" Ya.. Allah.., berilah hidayat, hifazat dan maghfirahMu kepada pemimpin kami Imam Mahadi Al-Muntazar walau di mana baginda berada. Selamatkanlah baginda, bantulah baginda, begitu juga para pejuang Islam yang akan bergadai nyawa di sisinya. Ya.. Allah.., selamatkanlah seramai mungkin umat ini dari fitnah dan sihir Dajjal. Ya.. Allah.., bantulah kami menghadapi gelombang-gelombang ujian yang bakal mendatang "


INFO TERKINI GEMPA BUMI SABTU 3 MARCH 2012
8.20 pm -
Gempa bumi kuat bermagnitud 6.7 skala Richter telah berlaku di Tenggara Kepulauan Loyalty. Pusat gempa bumi tersebut terletak di latitud 22.1 Selatan longitud 170.5 Timur - 6403km Tenggara Tawau, Sabah :- JMM
PRO REFORM VIDEO - Piring Terbang..?

24 December 2010

FOTO KESEDARAN 24 DISEMBER 2010

" Dan tidakkah orang-orang kafir itu memikirkan dan mempercayai bahawa sesungguhnya langit dan bumi itu pada asal mulanya bercantum (sebagai benda yang satu), lalu Kami pisahkan antara keduanya? Dan Kami jadikan dari air, tiap-tiap benda yang hidup? Maka mengapa mereka tidak mahu beriman? " - Surah Al - Anbiyaa’ ayat 30

klik untuk sambungan foto...

DUN Tenang : 22 Jan Penamaan,30 Jan Pengundian

PUTRAJAYA 24 DIS : Tarikh pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang, di Labis, Johor ditetapkan pada 30 Januari (Ahad) depan.

Manakala tarikh penamaan calon ditetapkan pada 22 Januari , (Sabtu) kata Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusoff.

Kekosongan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang ekoran kematian wakil rakyatnya, Datuk Sulaiman Taha .

Sulaiman meninggal dunia di Hospital Ampang Puteri, Kuala Lumpur selepas berada dalam kritikal selama 24 hari akibat jangkitan kuman dalam darah dan penyakit kencing manis.

22 December 2010

FOTO KESEDARAN 21 DISEMBER 2010

VIDEO @ FOTO KESEDARAN merupakan peringatan bersama dalam menempuh 'Era Fitnah dan Sihir Dajjal'. Di manakah kita sebenarnya berada sekarang? Ingatlah..!!! 'produk-produk Dajjal' sentiasa berusaha tanpa henti dengan apa cara sekalipun, semata-mata untuk melalaikan kita, apatah lagi sekarang, di mana kita sudah pun berada pada ZON KRITIKAL dalam menghadapi kedatangan HARI KIAMAT.

klik untuk sambungan foto...

21 December 2010

1Malaysia : Najib Hanya Nafi Tapi Takut Untuk Berdebat

Penafian konsep 1Malaysia tidak ciplak idea 1Israel tidak bermakna apa-apa selagi Perdana Menteri Najib Abdul Razak terus mengelak dari mencabar kesahihan dokumen perjanjian Apco-Israel dan Apco-Malaysia di arena awam.

Ahli Parlimen Kuala Langat, Abdullah Sani Abdul Hamid berkata keengganan Najib satu-lawan-satu dengan Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat hanya membuktikan bahawa ada kebenaran di sebalik dakwaan Pakatan Rakyat.

Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini berkata beliau terluka dengan dakwaan yang mengatakan konsep 1Malaysia diciplak dari konsep One Israel.

Senarai Nama Mangsa Kemalangan Bas Simpang Pulai-Cameron Highland

IPOH 21 DIS : Pihak polis setakat ini telah mengeluarkan senarai nama dua rakyat Malaysia dan 24 rakyat Thailand daripada 27 orang kesemuanya yang terbunuh dalam kemalangan di Km 15, Jalan Cameron Highlands-Simpang Pulaipada pukul 11.40 pagi semalam.

19 December 2010

RM1.9 Bilion Kontrak Kementah Dibolot Seorang Pemuda Umno

BATU KAWAN 19 DIS : Sebanyak RM1.9 bilion ringgit telah disedut keluar dari Kementerian Pertahanan ke kocek pihak tertentu yang berkaitan dengan Pemuda Umno.

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, RM1.9 bilion ini meliputi pelbagai bentuk projek daripada pembekalan peralatan ke pembersihan parit.

Anwar menjelaskan penyelewengan seperti ini adalah satu lagi bukti Umno menggunakan nama Melayu untuk memperkayakan kelompok mereka sahaja.

"Umno kata Melayu, Melayu, Melayu. Baik kita cakap soal Melayu. Ada seorang pemuda Umno Perak, dari Bukit Gantang. Perdana Menteri Najib (Razak) beri dia kontrak. Dia seorang, ada 30 syarikat. Nama dia Syed Abu Hussein.

18 December 2010

FOTO KESEDARAN 15 DISEMBER 2010

VIDEO @ FOTO KESEDARAN merupakan peringatan bersama dalam menempuh 'Era Fitnah dan Sihir Dajjal'. Di manakah kita sebenarnya berada sekarang? Ingatlah..!!! 'produk-produk Dajjal' sentiasa berusaha tanpa henti dengan apa cara sekalipun, semata-mata untuk melalaikan kita, apatah lagi sekarang, di mana kita sudah pun berada pada ZON KRITIKAL dalam menghadapi kedatangan HARI KIAMAT.

klik untuk sambungan foto...

14 December 2010

FOTO KESEDARAN 13 DISEMBER 2010

" Dan tidakkah orang-orang kafir itu memikirkan dan mempercayai bahawa sesungguhnya langit dan bumi itu pada asal mulanya bercantum (sebagai benda yang satu), lalu Kami pisahkan antara keduanya? Dan Kami jadikan dari air, tiap-tiap benda yang hidup? Maka mengapa mereka tidak mahu beriman? " - Surah Al - Anbiyaa’ ayat 30

klik untuk sambungan foto...

Anwar Ibrahim Jelajah Negara Perjelas Isu Terkini

KUALA LUMPUR 14 DIS : Parti Keadilan Rakyat mengeluarkan jadual penuh ceramah perdana Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang akan menjelajah ke seluruh negara bermula 14 hingga 19 Disember ini.

Beliau dijadualkan berucap bersama para pemimpin Pakatan Rakyat iaitu PAS dan DAP bermula malam ini 14 Disember di tapak pasar malam Taman Melwati, Wangsa Maju Wilayah Persekutuan.

Mengulas mengenai larangan polis kepada orang awam untuk tidak menghadiri ceramah di Wangsa Maju malam ini, Anwar dalam twitternya berkata "Polis tidak benarkan-tanda Umno gentar dengan penjelasan.Saban hari diserang,mahu jawab dilarang,"

13 December 2010

FOTO KESEDARAN 12 DESEMBER 2010

" Dan tidakkah orang-orang kafir itu memikirkan dan mempercayai bahawa sesungguhnya langit dan bumi itu pada asal mulanya bercantum (sebagai benda yang satu), lalu Kami pisahkan antara keduanya? Dan Kami jadikan dari air, tiap-tiap benda yang hidup? Maka mengapa mereka tidak mahu beriman? " - Surah Al - Anbiyaa’ ayat 30

klik untuk sambungan foto...

Fitnah Jelek SB Malaysia dan Agensi Perisikan Singapura

Pendedahan WikiLeaks yang dipetik oleh akhbar Australia, The Sun Herald membuktikan bahawa fitnah liwat terhadap Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim merupakan usaha jahat Cawangan Khas Polis Malaysia untuk menjatuhkan kredibiliti serta karier politik Anwar.

Menurut laporan tersebut, pimpinan tertinggi Singapura dan agensi perisikan negara itu dengan sengaja mengiyakan dan memanjangkan fitnah ke atas Anwar kepada agensi perisikan Australia, Office of National Assessment (ONA).

Sumber dhaif dan palsu yang dirujuk oleh agensi perisikan Singapura bersandarkan maklumat daripada Cawangan Khas Polis Malaysia membuktikan bahawa UMNO begitu terdesak melakukan apa sahaja untuk menghalang kebangkitan rakyat.

09 December 2010

Anwar Dedah Ahli Umno Dapat Projek RM2 Bilion Dari KEMENTAH

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mendedahkan tindakan kerajaan Umno-Barisan Nasional(BN) memberikan projek-projek lumayan Kementerian Pertahanan berjumlah lebih RM2 bilion kepada seorang dua individu.

Beliau berkata tindakan itu membuktikan Umno hanya menggunakan slogan Ketuanan Melayu untuk memperkayakan kroni.

Anwar berkata sejak tahun 2008, seorang individu bernama Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal percayai dari Umno Bukit Gantang Perak telah diberikan pelbagai tender berjumlah RM2 bilion.

07 December 2010

FOTO KESEDARAN 7 DESEMBER 2010

VIDEO @ FOTO KESEDARAN merupakan peringatan bersama dalam menempuh 'Era Fitnah dan Sihir Dajjal'. Di manakah kita sebenarnya berada sekarang? Ingatlah..!!! 'produk-produk Dajjal' sentiasa berusaha tanpa henti dengan apa cara sekalipun, semata-mata untuk melalaikan kita, apatah lagi sekarang, di mana kita sudah pun berada pada ZON KRITIKAL dalam menghadapi kedatangan HARI KIAMAT.

klik untuk foto...

Maal Hijrah: Renung Kembali konsep Pentadbiran Rasulullah- Wan Azizah

SHAH ALAM 7 DIS : Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dalam perutusan Maal Hijrah 1432 menyeru supaya konsep pentadbiran Rasulullah SAW direnung kembali, di mana baginda tidak pernah melaung-laungkan slogan perkauman atau retorik ‘ketuanan Arab’ dalam usaha mendapatkan sokongan dari penduduk Madinah.

Menurutnya, rakyat seharusnya mengambil iktibar dan semangat yang diwariskan oleh Rasulullah SAW dalam menegakkan keadilan dan kebebasan di negara ini serta menjamin hak-hak rakyat tanpa mengira agama dan kaum.

"Mengimbau rentetan sejarah, 1432 tahun lalu Di Madinah, Rasulullah SAW telah membina sebuah tamadun dan pemerintahan yang berteraskan keadilan, kebebasan, integriti dan prinsip tadbir urus yang baik.

06 December 2010

Cuaca Ekstrim Melanda Merata Muka Bumi

Cuaca Ekstrim telah mula melanda di merata muka bumi serentak. 3 negara Eropah berdepan dengan cuaca ekstrim, seperti banjir yang memaksa ribuan penduduk berpindah di Bosnia dan Albania, dan salji menyebabkan bumbung reaktor nuklear di Perancis runtuh.

05 December 2010

FOTO KESEDARAN 5 DESEMBER 2010

VIDEO @ FOTO KESEDARAN merupakan peringatan bersama dalam menempuh 'Era Fitnah dan Sihir Dajjal'. Di manakah kita sebenarnya berada sekarang? Ingatlah..!!! 'produk-produk Dajjal' sentiasa berusaha tanpa henti dengan apa cara sekalipun, semata-mata untuk melalaikan kita, apatah lagi sekarang, di mana kita sudah pun berada pada ZON KRITIKAL dalam menghadapi kedatangan HARI KIAMAT.
klik untuk foto...

Kebakaran Terburuk Dalam Sejarah Berlaku Di Negara Zionis Israel

Pada Jumaat (3 Desember) satu kebakaran agak luar biasa telah berlaku di negara Zionis Israel Utara yang telah mengorbankan sekurang-kurangnya 41 orang dan mencederakan 17. Jurucakap Polis Zionis Israel, Micky Rosenfeld memberitahu bahawa mereka telah menemui 'benda mencurigakan' pada Khamis (2 Desember).

Pesuruhjaya polis Zionis Israel Dudi Cohen pula memberitahu, pasukan penyiasat telah di tubuhkan bagi menyiasat punca kebakaran yang di katakan bermula dari satu lokasi. Kebakaran, yang telah memusnahkan lebih dari 7.400 hektar merupakan yang terburuk dalam sejarah negara Zionis itu.

" Ya.. Allah.., berilah hidayat, hifazat dan maghfirahMu kepada pemimpin kami Imam Mahadi Al-Muntazar walau di mana baginda berada. Selamatkanlah baginda, bantulah baginda, begitu juga para pejuang Islam yang akan bergadai nyawa di sisinya. Ya.. Allah.., selamatkanlah seramai mungkin umat ini dari fitnah dan sihir Dajjal. Ya.. Allah.., bantulah kami menghadapi gelombang-gelombang ujian yang bakal mendatang "

01 December 2010

Kenapa Umno Takut Bukan Islam Dekati Al-Quran?

Sepatutnya pemimpin bukan Islam diberikan galakan supaya mereka bertambah minat untuk membaca dan merujuk kepada Al-Quran dalam apa juga permasalahan manusia.

Ketua Penerangan PAS Melaka, Sofi Wahab berpandangan demikian sebagai mengulas sejak akhir-akhir ini ramai di kalangan pemimpin bukan Islam berminat untuk merujuk al-Quran dan menggunakan terjemahan al-Quran dalam ucapan mereka lapor Harakah Daily Online.

Namun begitu, katanya pemimpin Umno begitu takut apabila pemimpin bukan Islam mula berjinak-jinak dengan al-Quran.

Kenyataan Akhbar JMM Ekoran Gempa Di Sumatera Utara

KENYATAAN AKHBAR
(Dikeluarkan pada : 9:20 pagi, 1 Disember 2010)

Gempa bumi sederhana bermagnitud 5.9 pada skala Richter telah berlaku di Sumatera Utara, Indonesia pada jam 8:50 pagi, 1 Disember 2010.

Pusat gempa tersebut terletak di latitud 2.8 Utara dan longitud 99.0 Timur iaitu 28 km dari Barat Daya Permatang Siantar, Indonesia dan 241 km dari Barat Daya Pulau Pangkor,Perak, Malaysia. Gegaran dirasai di sesetengah kawasan di Selangor Malaysia.

Jabatan Meteorologi Malaysia sedang memantau perkembangan ini dan akan memaklumkan yang terkini.

HIMPUNAN ARTIKEL-ARTIKEL SEBELUMNYA