" Ya.. Allah.., berilah hidayat, hifazat dan maghfirahMu kepada pemimpin kami Imam Mahadi Al-Muntazar walau di mana baginda berada. Selamatkanlah baginda, bantulah baginda, begitu juga para pejuang Islam yang akan bergadai nyawa di sisinya. Ya.. Allah.., selamatkanlah seramai mungkin umat ini dari fitnah dan sihir Dajjal. Ya.. Allah.., bantulah kami menghadapi gelombang-gelombang ujian yang bakal mendatang "


INFO TERKINI GEMPA BUMI SABTU 3 MARCH 2012
8.20 pm -
Gempa bumi kuat bermagnitud 6.7 skala Richter telah berlaku di Tenggara Kepulauan Loyalty. Pusat gempa bumi tersebut terletak di latitud 22.1 Selatan longitud 170.5 Timur - 6403km Tenggara Tawau, Sabah :- JMM
PRO REFORM VIDEO - Piring Terbang..?

20 March 2009

Kedudukan Elizabeth Wong Rabu Ini

UPDATE (21 Mac): MB Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata beliau akan mengumumkan kedudukan YB Elizabeth Wong pada Rabu ini. Sebelum ini YB Elizabeth telah menawarkan diri untuk meletakkan jawatannya sebagai Exco kerajaan negeri dan ADUN Bukit Lanjan. Namun, DSAI telah memutuskan supaya beliau bercuti dahulu.

Ini ekoran daripada konspirasi untuk menjatuhkan beliau besertakan Kerajaan PR di Selangor dengan mendedahkan foto2 separuh bogel beliau yang telah diambil semasa beliau sedang tidur. Kita mengatakan begitu kerana baru2 ini DSAI telah menggemparkan Dewan Parlimen dengan pembongkaran 'konspirasi terancang' kerajaan BN bagi menjatuhkan Kerajaan PR Selangor.

Manakala menurut akhbar Sin Chew (21Mac), MB Selangor dijangka mengeluarkan kenyataan mengenainya sebelum jam 4 petang esok.

Cuti YB Elizabeth telah tamat Ahad lalu, tetapi kerajaan Selangor belum memutuskan kedudukannya sebagai exco dan Adun Bukit Lanjan. Apa juga pun,keputusan Khalid (MB Selangor) berhubung kedudukan YB Elizabeth dalam kerajaan negeri dan selaku Adun Bukit Lanjan sedang ditunggu pelbagai pihak.

Persoalannya ialah sama ada YB Elizabeth akan mengosongkan kerusi DUN tersebut dan satu lagi pilihanraya kecil diadakan.

No comments:

HIMPUNAN ARTIKEL-ARTIKEL SEBELUMNYA