
- Sambutan Hari Malaysia Meriah
- 1 Malaysia F1: Bila masa rakyat didahulukan?
- Melayu Sertai DAP Bukan Ancaman
- Satu EGM Untuk Selesaikan MCA Yang Berpecah Dua?
- Umno Sakit Otak: Amiruddin Shaari
- PRK B. Pinang: Penamaan Calon 3 Okt, Mengundi 11 Okt
- Betapa Hebatnya Samy
- BN 'Wajib' Terima Hakikat
- Selesai Sudah Pemilihan MIC
- Komponen BN Sama Saja Dengan UMNO
- SPRM Lambat Bertindak Siasat Khir Toyo
- Manoharan Fail Saman Fitnah RM100 Juta
- TBH: Coretan Inkues Pada 11/9
- Kemunculan KDSB Dan Kebangkitan Tiong...
- Anak Isa Samad Bertanding Di Bagan Pinang?
- RPK Muncul Dengan Mengkritik Kerajaan BN
- TBH: Coretan Inkues Pada 10/9
- TGNA: Orang Tolak Islam 'Macam Setinggan'
- Giliran MIC Pula Beraksi
- TBH: Coretan Inkues Pada 9/9
- Kekebalan 'Pendemo Kepala Lembu' Terhakis!
- Masalah Kuil Diwarisi Dari UMNO
- UMNO Masih 'Mengharap' Kepada PAS
- Rakyat Makin Muak Dengan MCA
- DSAI 'Menyerang' Johor
- UBN Sentiasa Ditimpa Malang
- Semua Yang Ditahan Semalam Telah Dibebaskan
- Najib Kata PR Mula Dipersoal Oleh Rakyat
- Sepantas 'Kilat' PDRM Bertindak!
- Dialog Awam Bincang Isu Kuil Dicemari Kekecohan
- Umno Tertekan Dan Terdesak!
- Kemenangan DPJ di Jepun: 4 Pengajaran Untuk PR
- Suruhanjaya Terbuka Siasat SPRM
- PRK Menjelma Lagi!
- 'Watak Musa' Masih Diperlukan...
- Pelbagai Kemungkinan Boleh Berlaku!
- PR Mahu Hishamuddin Disingkir
- ‘Phyrric victory’ Di Perak
- Perak Lambang Kedayusan UBN
- Lagi Isu Adun UBN Ingin 'Melompat'
- Antara PERKASA Dan Perarakan Kepala Lembu
- DUN Kota Siputeh Tak Perlu PRK
- Apakah Nasib Umno Sama Dengan LDP?
-
▼
September
(92)
No comments:
Post a Comment