" Ya.. Allah.., berilah hidayat, hifazat dan maghfirahMu kepada pemimpin kami Imam Mahadi Al-Muntazar walau di mana baginda berada. Selamatkanlah baginda, bantulah baginda, begitu juga para pejuang Islam yang akan bergadai nyawa di sisinya. Ya.. Allah.., selamatkanlah seramai mungkin umat ini dari fitnah dan sihir Dajjal. Ya.. Allah.., bantulah kami menghadapi gelombang-gelombang ujian yang bakal mendatang "


INFO TERKINI GEMPA BUMI SABTU 3 MARCH 2012
8.20 pm -
Gempa bumi kuat bermagnitud 6.7 skala Richter telah berlaku di Tenggara Kepulauan Loyalty. Pusat gempa bumi tersebut terletak di latitud 22.1 Selatan longitud 170.5 Timur - 6403km Tenggara Tawau, Sabah :- JMM
PRO REFORM VIDEO - Piring Terbang..?

19 March 2009

DSAI Selar Cubaan BN Peralat Agensi Persekutuan

Ketua Pembangkang DSAI menyelar cubaan Kerajaan Persekutuan BN memperalatkan pegawai awam untuk menjatuhkan Kerajaan PR Negeri Selangor di bawah sebuah program bernilai RM52 juta yang bertujuan menimbulkan kebencian rakyat terhadap pembangkang.

Beliau, yang juga Ketua Umum Keadilan berkata, program 'People Centric' atau Mesra Rakyat itu dikendalikan oleh Unit Penyelarasan Perlaksanaan (ICU) Selangor di bawah kelolaan Jabatan Perdana Menteri (JPM).

Beliau mengemukakan dokumen minit mesyuarat mengenai program itu yang membabitkan beberapa agensi persekutuan seperti SPR, Pejabat Pembangunan Negeri Selangor dan polis.

Menurut minit mesyuarat itu, program berkenaan mensasarkan objektifnya sebagai memastikan BN kembali berkuasa di Selangor pada pilihanraya umum ke-13 menerusi beberapa tindakan bagi mendorong rakyat membenci PR dan memastikan BN kembali memegang majoriti 2/3 di Parlimen.

Beliau memberitahu Parlimen "Ini jelas menunjukkan bahawa Kerajaan Persekutuan BN sengaja mahu menjatuhkan kredibiliti dan imej kerajaan negeri Selangor. Saya tidak menyokong kakitangan kerajaan yang diheret dalam isu ini...mereka tidak boleh diperalatkan hanya kerana politik lemah pihak atasan mereka."

Beliau mempersoalkan pembabitan badan seperti SPR dalam mesyuarat itu serta penggunaan agensi seperti ICU untuk memenuhi agenda politik BN.

Semasa ditanya oleh Lim Kit Siang (Ipoh Timur) siapa yang memberikan ICU misi menjatuhkan kerajaan negeri PR, beliau berkata, mesyuarat2 ICU selalunya dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri . Ini bermakna kerja Najib.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Amirsham Abdul Aziz yang bertanggung jawab terhadap ICU enggan memberi penjelasan terhadap isu itu walaupun didesak berulang kali oleh wakil2 PR.

Program untuk menjatuhkan kerajaan PR Selangor pertama kali didedahkan pada minggu lalu di sidang DUN Selangor. Adun Kampong Tunku, Lau Weng San ketika itu berkata mesyuarat mengenai program berkenaan telah diadakan pada 26 Febuari lalu di Pejabat Pembangunan Negeri Selangor.

No comments:

HIMPUNAN ARTIKEL-ARTIKEL SEBELUMNYA