" Ya.. Allah.., berilah hidayat, hifazat dan maghfirahMu kepada pemimpin kami Imam Mahadi Al-Muntazar walau di mana baginda berada. Selamatkanlah baginda, bantulah baginda, begitu juga para pejuang Islam yang akan bergadai nyawa di sisinya. Ya.. Allah.., selamatkanlah seramai mungkin umat ini dari fitnah dan sihir Dajjal. Ya.. Allah.., bantulah kami menghadapi gelombang-gelombang ujian yang bakal mendatang "


INFO TERKINI GEMPA BUMI SABTU 3 MARCH 2012
8.20 pm -
Gempa bumi kuat bermagnitud 6.7 skala Richter telah berlaku di Tenggara Kepulauan Loyalty. Pusat gempa bumi tersebut terletak di latitud 22.1 Selatan longitud 170.5 Timur - 6403km Tenggara Tawau, Sabah :- JMM
PRO REFORM VIDEO - Piring Terbang..?

03 April 2010

Anwar Sangkal Dakwaan Zambry

Ketua Pembangkang menafikan beliau membuat sebarang tawaran jawatan Menteri Besar kepada Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir selepas pilihan raya umum 2008 seperti yang didakwa.

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau hanya memberi respons terhadap dakwaan Zambry setelah isu itu ditimbulkan oleh Menteri Besar 'Mahkamah' tersebut.

"Saya tidak ada pertemuan dengan dia jadi gambaran seolah-olah ada rundingan panjang itu tidak benar. Benar dia dihubungi, dia juga hubungi untuk tanya khabar dan sebagainya tapi saya tidak bincang hal-hal yang demikian dalam telefon tetapi apabila beliau bersedia berbicara melalui talipon saya tidak umumkan.

"Hubungan berlaku antara Menteri Besar sekarang dengan beberapa tokoh lain tetapi tidak dengan saya, saya tidak adakan apa-apa perbincangan dengan Menteri Besar Perak yang sediada, itu kenyataannya.

"Apakah ada pelawaan ya benar, adakah saya ada telefon satu dua minit memang ada tapi kalau telefon bekas sahabat-sahabat Umno satu dua minit dianggap satu kesalahan besar itu saya rasa aneh," jelas Anwar ketika berucap di Parlimen Rabu lalu.

Pada sidang Dewan Undangan Negeri Perak beberapa lalu Zambry mendakwa beliau adalah antara tiga wakil rakyat Umno yang ditawarkan jawatan Menteri Besar Perak jika menyertai KEADILAN selepas pilihan raya umum 2008 lalu.
 

(Suara Keadilan)

No comments:

HIMPUNAN ARTIKEL-ARTIKEL SEBELUMNYA