" Ya.. Allah.., berilah hidayat, hifazat dan maghfirahMu kepada pemimpin kami Imam Mahadi Al-Muntazar walau di mana baginda berada. Selamatkanlah baginda, bantulah baginda, begitu juga para pejuang Islam yang akan bergadai nyawa di sisinya. Ya.. Allah.., selamatkanlah seramai mungkin umat ini dari fitnah dan sihir Dajjal. Ya.. Allah.., bantulah kami menghadapi gelombang-gelombang ujian yang bakal mendatang "


INFO TERKINI GEMPA BUMI SABTU 3 MARCH 2012
8.20 pm -
Gempa bumi kuat bermagnitud 6.7 skala Richter telah berlaku di Tenggara Kepulauan Loyalty. Pusat gempa bumi tersebut terletak di latitud 22.1 Selatan longitud 170.5 Timur - 6403km Tenggara Tawau, Sabah :- JMM
PRO REFORM VIDEO - Piring Terbang..?

08 April 2010

Sebelum Kewujudan APCO Terbongkar

Rakyat Malaysia yang mahu melihat perubahan kerajaan tambah bersemangat apabila Dengan Izin ALLAH..., Anwar Ibrahim telah berjaya membawa satu kemenangan besar semasa PRU-12 pada 2008 kepada pakatan pembakang yang dinamakan 'Pakatan Rakyat'. Pada masa itu Pak Lah Perdana Menteri Malaysia.

Pada masa itu Najib merupakan Timbalan Pak Lah dan Isu pembunuhan ngeri Al-Tantuya sedang menyelubungi beliau. Rakyat Malaysia begitu terkejut dengan penuh kebingungan namun menerima dengan sabar sebagai tanda Najib tidak layak untuk menggantikan Pak Lah sebagai Perdana Menteri Malaysia.

Bagi saya, dari situ sudah mula timbul persoalan, skuad khas dari cawangan mana yang begitu hebat hingga berjaya membongkar pembunuhan ngeri menggunakan bom C-4 dengan niat untuk melupuskan bukti?

Pada masa itu juga 'tanpa menyiasat dengan teliti siapa sebenarnya si pemberi maklumat', kita telah menggunakan sepenuhnya isu ini untuk menyerang Najib. Dalam keadaan tersepit, Najib telah menandatangani surat persetujuan 'peralihan-kuasa' akan berlaku pada 2010 secara aman.

Najib begitu gusar dengan isu ini yang telah menyebabkan Plan Peralihan-kuasa dari Pak Lah kepada beliau telah terbantut. Dalam keadaan ini bagi saya, Najib sanggup melakukan segalanya demi untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia sebelum 2010 'dengan aman' dan impian beliau telah menjadi kenyataan. Siapakah yang telah merialisasikan impian beliau itu?

Dengan Izin ALLAH..., Anwar Ibrahim telah membuat pembongkaran besar mengenai penglibatan ejen/perisik Israel dalam Kerajaan dibawah nama APCO Worldwide dan terbaru dalam PDRM. Semoga ALLAH melindungi beliau... Sila klik "Bukti APCO Zionis Dan Anti-Islam"

"Ya Allah berilah Hidayat, Hifazat dan maghfirahMu kepada pemimpin kami Imam Mahadi Al-Muntazar walau di mana baginda berada. Selamatkanlah baginda. Bantulah baginda. Begitu juga para pejuang Islam yang akan bergadai nyawa di sisinya. Ya Allah selamatkanlah seramai mungkin umat ini dari fitnah dan sihir Dajjal. Ya Allah bantulah kami menghadapi gelombang-gelombang ujian yang bakal mendatang"

No comments:

HIMPUNAN ARTIKEL-ARTIKEL SEBELUMNYA