" Ya.. Allah.., berilah hidayat, hifazat dan maghfirahMu kepada pemimpin kami Imam Mahadi Al-Muntazar walau di mana baginda berada. Selamatkanlah baginda, bantulah baginda, begitu juga para pejuang Islam yang akan bergadai nyawa di sisinya. Ya.. Allah.., selamatkanlah seramai mungkin umat ini dari fitnah dan sihir Dajjal. Ya.. Allah.., bantulah kami menghadapi gelombang-gelombang ujian yang bakal mendatang "


INFO TERKINI GEMPA BUMI SABTU 3 MARCH 2012
8.20 pm -
Gempa bumi kuat bermagnitud 6.7 skala Richter telah berlaku di Tenggara Kepulauan Loyalty. Pusat gempa bumi tersebut terletak di latitud 22.1 Selatan longitud 170.5 Timur - 6403km Tenggara Tawau, Sabah :- JMM
PRO REFORM VIDEO - Piring Terbang..?

30 April 2010

Pakatan Rakyat Desak Tindakan Displin Terhadap Musa Hassan

BUKIT AMAN 30 April - Pakatan Rakyat hari ini mendesak Lembaga Displin Tatatertib Polis Di Raja Malaysia (PDRM) mengambil tindakan displin terhadap Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berhubung kenyataan media beliau yang mengugut untuk menarik anggota polis daripada menjalankan tugas menjaga keselamatan awam jika itu kehendak rakyat.

Ahli Parlimen Segambut, Lim Lip Eng berkata Pakatan Rakyat memberi tempoh sebulan kepada lembaga tersebut untuk mengambil tindakan tegas terhadap Ketua Polis Negara atau pun memecat beliau atau dipaksa meletak jawatan.

Lim berkata jika tiada tindakan diambil, Pakatan Rakyat tidak menolak kemungkinan untuk mengadakan protes besar-besaran di hadapan Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.

"Kami mahu IGP bertanggungjawab sepenuhnya terhadap kenyataan yang beliau buat dan kami mendesak PDRM supaya memaksa Musa meletakkan jawatan," tegas Lim lagi.

Sementara itu beliau bersama Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar dan Ahli Dewan Undangan Negeri Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad menyerahkan aduan bertulis kepada Pengarah Jabatan Tatatertib, Abd Razak Bokhari Di Bukit Aman tengahari tadi.

Dalam pada masa yang sama, Nurul Izzah berkata rakyat tidak lagi boleh menerima alasan Musa bahawa kenyataan beliau telah di salah petik atau di salah tafsir oleh media.

"Rakyat tidak boleh lagi menerima alasan sedemikian setiap kali ada dakwaan salahlaku oleh polis, pihak media akan dipersalahkan,

"Rakyat sudah tahu kedudukan yang sebenar dan alasan seperti ini sudah tidak laku," jelas Nurul Izzah lagi.

Sehubungan itu, Nik Nazmi juga mendesak penubuhan Suruhanjaya Bebas Pengaduan dan alah Laku Polis (IPCMC) disegerakan.

"Kejadian terbaru remaja 15 tahun mati ditembak polis membuktikan betapa pentingnya IPCMC ditubuhkan dengan segera,

"Melalui IPCMC sahajalah segala aduan salahlaku dan peyalahgunaan kuasa terhadap anggota polis termasuk Ketua Polis Negara mampu ditangani dengan efektif,

"Kini kerajaan tidak ada sebab lagi untuk menolak penubuhan IPCMC," tegas Nik Nazmi pada Suara Keadilan.

Pada 26 April lalu, seorang remaja 15 tahun, Aminulrasyid Amzah mati ditembak polis di Seksyen 11, Shah Alam.

Semalam,laman berita Malaysiakini melaporkan Tan Sri Musa Hassan bersedia mengarahkan anggotanya tidak lagi mengawal jika itu kehendak rakyat.

Musa mengulas kenyataan pelbagai pihak berhubung kematian Aminulrasyid, apabila polis melepaskan tembakan ke arah kereta yang dipandu remaja itu kerana didakwa cuba berundur dan merempuh ke arah polis.

(Suara Keadilan)

" Ya Allah berilah Hidayat, Hifazat dan maghfirahMu kepada pemimpin kami Imam Mahadi Al-Muntazar walau di mana baginda berada. Selamatkanlah baginda. Bantulah baginda. Begitu juga para pejuang Islam yang akan bergadai nyawa di sisinya. Ya Allah selamatkanlah seramai mungkin umat ini dari fitnah dan sihir Dajjal. Ya Allah bantulah kami menghadapi gelombang-gelombang ujian yang bakal mendatang "

No comments:

HIMPUNAN ARTIKEL-ARTIKEL SEBELUMNYA