" Ya.. Allah.., berilah hidayat, hifazat dan maghfirahMu kepada pemimpin kami Imam Mahadi Al-Muntazar walau di mana baginda berada. Selamatkanlah baginda, bantulah baginda, begitu juga para pejuang Islam yang akan bergadai nyawa di sisinya. Ya.. Allah.., selamatkanlah seramai mungkin umat ini dari fitnah dan sihir Dajjal. Ya.. Allah.., bantulah kami menghadapi gelombang-gelombang ujian yang bakal mendatang "


INFO TERKINI GEMPA BUMI SABTU 3 MARCH 2012
8.20 pm -
Gempa bumi kuat bermagnitud 6.7 skala Richter telah berlaku di Tenggara Kepulauan Loyalty. Pusat gempa bumi tersebut terletak di latitud 22.1 Selatan longitud 170.5 Timur - 6403km Tenggara Tawau, Sabah :- JMM
PRO REFORM VIDEO - Piring Terbang..?

06 April 2010

Speaker Terima Notis Usul Dari Nazri

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini dalam Sidang Dewan Rakyat meminta Speaker, Tan Sri Pandikar Amin Mulia menjelaskan sama ada notis untuk menggantung beliau mengikut prosedur yang sewajarnya.

Anwar merujuk kepada tindakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz yang sebelum ini mengusulkan untuk membawa Anwar ke jawantankuasa mengenai hak dan kebebasan parlimen.

“Dibawa usul itu di bawah 27 3, jadi saya hanya hendak beritahu, saya hanya hendak minta pengesahan daripada Datuk Yang di-Pertua, apakah ia memerlukan pengesahan daripada yang di-Pertua iaitu prosedur,"katanya.

Speaker mengesahkan beliau menerima notis tersebut pagi tadi.

“Saya telah menerima notis itu pagi tadi. Menteri yang berkenaan meminta usul itu diusulkan dalam order paper bagi …… usul akan dibawa di bawah 27 (3) bermakna ada notis. Jadi notis dalam hal ini biasanya kalau menteri 2 hari kalau Speaker berpuas hati biasanya kalau Speker berpuas hati”

Nazri sebelum ini memaklumkan bahawa notis berkenaan telah diserahkan semalam.

Dalam pada itu, Ahli Parlimen Batu, Tian Chua semalam menyerahkan notis kepada Speaker Dewan Rakyat bagi membawa usul untuk mendesak kerajaan supaya menamatkan perkhidmatan APCO Worlwide.

Ketua Pembangkang itu sebelum ini dipanggil untuk memberi penjelasan ke Dewan Rakyat berhubung kenyataannya di dalam dewan yang mengaitkan 1Malaysia dengan One Israel.

Mengikut Nazri, BN akan mengemukakan usul itu pada 22 April, hari terakhir bagi sidang pertama, penggal ketiga bagi sesi parlimen ke-12.

Anwar berhadapan dengan tindakan dikenakan amaran ataupun penggantungan daripada menghadiri sidang dewan, bergantung kepada keputusan jawatankuasa itu.

(TVS)

No comments:

HIMPUNAN ARTIKEL-ARTIKEL SEBELUMNYA