Karpal Singh secara terbuka menawarkan khidmatnya untuk mendakwa peguam Datuk V.K. Lingam yang dikaitkan dengan skandal melobi dan mempengaruhi urusan pelantikan hakim-hakim, jika Peguam Negara memberikan kuasa untuk berbuat demikian.
Pengerusi DAP itu menjelaskan menjadi amalan biasa di England bagi kerajaan membolehkan pengamal perundangan swasta untuk mendakwa seseorang bagi pihak peguam diraja.
"Di negara ini ada peruntukan undang-undang Peguam Negara perlu mengeluarkan sijil untuk mendakwa seseorang. Oleh itu, saya meminta agar Datuk Seri Nazri Aziz supaya menasihatkan Peguam Negara mengeluarkan surat perintah bagi tujuan untuk mendakwa Lingam," kata Karpal pada sidang media di bangunan Parlimen hari ini.
Beliau mengulas kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz semalam bahawa Ahli Parlimen Bukit Gelugor itu boleh mewakili Peguam Negara untuk mendakwa Lingam jika mahu.
"Jika Karpal bersedia untuk mewakili Peguam Negara, saya akan memujuk Peguam Negara untuk mendapatkan khidmat beliau bagi pihak kerajaan," kata Nazri.
Jumaat lalu, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata terpulang kepada Peguam Negara berhubung hasrat Panel Penilaian Operasi (PPO) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang mahu meneliti kes pita rakaman peguam Lingam.
Panel Penilaian Operasi itu memutuskan untuk mendapatkan kelulusan Peguam Negara untuk meneliti kes tersebut ekoran reaksi tidak puas hati pelbagai pihak.
Laporan sebelum ini menyebut Lingam didapati tidak melanggar sebarang undang-undang kerana melobi pelantikan hakim walaupun dipaparkan cuba berbuat demikian dalam satu klip video.
Baru-baru ini Dewan Rakyat diberitahu bahawa kerajaan telah melihat kes berkenaan daripada pelbagai segi tetapi mendapati tiada mana-mana akta di negara ini yang boleh mensabitkan Lingam melakukan salah guna kuasa dalam isu pelantikan hakim.
(TheMalaysianInsider)
" Ya.. Allah.., berilah hidayat, hifazat dan maghfirahMu kepada pemimpin kami Imam Mahadi Al-Muntazar walau di mana baginda berada. Selamatkanlah baginda, bantulah baginda, begitu juga para pejuang Islam yang akan bergadai nyawa di sisinya. Ya.. Allah.., selamatkanlah seramai mungkin umat ini dari fitnah dan sihir Dajjal. Ya.. Allah.., bantulah kami menghadapi gelombang-gelombang ujian yang bakal mendatang "
INFO TERKINI GEMPA BUMI SABTU 3 MARCH 2012
8.20 pm - Gempa bumi kuat bermagnitud 6.7 skala Richter telah berlaku di Tenggara Kepulauan Loyalty. Pusat gempa bumi tersebut terletak di latitud 22.1 Selatan longitud 170.5 Timur - 6403km Tenggara Tawau, Sabah :- JMM
PRO REFORM VIDEO - Piring Terbang..?
18 November 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
HIMPUNAN ARTIKEL-ARTIKEL SEBELUMNYA
-
▼
2009
(1348)
-
▼
November
(60)
- Semoga Allah Melindungi TGNA Dan Kita Semua
- Buat Renungan Bersama
- Akhbar Tunggangan Kerajaan Di Saman Lagi
- DSAI Menang Saman Terhadap NST
- Apa Lagi Yang Akan Mereka Usahakan?
- Pemimpin Besar PRM Sertai PKR
- Ku Li Setuju Ketuai Kaukus Royalti Minyak Pakatan
- Berbagai Perancangan Untuk Kelirukan Rakyat
- Banjir Semakin Buruk Di Kelantan
- Kenyataan Media MB Selangor
- Imbas Kembali Punca Kejatuhan Empayar Islam
- SPR Kalah Lagi
- Sudah Pasti TGNA Mampu Atasinya
- Husam: Saya Tak Akan Tinggalkan PAS Ditengah Jalan
- Bedah Siasat Beng Hock Selesai
- TGNA Nafi Husam Letak Jawatan
- Krisis Yang Sememangnya Di Impikan Musuh
- DSAI: Dwi-Parti Hanya Akan Berjaya Jika PR Tonjol ...
- Anasir Jahat 'Menyerang' Kelantan
- Mayat Beng Hock Sudah Digali, Bedah Siasat Kedua P...
- Usaha Tambah Populariti PM 1 Malaysia
- DSAI: Permuafakatan Yang Jelas
- PAS: Jangan Abai Bukan Melayu Jika Mahu Pakatan Ke...
- Pergelutan baru: Saiful vs Altantuya vs Lingam?
- Karpal Sahut Cabaran Dakwa Lingam Jika A-G Benarkan
- JAIS Dakwa Asri Pagi Ini
- Zaid: Usah Bimbang Anwar Masih Sesuai Jadi PM
- SPR Kalah
- Permohonan Nalla Di Tolak
- PKR Kelantan Akan Membawa Harapan Baru?
- Nik Aziz Ketuai Pakatan, Anwar Bakal PM Pakatan?
- Anwar: Tubuh Pasukan Professional Siasat Pendedaha...
- Zaid Ibrahim: PR Malaysia & Realiti Politik Semasa
- Konvensyen PKR Negeri Kelantan
- Bala Dedah Ditawar RM5 Juta
- Bai’ah: PAS Tutup Fail, Akui Ikrar Cerai Hina Wanita
- Jais Dakwa Asri Nov 18, Bukan Hari Ini
- Komunis China Disambut, Chin Peng Pula Dihalang?
- Lingam: SPRM Mahu Kes Dibuka Semula, Majlis Peguam...
- Ku Li Setuju Jelas Isu Royalti Minyak: Husam
- PR Terima Positif Akuan Bekas Pengarah BPR
- Sepatutnya Kerajaan Pusat Dapat Wang Ihsan, Bukan ...
- Kes Asri: Hasan Ali Pertahan Tindakan JAIS
- Selesai Secara Terbuka Cara PKR Masalah Parti: Azmin
- BPR: Tuduhan Anwar Sorok RM3 Bilion Tidak Berasas
- Kelantan Anggap Wang Ihsan Sebagai `Sedekah`
- Kes Lingam: Jawapan Nazri Tidak Masuk Akal
- Keadilan Untuk Tian Chua
- Parti Alternatif? PAS Perlu Bersikap Terbuka
- Sejarah Hitam DSAI Bakal Berulang
- Mahkamah Benarkan Mayat Beng Hock Di Gali Semula
- Gabungan Parti Pembangkang Buka Minda Rakyat
- Najib Umum Pemberian Wang Ehsan Untuk Kelantan Mul...
- MCA Semakin Bercelaru
- MP Zulkifli: Wajibkan Tauliah Syarat Lapuk
- Kes Liwat II Ditangguh Lagi
- Ezam, Chandra Muzaffar Kelirukan Rakyat
- Kerajaan Selangor Mahu Asri Disiasat Dengan Adil
- JAIS bebaskan bekas Mufti Perlis
- PR Parlimen Klang Desak Badrul Hisham Letak Jawatan
-
▼
November
(60)
No comments:
Post a Comment