Ini bermakna pilihan raya kecil Sibu yang masih belum diputuskan tarikhnya dijangka menyaksikan pertembungan satu lawan satu.
"Kita putuskan pada pilihan raya kecil di Sibu, kita akan meletakkan hanya satu calon iaitu calon dari DAP. Untuk menunjukkan semangat dan muafakat kita, pimpinan PAS dan DAP dan saya akan hadir ke Sibu pada 18 April untuk bertemu pimpinan PKR, PAS dan DAP di Sarawak,” kata Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat itu.
Sebelum ini, kerusi itu ditandingi oleh DAP, PKR dan parti komponen BN, Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP). Pilihan raya kecil Sibu diadakan berikutan kematian penyandangnya, Datuk Robert Lau Hoi Chew minggu lalu.
Robert Lau memenangi kerusi tersebut dengan majoriti 3,235 undi. Beliau menewaskan calon DAP, Wong Ho Leng dan calon PKR, Lim Chin Chuang. Pilihan raya kecil Sibu adalah kesebelas selepas pilihan raya umum pada 2008 dan kedua di Sarawak.
(TVS)
" Ya Allah berilah Hidayat, Hifazat dan maghfirahMu kepada pemimpin kami Imam Mahadi Al-Muntazar walau di mana baginda berada. Selamatkanlah baginda. Bantulah baginda. Begitu juga para pejuang Islam yang akan bergadai nyawa di sisinya. Ya Allah selamatkanlah seramai mungkin umat ini dari fitnah dan sihir Dajjal. Ya Allah bantulah kami menghadapi gelombang-gelombang ujian yang bakal mendatang "
No comments:
Post a Comment