" Ya.. Allah.., berilah hidayat, hifazat dan maghfirahMu kepada pemimpin kami Imam Mahadi Al-Muntazar walau di mana baginda berada. Selamatkanlah baginda, bantulah baginda, begitu juga para pejuang Islam yang akan bergadai nyawa di sisinya. Ya.. Allah.., selamatkanlah seramai mungkin umat ini dari fitnah dan sihir Dajjal. Ya.. Allah.., bantulah kami menghadapi gelombang-gelombang ujian yang bakal mendatang "


INFO TERKINI GEMPA BUMI SABTU 3 MARCH 2012
8.20 pm -
Gempa bumi kuat bermagnitud 6.7 skala Richter telah berlaku di Tenggara Kepulauan Loyalty. Pusat gempa bumi tersebut terletak di latitud 22.1 Selatan longitud 170.5 Timur - 6403km Tenggara Tawau, Sabah :- JMM
PRO REFORM VIDEO - Piring Terbang..?

04 April 2010

PKR Sambut Ulangtahun Ke 11

Hari ini genap 11 tahun penubuhan Parti Keadilan Rakyat yang menjadi wadah perjuangan gerakan reformasi yang dipelopori pejuang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sejarah perjuangan parti ini bermula dengan pemecatan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 2 September 1998, yang mengkritik pentadbiran Umno-BN di bawah kepimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad yang mengamalkan rasuah, kronisme dan nepotisme.

Ekoran peristiwa itu, Anwar menjadi mangsa fitnah dan konspirasi kerajaan Umno-BN sehingga beliau merengkok di penjara selama 6 tahun.

Meskipun di penjarakan, semangat dan api perjuangan rakyat tidak pernah padam untuk menuntut sebuah gerakan politik secara total berlaku di negara ini.

Tatkala Anwar dihukum dipenjara, beribu-ribu Anwar lagi dilahirkan di luar penjara meneriakkan laungan reformasi yang bergema di mana-mana termasuk di jalan-jalan raya.

Meskipun menerima pelbagai tekanan, gerakan rakyat terus bangkit melawan segala bentuk kezaliman dan rasuah yang dilakukan pemimpin-pemimpin Umno dan BN.

Para reformis, tokoh akademik, aktivis sosial dan pemimpin-pemimpin politik kemudian bergabung membentuk sebuah parti politik yang dinamakan Parti Keadilan Nasional pada 4 April 1999.

Pada 2003, parti ini kemudian bergabung dengan Parti Rakyat Malaysia yang dinaungi presidennya waktu itu, Dr Syed Husin Syed Ali dan membentuk Parti Keadilan Rakyat.

PKR menjadi asas dan pemangkin gerakan rakyat bangkit melawan kezaliman dan kediktatoran parti pemerintah Barisan Nasional.

Meskipun dikatakan masih mentah dalam arus politik tanahair, PKR telah berjaya mengubah lanskap politik sejak kewujudannya lebih sedekad lalu dan menjadi suara kuat kepada pembangkang.

Parti ini kemudian bergabung bersama Parti Islam Malaysia dan Democratic Action Party (DAP) yang membentuk sebuah entiti politik pembangkang yang dinamakan Pakatan Rakyat.

Pada pilihan raya umum ke-12 pada Mac 2008, Pakatan Rakyat berjaya menawan lima buah negeri dan menafikan majoriti dua pertiga kerusi BN di Parlimen.

Sekaligus gagasan Pakatan Rakyat telah berjaya mengubah lanskap politik negara dan menjadi sebuah kerajaan alternatif yang kuat untuk mara bagi membentuk kerajaan persekutuan di Putrajaya.
 

(Suara Keadilan)

No comments:

HIMPUNAN ARTIKEL-ARTIKEL SEBELUMNYA