" Ya.. Allah.., berilah hidayat, hifazat dan maghfirahMu kepada pemimpin kami Imam Mahadi Al-Muntazar walau di mana baginda berada. Selamatkanlah baginda, bantulah baginda, begitu juga para pejuang Islam yang akan bergadai nyawa di sisinya. Ya.. Allah.., selamatkanlah seramai mungkin umat ini dari fitnah dan sihir Dajjal. Ya.. Allah.., bantulah kami menghadapi gelombang-gelombang ujian yang bakal mendatang "


INFO TERKINI GEMPA BUMI SABTU 3 MARCH 2012
8.20 pm -
Gempa bumi kuat bermagnitud 6.7 skala Richter telah berlaku di Tenggara Kepulauan Loyalty. Pusat gempa bumi tersebut terletak di latitud 22.1 Selatan longitud 170.5 Timur - 6403km Tenggara Tawau, Sabah :- JMM
PRO REFORM VIDEO - Piring Terbang..?

07 April 2010

Beginilah Sikap PM 1Malaysia

Negara telah dikejutkan dengan pembongkaran yang telah dibuat oleh Anwar Ibrahim mengenai penglibatan ejen, perisik Israel dalam kerajaan UMNO/BN. Ekoran daripada pendedahan pertama, MP Kota Belud telah berlagak sebagai 'pembela wira 1Malaysia biar apa jua situasinya' biar pun ianya terang dan nyata melanggar peraturan sidang Parlimen.

Yang itu pun PM 1Malaysia belum lagi menjawab secara anak jantan, Anwar Ibrahim telah membuat pembongkaran susulan mengenai penglibatan dua bekas anggota perisikan tentera Israel dalam Projek Sistem Maklumat PDRM yang dikenali dengan nama 'kod APCO P25' dan ianya diluluskan oleh Kementerian Dalam Negeri dengan menelan belanja 'hanya RM999 juta' di bawah kelolaan APCO International.

Sehingga hari ini, PM 1Malaysia masih belum hadir ke Sidang Parlimen bagi menyanggah apa yang telah didedahkan oleh Anwar Ibrahim. Sebaliknya beliau memilih 'Majlis makan Malam di Singapura' anjuran Persatuan Koresponden Asing (FCA).

Kenapa perlu PM 1Malaysia yang 'gah' dengan slogan, 'Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan' perlu membuat kenyataan disana? Siapa sebenarnya yang beliau klasifikasikan sebagai rakyat, sedangkan beliau sendiri tidak memilih Dewan Rakyat (sidang Parlimen) untuk berentap dengan Anwar Ibrahim?

Sidang hari ini kecoh angkara speaker Pandikar Amin Mulia berusaha 'melenyapkan' isu APCO. MP Gelugor telah dihalau keluar dari sidang dewan parlimen dan digantung daripada menghadiri sidang parlimen selama 10 hari. Ini berikutan tindakan MP Gelugor melabekan speaker sebagai diktator.

Satu undian belah-bagi telah dilakukan bagi menentukan samada MP Pasir Salak akan dirujuk ke 'Jawatankuasa Khas' ekoran kenyataan beliau yang membabi buta menuduh Ketua Menteri Pulau Pinang 'menjual maklumat negara' kepada Singapura. Keputusannya seperti biasalah, 56-menyokong dan 82-tidak menyokong dengan usul berkenaan.

No comments:

HIMPUNAN ARTIKEL-ARTIKEL SEBELUMNYA