" Ya.. Allah.., berilah hidayat, hifazat dan maghfirahMu kepada pemimpin kami Imam Mahadi Al-Muntazar walau di mana baginda berada. Selamatkanlah baginda, bantulah baginda, begitu juga para pejuang Islam yang akan bergadai nyawa di sisinya. Ya.. Allah.., selamatkanlah seramai mungkin umat ini dari fitnah dan sihir Dajjal. Ya.. Allah.., bantulah kami menghadapi gelombang-gelombang ujian yang bakal mendatang "


INFO TERKINI GEMPA BUMI SABTU 3 MARCH 2012
8.20 pm -
Gempa bumi kuat bermagnitud 6.7 skala Richter telah berlaku di Tenggara Kepulauan Loyalty. Pusat gempa bumi tersebut terletak di latitud 22.1 Selatan longitud 170.5 Timur - 6403km Tenggara Tawau, Sabah :- JMM
PRO REFORM VIDEO - Piring Terbang..?

21 April 2010

Anwar: Jika Digantung Saya Akan Bongkar Lebih Banyak Rasuah Umno-BN

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak gusar atau bimbang untuk menghadapi Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen esok kerana sekiranya beliau digantung daripada menghadiri sidang Dewan Rakyat masa yang ada akan digunakan sepenuhnya untuk membongkarkan lebih banyak penyelewengan dan skandal Umno dan Barisan Nasional.

Berucap di hadapan lebih 1,000 penyokong Pakatan Rakyat di kawasan perumahan murah di Jalan Padang tembak di sini semalam, Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh berkata Umno kini amat takut dengan pendedahan beliau mengenai pembabitan unsur Zionis Yahudi dalam kerajaan melalui firma antarabangsa Apco Worldwide.

"Mereka mahu gantung saya daripada menjadi Ahli Parlimen selama 3 bulan, 6 bulan, setahun saya tak tahu, saya tak peduli dan saya tak takut. Lepas gantung saya lawan mereka lagi. Kalau gantung saya ini akan memberi peluang saya menjelajah seluruh negara dan saya akan bongkar lebih banyak lagi penyelewengan Umno.

"Isu Apco saya dedahkan dalam Parlimen kerana saya mahu selamatkan Malaysia, saya mahu selamatkan negara ini daripada diresapi oleh unsur Zionis Yahudi tetapi Umno memilih untuk menggantung saya," tegas Anwar.

Esok merupakan hari terakhir sidang Penggal Ketiga Parlimen ke-12 setelah bermesyuarat sejak 15 Mac.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz dijangka membentangkan usul menggantung Ketua Pembangkang berhubung pendedahan kaitan 1Malaysia dengan Satu Israel yang diilhamkan oleh Apco.

Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin akan menyokong usul yang di bawa Nazri dan perbahasan akan membabitkan lapan pembahas - masing-masing empat daripada Pakatan Rakyat dan BN.

Pakatan Rakyat dijangka diwakili oleh Ahli Parlimen Gombak, Azmin Ali, Ahli Parlimen Ipoh Timur, Lim Kit Siang, Ahli Parlimen Marang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar.

Selain Khairy BN akan diwakili oleh Ahli Parlimen Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Dahlan, Ahli Parlimen Pulai, Datuk Nur Jazlan Mohamad dan Ahli Parlimen Labis, Chua Tee Yong.

Pada 18 Mac lalu Anwar mendedahkan di dalam Parlimen mengenai hubungkait rapat antara konsep 1Malaysia yang diwar-warkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan gagasan One Israel, kedua-duanya diilhamkan oleh syarikat perunding imej dan komunikasi Yahudi-Zionis, Apco Worldwide.

Pendedahan itu telah mencetuskan kemarahan umno-BN yang secara lantang menafikan 1Malaysia mempunyai sebarang kaitan dengan One Israel yang menjadi tema pentadbiran bekas Perdana Menteri Israel, Ehud Barak pada 1999.

(Suara Keadilan)

" Ya Allah berilah Hidayat, Hifazat dan maghfirahMu kepada pemimpin kami Imam Mahadi Al-Muntazar walau di mana baginda berada. Selamatkanlah baginda. Bantulah baginda. Begitu juga para pejuang Islam yang akan bergadai nyawa di sisinya. Ya Allah selamatkanlah seramai mungkin umat ini dari fitnah dan sihir Dajjal. Ya Allah bantulah kami menghadapi gelombang-gelombang ujian yang bakal mendatang "

1 comment:

Anonymous said...

la.. kena gantung baru nak citer.. cam citer tamil ko ni. pi lah mabuk

HIMPUNAN ARTIKEL-ARTIKEL SEBELUMNYA