" Ya.. Allah.., berilah hidayat, hifazat dan maghfirahMu kepada pemimpin kami Imam Mahadi Al-Muntazar walau di mana baginda berada. Selamatkanlah baginda, bantulah baginda, begitu juga para pejuang Islam yang akan bergadai nyawa di sisinya. Ya.. Allah.., selamatkanlah seramai mungkin umat ini dari fitnah dan sihir Dajjal. Ya.. Allah.., bantulah kami menghadapi gelombang-gelombang ujian yang bakal mendatang "


INFO TERKINI GEMPA BUMI SABTU 3 MARCH 2012
8.20 pm -
Gempa bumi kuat bermagnitud 6.7 skala Richter telah berlaku di Tenggara Kepulauan Loyalty. Pusat gempa bumi tersebut terletak di latitud 22.1 Selatan longitud 170.5 Timur - 6403km Tenggara Tawau, Sabah :- JMM
PRO REFORM VIDEO - Piring Terbang..?

11 November 2009

Selesai Secara Terbuka Cara PKR Masalah Parti: Azmin

Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Azmin Ali menegaskan bahawa cara PKR menyelesaikan masalah selisih faham diantara ahli parti dilakukan secara terbuka dan secara muafakat.

Ahli Parlimen Gombak itu berkata, PKR tidak berselindung dari masalah dalaman parti dan menyelesaikannya secara muafakat melalui perbincangan. Menurutnya, PKR telah berjaya menyelesaikan isu kenyataan Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu Zulkifli Noordin kelmarin dengan baik dalam tempoh masa yang singkat.

"Kalau ada masalah kita akan duduk bersama berbincang tentang masalah tersebut dan isu mengatakan kita kini telah berpecah belah tidak benar. Dalam isu zulkifli kita perlu memberi peluang kepada Zulkifli untuk mempertahankan hak beliau, itulah cara kita," katanya ketika ditemui dilobi Parlimen hari ini.

Sebelum ini, Zulkifli telah mencabar Sivarasa meletak jawatan Naib Presiden parti dalam masa 24 jam dan bertanding dengannya "satu lawan satu". berikutan kenyataan Sivarasa bahawa Zulkifli perlu keluar dari parti kerana cenderung menyokong UMNO.

Beliau berkata, setiap ahli parti diberi kebebasan untuk menyuarakan pendapat peribadi mengenai isu dalaman parti termasuk memberi pandangan kepada pemimpin tertinggi parti.

"Saya bersetuju bahawa teguran yang dibuat oleh Zulkifli itu adalah untuk kebaikan parti dan bukannya untuk kepentingan peribadi, itu satu peringatan yang penting untuk pimpinan parti" katanya.

Beliau berkata, amaran Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada ahli PKR supaya keluar dari parti dan menyertai UMNO ditujukan kepada orang yang tindak tanduk tidak selaras dengan dasar parti, tidak ditujukan kepada mana-mana individu.

(SinarHarian)

No comments:

HIMPUNAN ARTIKEL-ARTIKEL SEBELUMNYA