Pakatan rakyat parlimen Klang hari ini mendesak Ahli Dewan Undangan Negeri Pelabuhan Klang, Badrul hisham Abdullah meletakkan jawatan. Pengerusinya, Ismail Arsat berkata sebagai ADUN yang bertanggungjawab Badrul perlu mengembalikan semula hak kepada rakyat untuk memilih wakil rakyat yang baru. Menurutnya , ia berikutan kegagalan Badrul menjalankan tanggungjawab sebagai wakil rakyat di kawasan berkenaan.
"Tindakan Badrul Hisham jelas bercanggah dengan prinsip-prinsip demokrasi.Seharusnya beliau mengembalikan hak ADUN kepada rakyat Pelabuhan Klang agar rakyat dapat memilih wakil rakyat yang selari dengan keinginan dan aspirasi mereka.Dengan tidak meletakkan jawatan ADUN, Badrul Hisham mengutamakan kepentingan diri dan bukanya aspirasi rakyat.Beliau ingin menikmati kehidupan senang tanpa bekerja keras dengan memegang jawatan tersebut," katanya.
Ismail berkata, sebaliknya Badrul membiarkan tanggungjawab berkenaan dipikul Pakatan Rakyat Parlimen Klang tanpa sebarang dana dan bantuan.
"Selama beliau memegang jawatan tersebut, beliau telah mengabaikan peranan beliau sebagai Adun dan tidak menjalankan tugas untuk mewakili kepentingan rakyat.Pakatan Rakyat Parlimen Klang telah memikul dan melaksanakan tanggungjawab tersebut tanpa sebarang dana dan bantuan.Pakatan Rakyat Parlimen memikul tanggungjawab itu atas dasar keprihatinan terhadap rakyat Pelabuhan Klang khasnya dan Parlimen Klang Amnya," jelasnya.
Beliau berkata demikian pada sidang medianya di Pusat Khidmat Masyarakat Dun Pelabuhan Klang.
Menurutnya tindakan Badrul keluar dari PKR merupakan satu pengkhianatan kepada pengundi yang memilih beliau dalam Pilihan Raya Umum lalu.
"Perletakan jawatan Badruldari PKR adalah satu pengkhianatan terhadap rakyat Pelabuhan Klang. Rakyat telah memilih beliau, bukan kerana personality ataupun paras rupa beliau tetapi di atas dasar manifesto yang dipersembahkan oleh Pakatan Rakyat kepada rakyat Pelabuhan Klang.Secara langsung rakyat Pelabuhan Klang telah memilih Pakatan Rakyat untuk mewakili mereka Sidang Dewan Undangan Negeri Selangor," katanya.
Ismail berkata Badrul dirasakan lebih selesa mendampingi Umno-Barisan Nasional yang mengutamakan kroni, korupsi lebih dari prinsip demokrasi.
"Pakatan Rakyat juga mengucapkan tahniah kepada UMNO dan Barisan Nasional yang sedia menerima ADUN bermasalah serta tidak melaksanakan tanggungjawab terhadap rakyat.Kami juga merasakan bahawa Badrul Hisham akan lebih selesa berada bersama Barisan Nasional yang lebih mengutamakan kroni, korupsi dan wang lebih dari prinsip demokrasi dan kuasa rakyat," jelasnya.
Menurutnya, bagaimanapun pihaknya akan tetap berkhidmat untuk masyarakat DUN Pelabuhan Klang selari dengan prinsip telus yang dibawa kerajaan negeri.
"Pakatan rakyat juga berjanji akan lebih telus dan berhati-hati di dalam pemilihan calon untuk pilihanraya. Kami juga akan terus berkhidmat kepada rakyat DUN Pelabuhan Klang khasnya dan Parlimen Klang amnya tanpa mengira masa dan tenaga.
"Kami akan terus berdedikasi di dalam menegakkan prinsip demokrasi serta ketuanan rakyat. Kami akan terus membela rakyat yang tertindas dan akan cuba sedaya upaya untuk mengembalikan hak rakyat iaitu sebuah kerajaan yang telus, kompeten, berdedekasi dan bertanggungjawab terhadap rakyat," katanya lagi.
(TVS)
" Ya.. Allah.., berilah hidayat, hifazat dan maghfirahMu kepada pemimpin kami Imam Mahadi Al-Muntazar walau di mana baginda berada. Selamatkanlah baginda, bantulah baginda, begitu juga para pejuang Islam yang akan bergadai nyawa di sisinya. Ya.. Allah.., selamatkanlah seramai mungkin umat ini dari fitnah dan sihir Dajjal. Ya.. Allah.., bantulah kami menghadapi gelombang-gelombang ujian yang bakal mendatang "
INFO TERKINI GEMPA BUMI SABTU 3 MARCH 2012
8.20 pm - Gempa bumi kuat bermagnitud 6.7 skala Richter telah berlaku di Tenggara Kepulauan Loyalty. Pusat gempa bumi tersebut terletak di latitud 22.1 Selatan longitud 170.5 Timur - 6403km Tenggara Tawau, Sabah :- JMM
PRO REFORM VIDEO - Piring Terbang..?
01 November 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
HIMPUNAN ARTIKEL-ARTIKEL SEBELUMNYA
-
▼
2009
(1348)
-
▼
November
(60)
- Semoga Allah Melindungi TGNA Dan Kita Semua
- Buat Renungan Bersama
- Akhbar Tunggangan Kerajaan Di Saman Lagi
- DSAI Menang Saman Terhadap NST
- Apa Lagi Yang Akan Mereka Usahakan?
- Pemimpin Besar PRM Sertai PKR
- Ku Li Setuju Ketuai Kaukus Royalti Minyak Pakatan
- Berbagai Perancangan Untuk Kelirukan Rakyat
- Banjir Semakin Buruk Di Kelantan
- Kenyataan Media MB Selangor
- Imbas Kembali Punca Kejatuhan Empayar Islam
- SPR Kalah Lagi
- Sudah Pasti TGNA Mampu Atasinya
- Husam: Saya Tak Akan Tinggalkan PAS Ditengah Jalan
- Bedah Siasat Beng Hock Selesai
- TGNA Nafi Husam Letak Jawatan
- Krisis Yang Sememangnya Di Impikan Musuh
- DSAI: Dwi-Parti Hanya Akan Berjaya Jika PR Tonjol ...
- Anasir Jahat 'Menyerang' Kelantan
- Mayat Beng Hock Sudah Digali, Bedah Siasat Kedua P...
- Usaha Tambah Populariti PM 1 Malaysia
- DSAI: Permuafakatan Yang Jelas
- PAS: Jangan Abai Bukan Melayu Jika Mahu Pakatan Ke...
- Pergelutan baru: Saiful vs Altantuya vs Lingam?
- Karpal Sahut Cabaran Dakwa Lingam Jika A-G Benarkan
- JAIS Dakwa Asri Pagi Ini
- Zaid: Usah Bimbang Anwar Masih Sesuai Jadi PM
- SPR Kalah
- Permohonan Nalla Di Tolak
- PKR Kelantan Akan Membawa Harapan Baru?
- Nik Aziz Ketuai Pakatan, Anwar Bakal PM Pakatan?
- Anwar: Tubuh Pasukan Professional Siasat Pendedaha...
- Zaid Ibrahim: PR Malaysia & Realiti Politik Semasa
- Konvensyen PKR Negeri Kelantan
- Bala Dedah Ditawar RM5 Juta
- Bai’ah: PAS Tutup Fail, Akui Ikrar Cerai Hina Wanita
- Jais Dakwa Asri Nov 18, Bukan Hari Ini
- Komunis China Disambut, Chin Peng Pula Dihalang?
- Lingam: SPRM Mahu Kes Dibuka Semula, Majlis Peguam...
- Ku Li Setuju Jelas Isu Royalti Minyak: Husam
- PR Terima Positif Akuan Bekas Pengarah BPR
- Sepatutnya Kerajaan Pusat Dapat Wang Ihsan, Bukan ...
- Kes Asri: Hasan Ali Pertahan Tindakan JAIS
- Selesai Secara Terbuka Cara PKR Masalah Parti: Azmin
- BPR: Tuduhan Anwar Sorok RM3 Bilion Tidak Berasas
- Kelantan Anggap Wang Ihsan Sebagai `Sedekah`
- Kes Lingam: Jawapan Nazri Tidak Masuk Akal
- Keadilan Untuk Tian Chua
- Parti Alternatif? PAS Perlu Bersikap Terbuka
- Sejarah Hitam DSAI Bakal Berulang
- Mahkamah Benarkan Mayat Beng Hock Di Gali Semula
- Gabungan Parti Pembangkang Buka Minda Rakyat
- Najib Umum Pemberian Wang Ehsan Untuk Kelantan Mul...
- MCA Semakin Bercelaru
- MP Zulkifli: Wajibkan Tauliah Syarat Lapuk
- Kes Liwat II Ditangguh Lagi
- Ezam, Chandra Muzaffar Kelirukan Rakyat
- Kerajaan Selangor Mahu Asri Disiasat Dengan Adil
- JAIS bebaskan bekas Mufti Perlis
- PR Parlimen Klang Desak Badrul Hisham Letak Jawatan
-
▼
November
(60)
No comments:
Post a Comment