" Ya.. Allah.., berilah hidayat, hifazat dan maghfirahMu kepada pemimpin kami Imam Mahadi Al-Muntazar walau di mana baginda berada. Selamatkanlah baginda, bantulah baginda, begitu juga para pejuang Islam yang akan bergadai nyawa di sisinya. Ya.. Allah.., selamatkanlah seramai mungkin umat ini dari fitnah dan sihir Dajjal. Ya.. Allah.., bantulah kami menghadapi gelombang-gelombang ujian yang bakal mendatang "


INFO TERKINI GEMPA BUMI SABTU 3 MARCH 2012
8.20 pm -
Gempa bumi kuat bermagnitud 6.7 skala Richter telah berlaku di Tenggara Kepulauan Loyalty. Pusat gempa bumi tersebut terletak di latitud 22.1 Selatan longitud 170.5 Timur - 6403km Tenggara Tawau, Sabah :- JMM
PRO REFORM VIDEO - Piring Terbang..?

12 November 2009

Lingam: SPRM Mahu Kes Dibuka Semula, Majlis Peguam Lega

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini mengumumkan pihaknya akan mendapatkan kebenaran Jabatan Peguam Negara untuk membuka semula kes peguam Datuk V K Lingam selepas empat hari ia berhadapan dengan tekanan dan kritikan pelbagai pihak.

Isnin lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz mengumumkan tiada sebarang tindakan diambil terhadap Lingam sehingga kini kerana beliau didapati tidak melanggar sebarang undang-undang kerana melobi pelantikan hakim walaupun beliau dipaparkan cuba berbuat demikian dalam satu klip video.

Nazri menjelaskan, kerajaan telah melihat kes berkenaan daripada pelbagai segi termasuk Akta Hasutan 1948, tetapi mendapati tiada mana-mana akta di negara ini yang boleh mensabitkan beliau melakukan salah guna kuasa dalam isu pelantikan hakim.

Bagaimanapun hari ini, Pengerusi Panel Penilaian Operasi SPRM, Tan Sri Dr Hadenan Abdul Jalil yang juga bekas Ketua Audit Negara berkata, kebenaran untuk membuka semula kes itu akan diperoleh atas faktor kepentingan orang ramai.

“Saya sedang memikirkan untuk menulis surat kepada Pejabat Peguam Negara untuk meminta agar kes ini diketengahkan kepada panel ini.

“Kami berminat untuk mengetahui apa yang berlaku demi kepentingan orang ramai,” kata beliau pada sidang media di sini hari ini.

Meskipun langkah meneliti semula siasatan kes Lingam bukan dalam skop panel berkenaan, beliau berkata, kepentingan orang ramai harus dipertahankan.

Oleh itu jelas beliau, panel itu mempunyai hak untuk memberi pandangannya.

Semalam Majlis Peguam melahirkan kekecewaan dengan pendirian kerajaan dalam kes kontroversi Lingam dengan mendakwa ia telah menjejaskan imej sistem kehakiman negara.

Suruhanjaya Diraja yang ditubuhkan tahun lalu mengesyorkan agar tindakan diambil ke atas Lingam dan beberapa personaliti lain termasuk bekas Ketua Hakim Negara, Tun Eusoff Chin dan Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim serta ahli perniagaan Tan Sri Vincent Tan.

Kelmarin Pakatan Rakyat mengemukakan saksi utama untuk memperkukuhkan tuntutan mereka bahawa Lingam dan Eusoff Chin telah merancang percutian bersama di New Zealand, sekali gus dikaitkan dengan skandal ini.

Saksi utama itu menurut PR ialah bekas setiausaha Lingam, Jayanthi Naidu.

Jayanthi, yang merupakan antara saksi kes berkenaan, mengakui percutian Lingam dan Eusoff Chin bersama keluarganya ke New Zeland pada 1990 dirancang dan dibayar oleh Lingam.

Jayanthi ialah bekas setiausaha Lingam sehingga 1995.

Bagaimanapun semalam Nazri dan SPRM menafikan saksi yang dibawa PR kelmarin merupakan saksi yang dicari oleh suruhanjaya bagi membantu siasatan.

Menurut SPRM semalam, Jayanthi telah pun selesai diambil percakapannya dan diambil kira keterangannya apabila keputusan dibuat oleh Bahagian Perundangan dan Pendakwaan suruhanjaya itu.

Dalam pada itu, Presiden Majlis Peguam Ragunath Kesavan berkata, pihaknya kini lega dengan syor dikemukakan Panel Penilaian Operasi SPRM.

“Kami berharap agar sesuatu yang positif akan diperoleh kelak,” kata beliau semasa dihubungi The Malaysian Insider petang ini.

(TheMalaysianInsider)

No comments:

HIMPUNAN ARTIKEL-ARTIKEL SEBELUMNYA