" Ya.. Allah.., berilah hidayat, hifazat dan maghfirahMu kepada pemimpin kami Imam Mahadi Al-Muntazar walau di mana baginda berada. Selamatkanlah baginda, bantulah baginda, begitu juga para pejuang Islam yang akan bergadai nyawa di sisinya. Ya.. Allah.., selamatkanlah seramai mungkin umat ini dari fitnah dan sihir Dajjal. Ya.. Allah.., bantulah kami menghadapi gelombang-gelombang ujian yang bakal mendatang "


INFO TERKINI GEMPA BUMI SABTU 3 MARCH 2012
8.20 pm -
Gempa bumi kuat bermagnitud 6.7 skala Richter telah berlaku di Tenggara Kepulauan Loyalty. Pusat gempa bumi tersebut terletak di latitud 22.1 Selatan longitud 170.5 Timur - 6403km Tenggara Tawau, Sabah :- JMM
PRO REFORM VIDEO - Piring Terbang..?

21 April 2010

Mesej Nik Aziz ‘Berdoalah untuk kemenangan Datuk Zaid’

PAS yang dikatakan kurang menonjol dalam membantu kempen pilihan raya Pakatan Rakyat yang diwakili calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) dilihat mempamerkan ‘komitmennya’ dengan menaikkan ‘billboard’ yang membawa mesej “Berdoalah untuk kemenangan Datuk Zaid”.

Tinjauan The Malaysian Insider mendapati tiga ‘billboard’ dinaikkan di kawasan Kuala Kubu Baru, termasuk dari persimpangan Jalan Kuala Kubu Baru-Batang Kali menuju ke bandar Kuala Kubu Baru.

Papan iklan itu membawa wajah Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang juga Menteri Besar Kelantan. Nik Aziz dijangka berkempen untuk Zaid, anggota Majlis Pimpinan Pusat PKR Jumaat selepas kembali dari menunaikan umrah hari ini.

Semalam, Setiausa Agung PAS Datuk Mustafa Ali berkata bagi membuktikan PAS sememangnya bersungguh-sungguh dalam membantu kempen PKR pihaknya akan menambah tenaga jentera pilihan raya sehingga 60 peratus. Usaha itu dimulakan semalam.

PAS memutuskan perkara tersebut pada mesyuarat khas penyelarasan pilihan raya yang dipengerusikan oleh Timbalan Presiden PAS Nasharudin Mat Isa, malam kelmarin.

“Keputusan sudah dicapai malam, PAS akan bergerak habis-habisan. Sumber PAS tidak terbatas, cukup banyak,” kata Mustafa Ali.

(TheMalaysianInsider)

" Ya Allah berilah Hidayat, Hifazat dan maghfirahMu kepada pemimpin kami Imam Mahadi Al-Muntazar walau di mana baginda berada. Selamatkanlah baginda. Bantulah baginda. Begitu juga para pejuang Islam yang akan bergadai nyawa di sisinya. Ya Allah selamatkanlah seramai mungkin umat ini dari fitnah dan sihir Dajjal. Ya Allah bantulah kami menghadapi gelombang-gelombang ujian yang bakal mendatang "

1 comment:

Anonymous said...

aku pun berdoa moga BN menang..

HIMPUNAN ARTIKEL-ARTIKEL SEBELUMNYA