Bliau yang juga Pengerusi Perhubungan PKR negeri berkata parti itu hanya memilih calon yang “terbaik” yang dedikasi, bekerja keras untuk kebaikan enduduk dan pengundi di kawasan parlimen tersebut.
"Tidak perlu mempolitikkan isu itu (bangsa) apabila memilih calon yang terbaik bagi pilihan raya itu. Ini perkara politik. Isu (bangsa) jangan dilihat sebagai satu 'sandiwara politik pilihan raya'.
"Kita dalam PKR tidak melihat dari aspek itu (bangsa) tetapi sebaliknya untuk calon yang layak yang boleh memenangi hati dan minda pengundi di Hulu Selangor," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Program Tuisyen Rakyat peringkat Selangor dekat sini hari ini.
Khalid diminta mengulas kenyataan Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan yang mencabar PKR untuk meletakkan calon bukan Melayu bertanding pada pilihan raya itu sebagai usaha memberikan keadilan kepada semua bangsa di kawasan pilihan raya tersebut.
Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian penyandangnya daripada PKR Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad pada 25 Mac lepas akibat barah otak. Hari penamaan calon bagi pilihan raya itu ialah pada Sabtu ini.
Khalid berkata pemimpin Pakatan Pembangkang akan bermesyuarat dalam masa dua hari akan datang untuk memutuskan calon yang sesuai untuk bertanding pada pilihan raya tersebut.
Beliau berkata pemimpin Pakatan Pembangkang dijangka mengumumkan calon itu pada malam Selasa. Mengenai Program Tuisyen Rakyat, katanya kerajaan negeri membelanjakan RM3.4 juta setiap tahun untuk tujuan itu bagi 5,600 murid di Selangor. — Bernama
" Ya Allah berilah Hidayat, Hifazat dan maghfirahMu kepada pemimpin kami Imam Mahadi Al-Muntazar walau di mana baginda berada. Selamatkanlah baginda. Bantulah baginda. Begitu juga para pejuang Islam yang akan bergadai nyawa di sisinya. Ya Allah selamatkanlah seramai mungkin umat ini dari fitnah dan sihir Dajjal. Ya Allah bantulah kami menghadapi gelombang-gelombang ujian yang bakal mendatang "
No comments:
Post a Comment