PAS mengambil langkah menutup fail isu amalan bai’ah dengan hanya menganggap tindakan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad melafazkkan ikrar taat setia cerai talak tiga sebagai satu kes terpencil.
Bagaimanapun Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali mengulangi, kesemua calon PAS yang bertanding dalam pilihan raya memang mengambil ikrar bagi menunjukkan kesetiaan mereka kepada parti, tetapi tidak ia melibatkan pendirian menceraikan isteri dengan talak tiga jika mengkhianati parti. Kata beliau, kesemua calon PAS berikrar kepada Allah bahawa mereka tidak akan 'mengkhianati parti dan Islam.'
"Kami tidak memisahkan politik daripada Islam, kami bukan sahaja bertanggungjawab kepada rakyat tetapi juga kepada Tuhan," kata beliau yang juga bekas Pengarah Pilihan Raya PAS pusat pada sidang media di sini hari ini.
Sehubungan itu kata beliau, menjadi amalan biasa bagi parti-parti politik negara ini untuk mengambil langkah berjaga-jaga bagi mengelak tindakan melompat parti. "Hampir kesemua parti kecuali PAS meminta calon mereka menandatangani surat tidak bertarikh yang dituju kepada Speaker Parlimen atau Dewan Undangan Negeri, mengatakan hasrat mereka untuk melepaskan kerusi mereka dan surat ini akan digunakan jika ada usaha melompat parti," katanya.
Bagaimanapun jelas Mustafa, oleh kerana PAS adalah sebuah parti Islam, mereka menggunakan pendekatan yang tersendiri. Mustafa mengakui ikrar taat setia yang diambil oleh Khalid, juga Yang Dipertua PAS Shah Alam, berbeza daripada langkah standard yang digariskan oleh kepimpinan pusat parti.
"Kecuali bagi Selangor, ikrar yang diambil adalah berbeza sedikit dan Khalid mengakui beliau mengambil ikrar yang berbeza, beliau tidak mengulas lanjut, beliau mengatakan itu soal antara beliau dan Tuhan. Kami menganggap ia sebagai pilihan peribadi berdasarkan kepercayaan beliau," kata Mustafa lagi.
Pun begitu, beliau bersetuju bahawa ikrar yang dikaitkan dengan tindakan menceraikan isteri merupakan satu bentuk penghinaan terhadap wanita.
Pada 9 November lalu, Mustafa berkata, PAS memulakan siasatan berhubung amalan bai'ah yang dibuat oleh sesetengah pemimpin parti itu kerana tidak pernah ada sebarang arahan rasmi daripada PAS pusat untuk menceraikan isteri dengan talak tiga jika mereka keluar parti.
Dalam kenyataan ketika itu, Mustafa mengakui memang ada amalan bai'ah untuk memperlihatkaan taat setia kepada parti. Pendedahan amalan itu mendapat perhatian banyak pihak dengan ada yang mengkritik ia amalan kuno dan tidak masuk akal.
Amalan sumpah taat setia dalam bentuk itu turut disahkan Khalid dan Setiausaha Badan Perhubungan PAS Selangor, Mohd Khairuddin Othman Jumaat lalu. Khalid menjelaskan, langkah itu bagi memastikan tiada mana-mana wakil rakyat mengkhianati parti dengan menyertai parti lain.
Khairuddin pula berkata, amalan bai'ah terhadap isteri mana-mana pemimpin PAS yang mengkhianati parti itu telah lama wujud. Pendedahan itu dikatakan mula tersebar selepas satu majlis dialog antara beberapa pimpinan PAS di Selangor dengan sembilan blogger baru-baru ini.
(TheMalaysianInsider)
" Ya.. Allah.., berilah hidayat, hifazat dan maghfirahMu kepada pemimpin kami Imam Mahadi Al-Muntazar walau di mana baginda berada. Selamatkanlah baginda, bantulah baginda, begitu juga para pejuang Islam yang akan bergadai nyawa di sisinya. Ya.. Allah.., selamatkanlah seramai mungkin umat ini dari fitnah dan sihir Dajjal. Ya.. Allah.., bantulah kami menghadapi gelombang-gelombang ujian yang bakal mendatang "
INFO TERKINI GEMPA BUMI SABTU 3 MARCH 2012
8.20 pm - Gempa bumi kuat bermagnitud 6.7 skala Richter telah berlaku di Tenggara Kepulauan Loyalty. Pusat gempa bumi tersebut terletak di latitud 22.1 Selatan longitud 170.5 Timur - 6403km Tenggara Tawau, Sabah :- JMM
PRO REFORM VIDEO - Piring Terbang..?
13 November 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
HIMPUNAN ARTIKEL-ARTIKEL SEBELUMNYA
-
▼
2009
(1348)
-
▼
November
(60)
- Semoga Allah Melindungi TGNA Dan Kita Semua
- Buat Renungan Bersama
- Akhbar Tunggangan Kerajaan Di Saman Lagi
- DSAI Menang Saman Terhadap NST
- Apa Lagi Yang Akan Mereka Usahakan?
- Pemimpin Besar PRM Sertai PKR
- Ku Li Setuju Ketuai Kaukus Royalti Minyak Pakatan
- Berbagai Perancangan Untuk Kelirukan Rakyat
- Banjir Semakin Buruk Di Kelantan
- Kenyataan Media MB Selangor
- Imbas Kembali Punca Kejatuhan Empayar Islam
- SPR Kalah Lagi
- Sudah Pasti TGNA Mampu Atasinya
- Husam: Saya Tak Akan Tinggalkan PAS Ditengah Jalan
- Bedah Siasat Beng Hock Selesai
- TGNA Nafi Husam Letak Jawatan
- Krisis Yang Sememangnya Di Impikan Musuh
- DSAI: Dwi-Parti Hanya Akan Berjaya Jika PR Tonjol ...
- Anasir Jahat 'Menyerang' Kelantan
- Mayat Beng Hock Sudah Digali, Bedah Siasat Kedua P...
- Usaha Tambah Populariti PM 1 Malaysia
- DSAI: Permuafakatan Yang Jelas
- PAS: Jangan Abai Bukan Melayu Jika Mahu Pakatan Ke...
- Pergelutan baru: Saiful vs Altantuya vs Lingam?
- Karpal Sahut Cabaran Dakwa Lingam Jika A-G Benarkan
- JAIS Dakwa Asri Pagi Ini
- Zaid: Usah Bimbang Anwar Masih Sesuai Jadi PM
- SPR Kalah
- Permohonan Nalla Di Tolak
- PKR Kelantan Akan Membawa Harapan Baru?
- Nik Aziz Ketuai Pakatan, Anwar Bakal PM Pakatan?
- Anwar: Tubuh Pasukan Professional Siasat Pendedaha...
- Zaid Ibrahim: PR Malaysia & Realiti Politik Semasa
- Konvensyen PKR Negeri Kelantan
- Bala Dedah Ditawar RM5 Juta
- Bai’ah: PAS Tutup Fail, Akui Ikrar Cerai Hina Wanita
- Jais Dakwa Asri Nov 18, Bukan Hari Ini
- Komunis China Disambut, Chin Peng Pula Dihalang?
- Lingam: SPRM Mahu Kes Dibuka Semula, Majlis Peguam...
- Ku Li Setuju Jelas Isu Royalti Minyak: Husam
- PR Terima Positif Akuan Bekas Pengarah BPR
- Sepatutnya Kerajaan Pusat Dapat Wang Ihsan, Bukan ...
- Kes Asri: Hasan Ali Pertahan Tindakan JAIS
- Selesai Secara Terbuka Cara PKR Masalah Parti: Azmin
- BPR: Tuduhan Anwar Sorok RM3 Bilion Tidak Berasas
- Kelantan Anggap Wang Ihsan Sebagai `Sedekah`
- Kes Lingam: Jawapan Nazri Tidak Masuk Akal
- Keadilan Untuk Tian Chua
- Parti Alternatif? PAS Perlu Bersikap Terbuka
- Sejarah Hitam DSAI Bakal Berulang
- Mahkamah Benarkan Mayat Beng Hock Di Gali Semula
- Gabungan Parti Pembangkang Buka Minda Rakyat
- Najib Umum Pemberian Wang Ehsan Untuk Kelantan Mul...
- MCA Semakin Bercelaru
- MP Zulkifli: Wajibkan Tauliah Syarat Lapuk
- Kes Liwat II Ditangguh Lagi
- Ezam, Chandra Muzaffar Kelirukan Rakyat
- Kerajaan Selangor Mahu Asri Disiasat Dengan Adil
- JAIS bebaskan bekas Mufti Perlis
- PR Parlimen Klang Desak Badrul Hisham Letak Jawatan
-
▼
November
(60)
1 comment:
sialan lu mustapa ali.. aku dgr sendiri kamarudin ckp pasal talak 3 ni waktu road show hasan ali d pandan.
kenapa nk bohong ha? bangsat lg membangsat kan !!!!!!
Post a Comment