Laporan polis itu susulan daripada laporan sama yang dibuat oleh selepas Ketua Angkatan Muda KEADILAN Shamsul Iskandar Mohd Akin dan Ahli Parlimen Titiwangsa Dr Lo' Lo' Ghazali.
Dr Lo' Lo' yang juga ahli jawatankuasa pusat PAS membuat laporan tersebut semalam di Balai Polis Jalan Dang Wangi manakala Shamsul Iskandar pula tampil mengadu pada Selasa di ibu pejabat polis daerah (IPD) Dang Wangi.
Menurut berita yang dipetik daripada portal Malaysiakini Nasir membuat laporan tersebut di Balai Polis Kuala Nerang, Kedah kira-kira jam 1.00 petang tadi.
Dalam aduannya, Nasir sebagai berkata Apco Worldwide mempunyai kaitan dengan kerajaan haram Zionis Israel berdasarkan rekod perjanjiannya dengan negara tersebut sebelum ini.
"Kerajaan Malaysia tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan negara haram Israel. Sudah tentu berurusan dengan syarikat tersebut, yang lembaga pengarahnya terdiri daripada tokoh-tokoh besar negara Israel akan mendedahkan banyak rahsia negara kepada akses pihak luar," memetik kandungan laporan polis yang dibuat Nasir.
Dalam laporannya juga, Nasir yang juga Ketua Penerangan PAS Kedah menggunakan teks aduan yang sama digunakan oleh Dr Lo' Lo'.
Beliau ditemani beberapa pemimpin parti itu di peringkat PAS kawasan dan KEADILAN Cabang Padang Terap. Nasir juga memberitahu, pihaknya telah mengedarkan risalah menjelaskan isu Apco di pekan sehari Kuala Nerang sebelum ini.
(Suara Keadilan)
" Ya Allah berilah Hidayat, Hifazat dan maghfirahMu kepada pemimpin kami Imam Mahadi Al-Muntazar walau di mana baginda berada. Selamatkanlah baginda. Bantulah baginda. Begitu juga para pejuang Islam yang akan bergadai nyawa di sisinya. Ya Allah selamatkanlah seramai mungkin umat ini dari fitnah dan sihir Dajjal. Ya Allah bantulah kami menghadapi gelombang-gelombang ujian yang bakal mendatang "
3 comments:
Pembetulan, laporan polis keempat- yang pertama AMK Pulau Pinang buat di IPD Timur Laut pada 31 Mac 2010
http://www.malaysiakini.com/news/127997
terima kasih sahabat seperjuangan.....
Bravo bro...salam perjuangan....harap polis siasat segera...jgn menikus pulak, dulu cabar suruh buat report....
Post a Comment