" Ya.. Allah.., berilah hidayat, hifazat dan maghfirahMu kepada pemimpin kami Imam Mahadi Al-Muntazar walau di mana baginda berada. Selamatkanlah baginda, bantulah baginda, begitu juga para pejuang Islam yang akan bergadai nyawa di sisinya. Ya.. Allah.., selamatkanlah seramai mungkin umat ini dari fitnah dan sihir Dajjal. Ya.. Allah.., bantulah kami menghadapi gelombang-gelombang ujian yang bakal mendatang "


INFO TERKINI GEMPA BUMI SABTU 3 MARCH 2012
8.20 pm -
Gempa bumi kuat bermagnitud 6.7 skala Richter telah berlaku di Tenggara Kepulauan Loyalty. Pusat gempa bumi tersebut terletak di latitud 22.1 Selatan longitud 170.5 Timur - 6403km Tenggara Tawau, Sabah :- JMM
PRO REFORM VIDEO - Piring Terbang..?

02 September 2009

Perak Lambang Kedayusan UBN

UBN tetap mempertahankan 'sikap ego' mereka dalam menangani krisis di Perak dimana ianya bermula semenjak 'rampasan kuasa' yang telah mereka lakukan sehingga kini. Selepas UBN membuat kecoh dalam sidang DUN pada 7 Mei lalu, hari ini mereka telah menggunakan 'kuasa' mereka dengan mengarahkan Polis bagi menghalang Sesi Ke-2 Sidang DUN Perak di Ipoh pagi tadi.

Polis seperti biasa telah megikut segala 'arahan' bagi menghalang sidang DUN berkenaan. Polis telah 'bertindak liar' dengan menahan 3 Adun PR dan telah mencederakan seorang daripada mereka. Seorang wartawan dan 3 orang awam juga telah ditangkap. Bagi anggota Polis yang beragama Islam, tak terlintaskah pada fikiran mereka sekarang adalah bulan Puasa, sehingga mereka sanggup melakukan tindakan yang sedemikian?

Namun, dengan semangat dalam usaha 'mahu menegakkan kebenaran', Speaker PR, V Sivakumar bersama Adun PR yang dipimpin oleh Datuk Seri Nizar Jamaluddin telah berjaya mengadakan Sidang DUN Perak di Hotel Heritage yang tidak jauh daripada Bangunan Perak Darul Ridzuan.

Semasa sidang berkenaan, Speaker PR, V Sivakumar mengesahkan keputusan jawatankuasa hak dan kebebasan telah menjatuhkan hukuman penjara 6 bulan dan denda RM500,000 ke atas Speaker BN, Datuk R Ganesan bersama ADUN Bebas, Hee Yit Foong.

Ganesan dijatuhkan hukuman itu kerana telah mengengkari perintah Speaker V Sivakumar supaya keluar dari dewan semasa Sidang DUN 7 Mei. Ganesan, yang bukan ADUN, juga dilihat duduk di meja BN. Pemimpin MIC itu kemudiannya 'dipilih' sebagai speaker dalam suasana yang penuh kontroversi. Ganesan telah mengarahkan anggota polis supaya mengalih Sivakumar dari kerusi speaker.

ADUN Bebas, Hee Yit Foong pula dihukum kerana mengambil alih peranan Sivakumar sebagai speaker dan membenarkan wakil rakyat BN mengundi memilih Ganesan sebagai speaker baru. Selepas laporan jawatankuasa itu disahkan oleh dewan, Sivakumar berkata beliau akan mengarahkan polis untuk mengambil tindakan berdasarkan laporan tersebut.

Memandangkan UBN begitu 'takut' untuk menyelesaikan krisis di Perak ini dengan melakukan pembubaran DUN Perak bagi menyerahkan 'kuasa' kepada rakyat disana, ianya telah menjadi 'Lambang Kedayusan UBN'.

Saya juga percaya bahawa apa yang telah mereka lakukan ini akan menjadi 'saham kemenagan' kepada PR pada PRU-13 nanti. Mahu tidak mahu, UBN terpaksa menerima hakikat bahawa rakyat telah begitu 'muak dan tak terliur langsung' kepada mereka.

1 comment:

anakpahang said...

Salam.

Peristiwa ini merupakan lambang kerosakan demokrasi di Malaysia.

Perak merupakan simbol kebobrokan sikap rakus pemimpin UMNOBN yang dipimpin oleh pemimpin yang sehingga hari ini TIDAK MEMBERSIHKAN DIRI DARIPADA PELBAGAI TUDUHAN YANG MENJIJIKKAN DAN MELOYAKAN.

Kerakusan polis menangkap dan menahan beberapa orang YB dan orang awam merupakan suatu simbol keganasan yang selama ini mereka labelkan kepada Pakatan Rakyat (PR).

Perlakuan songsang yang terjadi ini adalah akibat daripada kerosakan sistem pentadbiran negara yang diterajui oleh manusia yang begitu rakus mengikut nafsu serakah mereka.

HIMPUNAN ARTIKEL-ARTIKEL SEBELUMNYA