" Ya.. Allah.., berilah hidayat, hifazat dan maghfirahMu kepada pemimpin kami Imam Mahadi Al-Muntazar walau di mana baginda berada. Selamatkanlah baginda, bantulah baginda, begitu juga para pejuang Islam yang akan bergadai nyawa di sisinya. Ya.. Allah.., selamatkanlah seramai mungkin umat ini dari fitnah dan sihir Dajjal. Ya.. Allah.., bantulah kami menghadapi gelombang-gelombang ujian yang bakal mendatang "


INFO TERKINI GEMPA BUMI SABTU 3 MARCH 2012
8.20 pm -
Gempa bumi kuat bermagnitud 6.7 skala Richter telah berlaku di Tenggara Kepulauan Loyalty. Pusat gempa bumi tersebut terletak di latitud 22.1 Selatan longitud 170.5 Timur - 6403km Tenggara Tawau, Sabah :- JMM
PRO REFORM VIDEO - Piring Terbang..?

27 April 2010

Remaja 15 Tahun Mati Ditembak POLIS

Kakak kepada remaja lelaki yang ditembak mati oleh anggota peronda polis awal pagi semalam, bingung mengapa adiknya ditembak malah yakin mangsa bukan penjenayah seperti yang didakwa.

Norazura Amzah, 39, berkata beliau hanya mengetahui adiknya Aminulrashid, 15, mati ditembak ketika ingin membuat laporan kehilangan adiknya yang tidak pulang semalam.

"Ibu telefon pagi tadi memaklumkan adik tidak pulang ketika keluar dengan kereta Proton Iswara milik seorang lagi kakaknya.

"Saya tidak sedap hati dan bergegas ke rumah ibu sebelum kami membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam dan dimaklumkan ada kejadian tembak membabitkan seorang remaja berdekatan rumah ibu di Seksyen 11," katanya.

Kejadian tembak itu juga dipercayai berlaku pada kira-kira pukul 2 pagi tadi , kira-kira 100 meter dari rumah mangsa.

Norazura yang beberapa kali terhenti bercakap kerana menahan sebak berkata, mereka bergegas ke bilik mayat Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang tetapi dihalang dari masuk.

Katanya, seorang daripada pegawai bertugas di bilik mayat itu mengesahkan mayat remaja berkenaan menyamai paras adiknya, anak bongsu daripada lapan beradik dan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 9 di sini.

"Maaf, saya sangat kecewa dan sedih, apalah salah seorang remaja seperti adik saya, jangan membuat tuduhan melulu dan cuba fikirkan apa rasanya andai dia berlaku kepada kita," katanya.

Tinjauan Bernama di perkarangan masjid di Seksyen 11 di sini mendapati lebih 200 rakan Allahyarham dan saudara mara berkumpul untuk menunaikan solat jenazah dan memberi penghormatan terakhir kepada mangsa.

Turut kelihatan ialah Ahli Parimen Shah Alam Khalid Abdul Samad.

Van jenazah polis turut disediakan bagi membawa jenazah ke tanah perkuburan yang diiringi unit kawalan motosikal polis.

Jenazah Aminulrashid selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21 di sini selepas solat Maghrib tadi.

Sementara itu, Khalid berkata Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar memberikan jaminan bahawa siasatan menyeluruh akan dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian itu.

"Allahyarham seorang remaja yang dikenali di kawasan ini dan kemungkinan melakukan jenayah adalah tidak mungkin sama sekali," katanya.

Seorang pemilik kafe siber, yang dikenali sebagai Amin berkata Allahyarham ialah seorang remaja yang mudah didekati dan penyayang serta sering mengunjungi premisnya.

"Kali terakhir saya menemuinya petang semalam ketika dia melayari internet di sini dan bergurau dengan anak-anak saya, kemudian selepas bermain bola di padang berhampiran dia sempat melambaikan tangan ke arah saya dan isteri," katanya sebak.

TV Selangor difahamkan, Khalid Samad akan mengadakan sidang media mengenai insiden itu kira-kira jam 9.30 pagi ini.

(TVS)

" Ya Allah berilah Hidayat, Hifazat dan maghfirahMu kepada pemimpin kami Imam Mahadi Al-Muntazar walau di mana baginda berada. Selamatkanlah baginda. Bantulah baginda. Begitu juga para pejuang Islam yang akan bergadai nyawa di sisinya. Ya Allah selamatkanlah seramai mungkin umat ini dari fitnah dan sihir Dajjal. Ya Allah bantulah kami menghadapi gelombang-gelombang ujian yang bakal mendatang "

8 comments:

broooo... said...

salam…

takziah buat keluarga terlibat…

sayang! kita kehilangan seorang lagi anak muda melayu pewaris bangsa!

acapkali bila berlaku kesilapan sebegini… angota Polis terbabit hanya akan “ditukarkan serta merta”… adakah ini mencukupi?
sedangkan dalam kes ini, alasan yang diberi adalah terlalu dangkal & lemah, serta tak boleh diterima akal! mangsa mungkin mengundurkan kenderaan kerana ketakutan sebab memandu tanpa lesen & tidak menyerang polis dengan apa2 senjata pun!

orng2 melayu tidak boleh lagi menerima saja apa2 yang berlaku sebagai takdir! kerana islam sendiri tidak membenarkan pembunuhan hatta membunuhdiri pun tidak dibenarkan. dan jika berlaku pembunuhan, mesti lah disiasat & jika didapati membunuh dgn tanpa alasan & saksi yang kukuh maka sipembunuh patut dihukum bunuh balik!

diharap pihak bertanggung jawab dapat menyiasat secara mendalam kes ini & mengambil tindakan sewajarnya jika perlu!

Anonymous said...

tak patut lah perkara ni terjadi.. tapi dah qada' & qadar.. sayang seribu kali sayang.. adikku satu sekolah dgn arwah, adikku cakap dia bukan pelajar bermasalah.. kalo ade pun biasalah nakal2 budak.. yang pasti arwah ni memang tak boleh dipersalahkan.. dia ni bawah umur, budak sekolah, pikiran & emosi belum matang.. apatah lagi mengetahui hak2 dan undang2.. natural instinct kanak2 kalau kena kejar dia lari.. tapi yang kes "shoot first, ask later" ni yg tak sedap didengar.. harap2 pihak yg terlibat jgn lah pulak "membuat2" cerita utk menutup kelemahan sendiri.. aku sebagai penduduk shah alam jadi takut.. keluar mulut buaya masuk mulut harimau..

Anonymous said...

TEOH MATI ADE INKUES..
KUGAN MATI DALAM JEL ADE SUHAKAM SIASAT..

ANAK MELAYU KITA KENE TEMBAK?????

PERKOSA APE KOMEN ANDA?OPS SILAP PERKASA..

UMNO PUN SYP JERRRR..

bang usin said...

aku nak gak tengok perkosa,pukida,dan pemuda umno buat demo mempertahankan anak melayu mati kena tembak ni...aku kasi tempoh sampai hari khamis ni untuk tiga kumpulan tali barut apco tu buat statement mempertahankan hak budak melayu tu....

kalau tak...memang sah la...PERKOSA,PUKIDA dan pemuda UMNO adalah BARUA YAHUDI ZIONIS APCO...sdan POLIS 1mesia plak sama taraf dengan POLIS ZIONIS....

Unknown said...

kalau tak da pembelaan bro kita fi sabillillah, zionis israel dah masuk dalam negara kita yang di ketuai oleh umno versi najib dan khairy. Bangkit lah wahai umat islam.

Anonymous said...

ketua polis selangor kene resign jer,pukimak dia sebok sgt politik sampai lupa jaga disiplin anak buah dia,yang dia sebok nak disiplinkan penyokong politik jer..utusan,bharian plak sebok dok cela si mati ni kaki samun..bongok nyer media..tv3 pun sama..brahim ali ape cer!!!ni anak melayu tau,anak cina ,india yang mati dalam tahanan ade pembelaan,anak melayu senyap jer,mcm kes ibu tunggal kene tembak..polis diam jer,umno lagi la..syabas POLIS RAJA DI MALAYSIA.HIDUP PUKIDA,PERKOSA,UMNO YAHUDI..

Anonymous said...

Ini adalah 'ganjaran' yg mereka dpt diatas apa yg mereka lakukan semasa PRK Hulu Selangor yg telah memenangkan mereka.... Allahuakhbar...!!!

Anonymous said...

carikan keadilan untuk arwah kerana kegopohan pihak polis menangani isu ini boleh 'membunuh' lebih ramai orang yang belum didapati bersalah. Apakah dengan manjadi polis mereka boleh menembak sesiapa sahaja.

Dakwa polis yang cuai tersebut dengan dakwaan ' first class degree murder'. jangan ingat anda polis anda boleh tembak sesiapa sahaja.

Apa kata kalau yang ditembak itu anak pegawai atasan polis tersebut? Kurangkah latihan diberikan sehingga pengenalpastian penjenayah atau bukan tidak dapat dilakukan dengan baik. Kata dalam kereta peronda ada alat komunikasi untuk jejak maklumat. Kalau tidak digunakan membazir duit pembayar cukai sahaja.

Itulah....memang selamanya gagal polis ni....

HIMPUNAN ARTIKEL-ARTIKEL SEBELUMNYA