selesai dengan mewujudkan 'pelan damai' antara Chua dan Ong. Hari ini, MCA telah menarik perhatian kita semua dengan pengumuman yang telah dibuat oleh ROS iaitu Chua masih Timbalan Presiden MCA yang sah. Pengumuman itu dibuat sebelum bermulanya mesyuarat Jawatankuasa Pusat MCA pagi semalam.Pada 15 Oktober lalu, Liow Tiong Lai telah dilantik sebagai timbalan menggantikan Chua. Ini bermakna Liow hanya sempat memegang jawatan berkenaan selama 20 hari sahaja. Bagaimanapun Liow tetap mempertahankan jawatan beliau dengan menegaskan bahawa beliau ada hak untuk merayu terhadap keputusan ROS itu atau membawanya ke mahkamah jika perlu.
ROS telah mengesahkan bahawa tidak berlaku kekosongan jawatan Timbalan memandangkan keputusan EGM baru-baru ini tidak memenuhi keperluan 2/3 majoriti supaya Chua dilucutkan seperti yang diperuntukkan dalam Perkara 35 Perlembagaan MCA.
Dengan perkembangan terbaru ini menunjukkan bahawa, proses BN sedang menuju kehancuran semakin jelas selagi ianya tidak berjaya diselesaikan. Ini adalah kerana MCA komponen utama BN. Permasaalahan yang menimpa begitu sukar untuk diselesaikan. Makin diusahakan, makin bercelaru.
No comments:
Post a Comment