Pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya, Nor Hisham Ahmad Dahalan mengumumkan pukul 11.20 pagi bahawa Pakatan Rakyat diwakili Datuk Zaid Ibrahim manakala BN oleh Ketua Penerangan MICA, P Kamalanathan. Dua calon bebas pula ialah VS Chandran, bekas Timbalan Pengerusi MIC Hulu Selangor dan Joham Mohd Diah, 31 tahun.
Pencalonan Zaid dicadangkan oleh Radzali Mokhtar dengan A Robert Anthony sebagai penyokong. Kamalanathan pula dicadang oleh Adnan Buyong dan disokong oleh Chia Yew Hon.
Manakala Johan dicadangkan oleh Rusli Salleh dan disokong oleh Samsuri Saari sementara Chandran dicadangkan olehKumaresan Supaniam dan disokong oleh Vaithilingam Supramaniam. Seorang lagi calon bebas, Anuradha Jeyasingam tiba di pusat penamaan calon pukul 8.30 tetapi ditahan polis. Nor Hisham memaklumkan tidak ada bantahan diterima SPR terhadap mana-mana calon.
(Suara Keadilan)
" Ya Allah berilah Hidayat, Hifazat dan maghfirahMu kepada pemimpin kami Imam Mahadi Al-Muntazar walau di mana baginda berada. Selamatkanlah baginda. Bantulah baginda. Begitu juga para pejuang Islam yang akan bergadai nyawa di sisinya. Ya Allah selamatkanlah seramai mungkin umat ini dari fitnah dan sihir Dajjal. Ya Allah bantulah kami menghadapi gelombang-gelombang ujian yang bakal mendatang "
No comments:
Post a Comment