" Ya.. Allah.., berilah hidayat, hifazat dan maghfirahMu kepada pemimpin kami Imam Mahadi Al-Muntazar walau di mana baginda berada. Selamatkanlah baginda, bantulah baginda, begitu juga para pejuang Islam yang akan bergadai nyawa di sisinya. Ya.. Allah.., selamatkanlah seramai mungkin umat ini dari fitnah dan sihir Dajjal. Ya.. Allah.., bantulah kami menghadapi gelombang-gelombang ujian yang bakal mendatang "


INFO TERKINI GEMPA BUMI SABTU 3 MARCH 2012
8.20 pm -
Gempa bumi kuat bermagnitud 6.7 skala Richter telah berlaku di Tenggara Kepulauan Loyalty. Pusat gempa bumi tersebut terletak di latitud 22.1 Selatan longitud 170.5 Timur - 6403km Tenggara Tawau, Sabah :- JMM
PRO REFORM VIDEO - Piring Terbang..?

06 November 2009

Sejarah Hitam DSAI Bakal Berulang

DSAI merupakan individu yang paling digeruni oleh pemimpin-pemimpin UMNO. Ini terbukti semasa Che Det sebagai PM Malaysia lagi yang telah berusaha untuk 'mematikan' DSAI. Pada awalnya, mereka berjaya menghumban DSAI kepenjara sekaligus berjaya menghalangnya dari mara kedepan.

Namun, usaha mereka ternyata gagal apabila Pak Lah dilantik sebagai PM Malaysia telah membebaskan DSAI dari penjara serta menggugurkan semua pertuduhan rekaan Che Det. Tidak lama selepas DSAI dibebaskan, beliau telah meneruskan perjuangan demi menegak keadilan. UBN telah diserang habis-habisan.

Tidak berapa lama, mulalah kedengaran DSAI meliwat lagi. Pada mulanya, tuduhan rekaan kali ini agak sukar untuk dilaksanakan selagi Pak Lah (pengkhianat bagi versi Che Det dan yang sama waktu dengannya) tidak dijatuhkan. Tuduhan rekaan pada waktu itu tidak berjalan seperti yang dirancang.

Sehinggalah Che Det berjaya menarik turun Pak Lah dengan mengangkat Najib sebagai PM Malayisa, barulah tuduhan rekaan kali ini dapat dilaksanakan mengikut jadual. DSAI 'mesti dipenjara lagi' sebelum berlakunya PRU-13. Mereka mengharapkan 'magic' pada PRU-11 berulang lagi.

Hari ini, DSAI gagal dalam permohonannya untuk mendapatkan bukti-bukti pihak pendakwaan berkaitan dengan tuduhan rekaan kali ini termasuk bagi mendapatkan spesimen yang disimpan oleh pihak pendakwaan.

Ketiga-tiga hakim yang bersidang di Mahkamah Rayuan Putrajaya, sebulat suara membenarkan rayuan pasukan timbalan pendakwaraya untuk tidak menyerahkan beberapa bahan bukti seperti yang dituntut oleh DSAI.

No comments:

HIMPUNAN ARTIKEL-ARTIKEL SEBELUMNYA