" Ya.. Allah.., berilah hidayat, hifazat dan maghfirahMu kepada pemimpin kami Imam Mahadi Al-Muntazar walau di mana baginda berada. Selamatkanlah baginda, bantulah baginda, begitu juga para pejuang Islam yang akan bergadai nyawa di sisinya. Ya.. Allah.., selamatkanlah seramai mungkin umat ini dari fitnah dan sihir Dajjal. Ya.. Allah.., bantulah kami menghadapi gelombang-gelombang ujian yang bakal mendatang "


INFO TERKINI GEMPA BUMI SABTU 3 MARCH 2012
8.20 pm -
Gempa bumi kuat bermagnitud 6.7 skala Richter telah berlaku di Tenggara Kepulauan Loyalty. Pusat gempa bumi tersebut terletak di latitud 22.1 Selatan longitud 170.5 Timur - 6403km Tenggara Tawau, Sabah :- JMM
PRO REFORM VIDEO - Piring Terbang..?

09 April 2010

Apa Bezanya APCO Dan Dajjal ?

Semasa sidang dewan Parlimen pada Rabu lepas, kekecohan mula berlaku akibat daripada MP dari pihak kerajaan yang begitu 'emosi'. Sebelum itu, mereka telah menolak usul tergempar berkenaan dengan APCO yang telah dibawa oleh MP daripada pembakang.

Sudah tiada ruangkah bagi MP yang sebelah kerajaan terutamanya dari kaum Melayu-Islam untuk berfikir secara matang, siapa yang selama ini telah menzalimi saudara-saudara kita di bumi Palastin yang sehingga kini dan akan terus berkelakuan sedemikian sehingga HARI KIAMAT?

Bukti yang menunjukkan ketidakmatangan mereka ialah, apabila MP Pokok Sena menyebut UMNO APCO, APCO-UMNO..., MP-MP yang sebelah kerajaan ini terutamanya dari yang berbangsa Melayu, begitu emosi sekali dengan ungkapan berkenaan sedangkan dengan penolakan usul tergempar berkenaan, sudah jelas mereka berpendirian, tidak ada apa-apa dengan APCO. MP. 

MP sebelah pembakang pula, bangsa Melayu-China-India telah 'bermatian menentang' akan penglibatan ISRAEL, biarpun mereka berselindung dengan nama apa sekali pun. Syabas... kepada MP-MP yang disebelah Pembakang.

Dengan apa yang berlaku ini, telah membuktikan pendapat peribadi PRO REFORM sebelum ini akan kewujudan 'Pakatan Dajjal' dalam negara kita yang juga boleh diklasifikasikan sebagai 'pihak ke-3' yang telah bersama dalam 'kehangatan politik' negara. Antara APCO Worldwide dan Asiasoft dibandingkan dengan Dajjal, benarlah ianya berbeza sekali.

Namun, bezanya hanya sekadar nama, sedangkan mereka yang berada didalamnya merupakan ANTI-ISLAM. Mereka akan menghuru-harakan dunia ini dengan menzalimi serta membunuh Umat Islam yang sebenar-benarnya Islam. Mereka sentiasa berusaha sedaya mungkin untuk melawan takdir yang telah tertulis didalam Al-Quran.

No comments:

HIMPUNAN ARTIKEL-ARTIKEL SEBELUMNYA