" Ya.. Allah.., berilah hidayat, hifazat dan maghfirahMu kepada pemimpin kami Imam Mahadi Al-Muntazar walau di mana baginda berada. Selamatkanlah baginda, bantulah baginda, begitu juga para pejuang Islam yang akan bergadai nyawa di sisinya. Ya.. Allah.., selamatkanlah seramai mungkin umat ini dari fitnah dan sihir Dajjal. Ya.. Allah.., bantulah kami menghadapi gelombang-gelombang ujian yang bakal mendatang "


INFO TERKINI GEMPA BUMI SABTU 3 MARCH 2012
8.20 pm -
Gempa bumi kuat bermagnitud 6.7 skala Richter telah berlaku di Tenggara Kepulauan Loyalty. Pusat gempa bumi tersebut terletak di latitud 22.1 Selatan longitud 170.5 Timur - 6403km Tenggara Tawau, Sabah :- JMM
PRO REFORM VIDEO - Piring Terbang..?

18 April 2010

MAS Batal Penerbangan Ke Eropah

Malaysia Airlines (MAS) membatalkan penerbangan ke Eropah pada hari ini berikutan keadaan cuaca akibat letusan gunung berapi di Iceland.

MAS dalam satu kenyataan semalam memaklumkan penerbangan yang terjejas adalah:

Penerbangan dari Kuala Lumpur ke:
• London (MH4) dijadualkan berlepas 10.05 pagi
• London (MH2) dijadualkan berlepas 11.40 malam
• Amsterdam (MH16) dijadualkan berlepas 11.55 malam
• Paris (MH20) dijadualkan berlepas 11.35 malam
• Frankfurt (MH6) dijadualkan berlepas 11.50 malam

Penerbangan ke Kuala Lumpur dari:
• London (MH3) dijadualkan berlepas 12.00 tengahari
• London (MH1) dijadualkan berlepas 10.00 malam
• Amsterdam (MH21) dijadualkan berlepas 12.00 tengahari
• Paris (MH21) dijadualkan berlepas 12.00 tengahari
• Frankfurt (MH5) dijadualkan berlepas 12.30 malam

Pengarah Operasi MAS Kapten Azharuddin Osman berkata MAS kini memantau ruang udara Eropah dan sentiasa berhubung bagi mendapatkan maklumat terkini dengan pihak berkuasa di negara terbabit.

"Sebaik lapangan terbang itu dibuka, kita akan menjadualkan semula penerbangan," katanya.

Beliau berharap penumpang memeriksa terlebih dahulu status penerbangan sebelum pergi ke lapangan terbang dan menambah MAS kini turut memaklumkan pelanggannya yang mendaftarkan nombor telefon mereka mengenai pembatalan penerbangan tersebut selain pilihan perjalanan kepada mereka.

Azharuddin berkata penumpang yang penerbangannya terjejas diberi tiga pilihan iaitu wang mereka akan dikembalikan sepenuhnya, menukar tiket untuk penerbangan pada masa akan datang atau membuat tempahan untuk penerbangan sedia ada berikutnya dan menambah semua pilihan itu boleh dibuat melalui kaunter tiket MAS atau di pejabat tempahan.

"Penumpang transit boleh menuntut bahagian penerbangan yang tidak digunakan di pejabat jualan tiket MAS sebaik tiba di destinasi asal," katanya.

Penumpang boleh mengubah tarikh penerbangan sebelum 22 April 2010 dan jadual penerbangan itu boleh ditangguhkan sehingga 31 Mei 2010. Tuntutan bagi bayaran balik harus dibuat sebelum 22 April ini.

Beliau berkata MAS juga melihat kemungkinan mengadakan penerbangan tambahan bagi memastikan pelanggannya berupaya menyambung semula perjalanan mereka secepat mungkin.


Keadaan itu sedang dipantau dan status mengenai penerbangan pada masa depan akan dikemaskini setiap hari, katanya.

Pelanggan yang menempah penerbangan terbabit dinasihatkan untuk meneliti perkembangan terbaru melalui www.malaysiaairlines.com di bawah tajuk 'Tempahan/Status Penerbangan'. - Bernama

" Ya Allah berilah Hidayat, Hifazat dan maghfirahMu kepada pemimpin kami Imam Mahadi Al-Muntazar walau di mana baginda berada. Selamatkanlah baginda. Bantulah baginda. Begitu juga para pejuang Islam yang akan bergadai nyawa di sisinya. Ya Allah selamatkanlah seramai mungkin umat ini dari fitnah dan sihir Dajjal. Ya Allah bantulah kami menghadapi gelombang-gelombang ujian yang bakal mendatang "

No comments:

HIMPUNAN ARTIKEL-ARTIKEL SEBELUMNYA