" Ya.. Allah.., berilah hidayat, hifazat dan maghfirahMu kepada pemimpin kami Imam Mahadi Al-Muntazar walau di mana baginda berada. Selamatkanlah baginda, bantulah baginda, begitu juga para pejuang Islam yang akan bergadai nyawa di sisinya. Ya.. Allah.., selamatkanlah seramai mungkin umat ini dari fitnah dan sihir Dajjal. Ya.. Allah.., bantulah kami menghadapi gelombang-gelombang ujian yang bakal mendatang "


INFO TERKINI GEMPA BUMI SABTU 3 MARCH 2012
8.20 pm -
Gempa bumi kuat bermagnitud 6.7 skala Richter telah berlaku di Tenggara Kepulauan Loyalty. Pusat gempa bumi tersebut terletak di latitud 22.1 Selatan longitud 170.5 Timur - 6403km Tenggara Tawau, Sabah :- JMM
PRO REFORM VIDEO - Piring Terbang..?

29 November 2009

Semoga Allah Melindungi TGNA Dan Kita Semua

Dalam minda saya sekarang telah begitu banyak persoalan yang mula timbul terutama sekali apabila serangan yang terancang mula berarah menyerang negeri Kelantan pimpinan TGNA yang juga amat dikenali dengan nama 'Serambi Mekah'.

Sebelum ini, semua yang mahukan kebenaran dan keadilan telah bersama-sama berganding bahu bagi memastikan perubahan akan benar-benar berlaku pada PRU-13 nanti. Bermacam isu dan suasana yang telah kita lalui.

Sekarang kita agak sukar untuk tentukan siapa lagi musuh kita selain daripada parti lawan. Ini kerana mereka juga sudah berada dalam jemaah kita. Kalau dinilai dari luaran, mereka ini sama seperti kita, tetapi apa yang mereka mahukan sebenarnya ialah jemaah ini 'wajib' di pecah-belahkan.

Mereka-mereka ini tergamak melakukan apa saja. lihatlah apa yang mereka lakukan di Kelantan. Apabila TGNA dilihat masih tetap memegang teguh dengan prinsip Islam yang dibawa oleh PAS dan lantang menentang idea untuk bergabung UMNO Barisan Nasional, perancangan jahat telah bermula untuk menjatuhkan beliau.

Berbagai serangan telah mula terarah kepada Tok Guru yang begitu disegani oleh umat manusia bukan hanya dinegeri 'Serambi Mekah' sahaja. Tok Guru masih tetap teguh dengan prinsip, beliau tidak sekali-kali akan berganjak....

Semoga Allah melindungi TGNA dan kita yang ikhlas berjuang menuntut kebenaran dan keadilan ini.

26 November 2009

Buat Renungan Bersama

Mengikut apa yang berlaku sejak mutakhir ini, saya rasa terpanggil untuk berusaha mencari bahan-bahan yang menceritakan mengenai petanda kiamat dan ditulis untuk tatapan kita bersama.

- Penaklukan Baitulmuqaddis

"Dari Auf b. Malik r.a., katanya, "Rasulullah s. a. w. telah bersabda:"Aku menghitung enam perkara menjelang hari kiamat." Baginda menyebutkan salah satu di antaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis." - Sahih Bukhari

- Zina bermaharajalela

"Dan tinggallah manusia-manusia yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang." - Sahih Muslim ”

- Pemimpin yang terdiri dari orang yang jahil dan fasik

- Bermaharajalela alat muzik

"Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan dan perubahan muka."Ada yang bertanya kepada Rasulullah; "Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?" Baginda menjawab; "Apabila telah bermaharajalela bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi-penyanyi wanita" - Ibnu Majah

- Menghias masjid dan membanggakannya

"Di antara tanda-tanda telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegah-megahan dalam mendirikan masjid" - Riwayat Nasai.

- Munculnya kekejian, memutuskan kerabat dan hubungan dengan tetangga tidak baik

"Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan dan perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim dan sikap yang buruk dalam tetangga." - Riwayat Ahmad dan Hakim

- Ramai orang menuntut ilmu kerana pangkat dan kedudukan

- Ramai orang soleh meninggal dunia

"Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang-orang yang baik dan ahli agama dimuka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang-orang yang hina dan buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran" - Riwayat Ahmad

- Orang hina mendapat kedudukan terhormat

"Di antara tanda-tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka' bin Luka'(orang yang bodoh dan hina). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh dua orang mulia" - Riwayat Thabrani

- Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja

"Sesungguhnya di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalnya saja." - Riwayat Ahmad

- Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang

"Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah akan muncul pakaian-pakaian wanita dan apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang."- Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a.

- Bulan sabit kelihatan besar

"Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung (membesarnya) bulan sabit." - Riwayat Thabrani

- Banyak dusta dan tidak tepat dalam menyampaikan berita

"Pada akhir zaman akan muncul pembohong-pembohong besar yang datang kepadamu dengan membawa berita-berita yang belum pernah kamu dengar dan belum pernah didengar oleh bapa-bapa kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu dan memfitnahmu" - Sahih Muslim

- Banyak saksi palsu dan menyimpan kesaksian yang benar

"Sesungguhnya sebelum datangnya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu dan disembunyikan kesaksian yang benar" - Riwayat Ahmad

- Negara Arab menjadi padang rumput dan sungai

"Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput dan sungai-sungai." - Sahih Muslim

- Banyaknya sifat bohong dan ia menjadi perkara biasa

- Jarak-jarak antara pasar menjadi dekat (menunjukkan banyaknya kegiatan perdagangan)

"Banyaknya sifat bohong, pendeknya waktu, dekatnya jarak-jarak antara pasar-pasar." - Riwayat Bukhari

- Manusia mewarnai rambut di kepalanya dengan warna hitam supaya kelihatan muda

"Pada akhir zaman akan muncul suatu kaum yang mencelupi rambut mereka dengan warna hitam seperti 'bulu merpati' yang mereka itu tidak akan mencium bau syurga." - Sahih Abu Daud & Nasai

- Kekayaan umum dikuasai segelintir orang tanpa kebenaran dan tanpa rasa takut, termasuk rasuah dan mengambil harta secara tersembunyi.

- Akan terdapat banya pengkritik, pembawa-cerita, penikam-belakang dan pengejek dalam masyarakat.

- Orang akan mendirikan hubungan dengan orang tak dikenali dan memutuskan hubungan dengan yang rapat dan disayangi.

- Orang akan melakukan homoseksual.

- Akan terdapat ramai anak luar nikah.

- Berkurangnya sifat amanah

- Terasa berat untuk menjalankan syariah (zakat dijadikan hutang)

- Lelaki mentaati isterinya tetapi menderhakai ibunya

- Lelaki berkasar dengan bapanya tetapi beramah dengan rakannya

- Suara manusia meninggi (menjerit dan berteriak) di masjid-masjid

- Pemimpin suatu kaum adalah keji dan pemimpin suatu suku adalah fasik

- Lelaki dihormati bukan kerana budi dan kebaikan tetapi kerana takut akan kejahatannya

Dari Ali dan Abu Hurairah r.a.:

"Apabila harta rampasan perang (milik umum) dikuasai segelintir orang sahaja, barang amanah menjadi rampasan, harta zakat menjadi hutang, seorang lelaki mentaati isterinya dan menderhakai ibunya, berbuat baik kepada temannya dan berbuat kasar kepada bapanya, suara-suara tinggi di masjid-masjid, yang menjadi pemimpin suatu kaum (bangsa) adalah orang yang hina (berkelakuan/bersifat keji) di antara mereka dan orang yang menjadi ketua suatu suku (kabilah) adalah orang fasik di antara mereka, seorang lelaki dihormati kerana takut jahatnya, arak biasa diminum, sutera biasa dipakai (oleh lelaki), munculnya penyanyi perempuan dan alat-alat muzik, orang yang di kalangan umat terkemudian akan melaknat (mengutuk) umat terdahulu, maka ketika itu hendaklah mereka menunggu kedatangan angin merah atau pembalikan bumi atau keburukan bentuk-bentuk atau tanda-tanda yang beriringan seperti tali yang putus maka jatuhlah biji secara berterusan". - Riwayat Tarmizi

- Anggota polis semakin ramai yang menunjukkan semakin banyak kerosakan

- Mendahulukan lelaki menjadi imam bukan kerana ilmu tetapi kerana suara...

- Penjualan jawatan atau kepemimpinan (politik wang)

- Memandang rendah kepada darah

Rasulullah bersabda: "Bersegeralah untuk melakukan amal soleh apabila telah muncul enam perkara: perlantikan pemimpin yang boodoh, ramainya bilangan anggota polis, penjualan kepemimpinan, tiada penghargaan terhadap darah, pemutusan silaturrahim, orang mabuk menjadikan al-Quran sebagai alat nyanyi yang mereka mendahulukan seseorang antara mereka menjadi imam agar dapat menyanyikannya walaupun orang tersebut paling sedikit ilmunya." - Sahih Riwayat Tabrani & Ahmad

- Seorang isteri bekerja dalam satu syarikat dengan suaminya. (Malah isteri berpangkat lebih besar)

Dari riwayat Ibnu Masud: "Di pintu gerbang (dekatnya) hari kiamat: Salam hanya kepada orang yang khusus (sudah dikenalinya), tersebar dan berkembangnya perdagangan sehingga seorang isteri membantu suaminya berdagang" - Sahih Lighairihi Riwayat Ahmad

- Munculnya gaya hidup mewah dan manja di kalangan umat Islam

"Apabila umatku berjalan dengan sombong dan yang melayan mereka adalah putera-puteri raja, putera-puteri Parsi dan Rom, maka orang yang paling buruk akan berkuasa terhadap orang yang paling baik (pilihannya)." - Riwayat Tarmizi, Sahih Abdullah ibnu Umar r.a.

- Orang fasik dimuliakan sedangkan orang mulia dan terhormat direndahkan

"Sungguh hebat dia, sunggu jarang orang seperti dia dan sungguh pintar dia sedangkan di dalamnya tidak ada iman sedikitpun" - Riwayat Bukhari, Muslim, Ahmad, Tarmizi, Ibnu Majah

- Banyak orang berharap untuk mati kerana banyaknya kekacauan ataupun kesengsaraan

"Tidak akan berlaku kiamat sehingga apabila seorang lelaki melalui sebuah kubur maka ia akan berkata: 'Aduhai seandainya aku juga berada ditempatnya." - Riwayat Bukhari dan Muslim

- Banyaknya berlaku gempa bumi

- Banyaknya berlaku huru-hara yang menyebarkan kejahatan

- Banyaknya berlaku pergaduhan dan pembunuhan

"Kiamat tidak akan berlaku kecuali apabila ilmu telah diangkat, banyaknya berlaku gempa bumi, timbulnya huru-hara dan banyak pergaduhan iaitu pembunuhan" - Sahih Bukhari

- Munculnya mati mendadak atau mati secara tiba-tiba

- Masjid dijadikan jalan iaitu seseorang muslim melalui masjid tanpa melakukan solat

"Masjid dijadikan sebagai jalan-jalan dan timbulnya mati mendadak" - Hasan At-Tayalisy.

25 November 2009

Akhbar Tunggangan Kerajaan Di Saman Lagi

Hari ini NST akhbar tunggangan kerajaan UMNO Barisan Nasional baru sahaja diarahkan oleh mahkamah Tinggi supaya membayar ganti rugi kepada DSAI.

Hari ini juga, Datuk Husam telah memfailkan saman terhadap NST Malaysia dan juga Berita Harian Singapura kerana memfitnah beliau. Akhbar berkenaan telah mengeluarkan berita kononnya Dato' Husam akan meletak jawatannya sebagai exco kerajaan negeri Kelantan.

Akibat daripada laporan akhbar berkenaan, Dato' Husam mengatakan beliau telah menerima panggilan dari pelabur Singapura, Indonesia dan Mekah.

Beliau menceritakan bahawa pada pagi hari Selasa beliau tidak berjumpa dengan TGNA kerana berada di parlimen manakala hari Rabu pula beliau ada mesyuarat exco dan TGNA telah keluar lebih awal. Pada hari Khamis, beliau merasa kurang selesa pada bahagian kaki dan telah mendapatkan rawatan di hospital.

Dengan itu, doktor telah menasihatkan beliau supaya berehat selama 5 hari dan beliau hanya boleh masuk hospital pada hari Isnin kerana hari Sabtu beliau terpaksa menghadiri seminar di Kuala Lumpur dan malam Ahad pula, beliau ada mesyuarat bersama PAS Pusat.

Kata beliau lagi, pada hari Isnin, beliau telah bercadang untuk masuk ke hospital untuk berehat. Tiba-tiba pada hari Ahad telah keluar cerita dalam Mingguan Malaysia, kononya beliau telah diarahkan bercuti kerana dalam proses hendak dipecat dan mengugut untuk letak jawatan. Beliau rasa amat dukacita.

DSAI Menang Saman Terhadap NST

Hari ini DSAI telah memenangi kes saman fitnah beliau terhadap akhbar tunggangan kerajaan UMNO Barisan Nasional New Straits Times (NST).

Namun mahkamah Tinggi hanya mengarahkan NST membayar ganti rugi sebanyak RM100,000 dan RM20,000 sebagai kos kepada DSAI. Kadar faedah lapan peratus juga dibenarkan oleh mahkamah.

DSAI mengemukakan saman RM100 juta berhubung satu rencana yang mengaitkan DSAI dengan pelobi berpengaruh Amerika Syarikat Douglas H Paal yang telah disiarkan akhbar berkenaan 7 tahun lalu.

Apa Lagi Yang Akan Mereka Usahakan?

Sekarang sudah mula kelihatan kuasa berita dalam cyber lebih mendapat tempat dikalangan rakyat dinegara ini. Media arus perdana akan terus 'terkebelakang' kerana dikudai oleh kerajaan UMNO Barisan Nasional.

Telah terbukti dan diakui oleh kerajaan UMNO Barisan Nasional sendiri bahawa melalui berita cyber jugalah rakyat telah menolak mereka semasa PRU-12 yang lalu.

Blog-blog individu (Pro Pakatan Rakyat) yang tidak mendapat sebarang imbuhan pun daripada pihak Pakatan Rakyat, yang mereka mahukan ialah memastikan perubahan kerajaan benar-benar berlaku pada PRU-13 nanti.

Blog-blog Pro Pakatan Rakyat ini telah bergabung bagi menguatkan kedudukan dan juga memastikan negeri-negeri yang dibawah kerajaan Pakatan Rakyat tidak akan berjaya 'dirampas penyamun' seperti mana yang telah berlaku diPerak.

Satu perkara yang harus diteliti oleh pembaca berita cyber sekarang ini ialah wujudnya blog-blog yang 'menyamar' sebagai Pro Pakatan Rakyat, sedangkan tujuan mereka hanyalah semata-mata untuk 'mengelirukan' pembaca. Hasrat mereka ialah pembaca yang Pro Pakatan Rakyat mula timbul rasa keliru, mana satu pihak yang benar, mana pula yang salah.

Tapi.., dengan pertolongan dari Allah S.W.T, semua kerja-kerja jahat yang telah mahupun sedang diusahakan oleh musuh mampu ditangani dengan selamat. Syabas kepada mereka-mereka yang terlibat dalam 'operasi' ini. Semoga Allah S.W.T melindungi kita semua.


Pemimpin Besar PRM Sertai PKR

Kemasukan bekas Presiden Parti Rakyat Malaysia, Hassan Abdul Karim ke Parti Keadilan Rakyat (PKR) memberi makna baru kepada perjuangan parti.

Sebagai seorang yang cukup berpengalaman dalam bidang politik, Hassan juga terkenal dengan semangat jitu memperjuangkan prinsip kepedulian rakyat.

“Kemasukan Hassan Kari ini pada pandangan saya ialah tindakan yang telah dijangka kerana Hassan Karim ialah seorang pejuang yang terkenal, pejuang tokoh sosialis yang memang terbukti dari segi ketahanan dia” ujar ahli parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusuf.

Mengimbas kembali bertautnya hubungan di antara PRM dan Keadilan pada suatu ketika dahulu walaupun tanpa kehadiran Ketua Pembangkang adalah bukti kekuatan Parti Keadilan Rakyat dan Pakatan Rakyat.

“Sebab itu ketika mana, Parti Rakyat Malaysia (PRM) bergabung dengan Keadilan ketika itu, sebenarnya pada waktu itu sudah ada kefahaman walaupun pada waktu itu Datuk Seri Anwar Ibrahim masih berada di dalam penjara. Maka kemasukan Hassan Karim membuktikan sekali lagi, ianya merupakan gabungan parti-parti yang mantap".

“Yang lain-lain itu saya rasa, kemasukan Hassan Karim sekali lagi membuka ruang kepada tapak permulaan Pakatan Rakyat terus berkembang di Johor" tambahnya lagi.

Ahli parlimen Sungai Petani, Johari Abdul juga turut mengalu-alukan kemasukan Hassan ke dalam PKR.

Beliau berkata persiapan PKR menawan Johor Darul Takzim semakin mantap dengan kehadiran tokoh rakyat ini.

“Kita mengalu-alukan kemasukan Hassan sebagai pemimpin yang telah lama berjuang. Dia seangkatan dengan syed Hussin Ali sebenarnya. Saya rasa ini akan memperkukuhkan lagi Keadilan khususnya di Johor”

Hassan sebelum ini telah meletakkan jawatannya dalam PRM apabila usulnya agar parti komponen itu menyertai Pakatan Rakyat ditolak.

Hassan telah mengemukakan usul agar PRM menyertai Pakatan Rakyat sewaktu menyampaikan Ucapan Dasar Presiden pada Kongres Nasional PRM ke-41 yang di adakan 15 November lalu.

(TVS)

24 November 2009

Ku Li Setuju Ketuai Kaukus Royalti Minyak Pakatan

Pengasas Petronas Tengku Razaleigh Hamzah telah bersetuju untuk mengetuai kaukus yang ditubuhkan oleh Pakatan Rakyat (PR)untuk meneliti isu pertikaian royalti hasil minyak untuk Kelantan.

Ketua Umum Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim sebentar tadi mengumumkan bahawa Razaleigh menerima jemputan mereka pagi ini. Razaleigh merupakan Ahli Parlimen BN bagi Gua Musang, Kelantan.

Pada 18 November lalu pemimpin-pemimpin PR mengadakan pertemuan dengan Razaleigh bagi meminta beliau mempengerusikan satu kaukus mengenai pertikaian wang royalti minyak membabitkan kerajaan persekutuan dan Kelantan.

Minggu lalu, Razaleigh yang juga bekas Naib Presiden Umno berkata, beliau akan mempertimbangkan permintaan memandangkan pernah terlibat dalam “urusan minyak” sejak penubuhan Petronas dan penggubalan undang-undang yang berkaitan.

Sehubungan itu katanya, beliau akan memainkan peranan bagi menyelesaikan isu itu “jika ia benar-benar adalah satu masalah.”

Razaleigh telah terlibat secara langsung dalam menggubal Akta Pembangunan Petroleum 1974 bersama Tun Salleh Abas.

Minggu lalu Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz berkata kerajaan negeri Kelantan pimpinan PAS tiada hak untuk menuntut bayaran royalti hasil petroleum.

Ketika menggulung perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan, Nazri menjelaskan, bekas Perdana Menteri Tun Abdul Razak Hussein tidak secara khusus menggunakan istilah “royalti” semasa membahaskan Rang Undang-undang Pembangunan Petroleum 1974, yang membuka laluan kepada penubuhan Petronas dan perjanjian perkongsian lima peratus hasil dengan negeri-negeri mengeluarkan minyak.

Awal bulan ini, Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak mengumumkan pemberian wang ihsan petroleum daripada kerajaan persekutuan.

Pemimpin-pemimpin Pakatan khususnya PAS bagaimanapun masih mempertahankan hak Kelantan untuk mendapatkan royalti daripada hasil petroleum, bukannya wang ihsan.

Terengganu juga pernah diberikan wang ihsan selepas ia ditawan PAS pada pilihan raya umum 1999.

(TheMalaysianInsider)

Berbagai Perancangan Untuk Kelirukan Rakyat

Begitu banyak siri-siri kejadian aneh yang telah berlaku dalam negara kita. Apa yang betul cuba diterbalikan. Antaranya ialah DSAI sanggup mencederakan diri beliau sendiri dengan menumbuk muka beliau demi meraih simpati daripada rakyat.

Razak Baginda yang ditahan bersama-sama 2 orang UTK Bukit Aman bersabit atas tuduhan terlibat dengan kes pengeboman Al-Tantuya telah dibebaskan dengan beribu persoalan. Bala yang membuat akuan bersumpah mengatakan penglibatan Najib dan isteri dalam kes pengeboman berkenaan telah menafikan dengan mengejut pada keesokkan harinya kini telah menjelma kembali.

Mayat Teoh terpaksa digali semula angkara kegelojohan SPRM. Apakah keputusan bedah siasat ke-2 ini akan berjaya membogkar segala rahsia?

Hari ini kedengaran pula cerita yang kononnya beberapa blog mengatakan DSAI telah menawarkan RM5 juta kepada Saiful Bukhari melalui seorang ahli perniagaan yang bernama Datuk Soh Chee Wen supaya Saiful menarik balik dakwaannya.

Lihatlah betapa liciknya perancangan puak-puak jahat ini. Mereka cuba kelirukan rakyat dengan berbagai taktik. Disini situasi yang cuba diwujudkan ialah betapa baiknya mereka-mereka ini yang sanggup menyanggah usaha pihak tak bertanggungjawab yang sengaja menuduh DSAI sedemikian rupa biarpun lubang dubur si Saiful telah diliwat DSAI.. Konon-kononnya...., 'yang salah, tetap salah dan yang benar tetap benar...!!!'.

Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, SPR meletakkan harapan yang tinggi kepada panel hakim Mahkamah Rayuan yang akan mendengar rayuan mereka esok berhubung kedudukan kerusi DUN Kota Siputeh yang diisytiharkan kosong oleh mahkamah. Apa dah jadi dengan Suruh....!!! han jaya dalam negara kita ini?

Jadi, berhati-hatilah wahai rakyat sekalian alam yang impikan perubahan kearah kebaikan kepada semua. Mereka-mereka ini akan tetap meneruskan dengan berbagai agenda jahat samada yang nyata mahupun ala gerakan bawah tanah, jangka panjang atau pendek, demi memastikan pada PRU-13 kemenangan akan berpihak kepada kerajaan UMNO Barisan Nasional termasuklah menjatuhkan kerajaan PAS Kelantan.....

Banjir Semakin Buruk Di Kelantan

Keadaan banjir di Pantai Timur terutamanya Kelantan semakin buruk dengan cuaca gelap dan hujan renyai di negeri itu menyebabkan mangsa di pusat pemindahan banjir meningkat kepada 3,787 orang berbanding 3,303 orang semalam.

Daripada 970 keluarga dipindahkan hari ini, Jajahan Pasir Mas mencatatkan jumlah tertinggi seramai 2,008 orang dan jajahan itu termasuk kawasan Rantau Panjang, bandar zon bebas cukai berdekatan sempadan Thailand, yang terjejas teruk dalam banjir gelombang kedua sehingga ditenggelami air sedalam dua meter.

Jurucakap Pusat Kawalan Operasi Banjir (PKOB) Negeri berkata Kuala Krai pula merekodkan jumlah mangsa seramai 885 orang, Tumpat (438 orang), Tanah Merah (333 orang), Kota Baharu (63 orang) dan Machang (60 orang).

"Hanya Sungai Golok di Rantau Panjang dan Sungai Kelantan di Jeti Kastam, Tangga Krai dan Jambatan Guillemard mencatatkan atas paras bahaya, manakala Sungai Galas berada di paras berjaga-jaga dan Sungai Lebir berada di paras amaran," katanya kepada Bernama hari ini.

Beliau berkata sebanyak 21 jalan ditutup untuk semua kenderaan melibatkan enam jajahan antaranya di

  • Gua Musang di Jalan masuk Aring 8 dan 9 di Kilometer 15
  • Kota Baharu-Pantai Cahaya Bulan kilometer empat
  • Jalan Sultan Yahya Petra, Kuala Krai
  • Machang Jalan Machang-Pangkal Meleret-Wakaf Bata
  • Pasir Puteh, Jalan Semerak kilometer 11

Jurucakap itu berkata di Pasir Mas, lapan jalan ditutup untuk semua kenderaan iaitu Jalan Rantau Panjang-Panglima Bayu KM8.8 dan KM8; Jalan Pengkalan Rakit KM3; Lebuh raya Pasir Mas-Rantau Panjang KM24; Pasir Mas-Meranti KM7; Pasir Mas-Lebuh Raya Rantau Panjang (cabang empat banggol kulim) KM22 dan Pohon Tanjung Meranti KM10.

Bagi Tanah Merah, jalan yang ditutup semua kenderaan adalah Jalan Tanah Merah Kursial-Kampung Ipoh KM6.7 dan KM6.5 dan Jalan Kampung Pepuyu KM8 manakala di Tumpat ialah Jalan Pohon Tanjung Pasir Pekan; Jalan Cabang Empat-Kampung Jambu-Meranti KM6 dan Jalan Keselamatan Pengkalan Kubor-Kampung Jambu.

Menurutnya setakat ini, tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

sumber: TheMalaysianInsider

Kenyataan Media MB Selangor

KENYATAAN MEDIA
23 NOVEMBER 2009


Kerajaan Negeri Selangor menghormati hak penduduk Bukit Antarabangsa untuk mengetahui kandungan laporan yang mengakibatkan terjadinya tragedi tanah runtuh pada 6 Disember 2008 yang mengorbankan lima nyawa penghuni di situ. Bagi menjamin kepentingan terhadap keselamatan penduduk berkenaan, Kerajaan Negeri menerusi kuasa Menteri Besar pada Seksyen 2C Akta Rahsia Rasmi, mengambil keputusan untuk mengubah semula status laporan tersebut yang diklasifikasikan sebagai “rahsia” oleh Kementerian Kerja Raya.

Kerajaan Negeri sekarang berazam supaya salinan-salinan laporan tersebut diedarkan kepada orang awam dan mengarahkan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) membuat beberapa salinan dan menjual kepada penduduk terlibat dengan harga berpatutan bermula hari ini. Bagaimanapun, ekoran pengumuman Kerajaan Negeri pada mingggu lepas, Kerajaan Persekutuan lantas mencabar keputusan tersebut dan memberi amaran supaya Kerajaan Negeri jangan mengubah status laporan berkenaan.

Sebelum ini Kerajaan Negeri ada menulis kepada Kementerian Kerja Raya mengenai keputusannya itu dan meminta Kementerian berkenaan melakukan perkara yang serupa demi kepentingan orang awam. Bagaimanapun, Kementerian hari ini mengatakan ia tidak boleh membuat keputusan mengenai perkara tersebut kerana yang klasifikasi rahsia telah dibuat oleh Jemaah Kabinet. [ Oleh yang demikian, Kerajaan Negeri tidak boleh meneruskan keputusan untuk mengumumkan perincian laporan tersebut.]

Dengan yang demikian, kami menyeru kepada Kerajaan Persekutuan supaya membenarkan penyiaran laporan tersebut oleh sebab kandungannya sangat penting diketahui oleh orang ramai bagi perbincangan dalam usaha mempercepatkan proses mengeluarkan peraturan bagi pembangunan di kawasan cerun Bukit Antarabangsa dan kawasan tanah tinggi lainnya di Selangor.

Setelah membaca laporan tersebut, Kerajaan negeri percaya ianya tidak bersifat prejudis kepada kepentingan dan keselamatan negara. Sebaliknya, pendedahan kandungan laporan boleh menjaga kepentingan dan keselamatan orang ramai.

Sesungguhnya, kejadian tanah runtuh pada 6 Disember 2008 itu merupakan suatu tragedi. Namun, ia boleh menjadi tragedi yang lebih besar sekiranya Kerajaan Persekutuan gagal menunjukkan sikap kebertanggungjawaban dan melakukan tindakan yang sewajarnya bagi melindungi keselamatan orang awam.

Kerajaan negeri Selangor, sebaliknya, sangat komited dalam usaha menjamin kepentingan rakyat Selangor dan sedia melakukan apa sahaja bagi memastikan keselamatan mereka terpelihara.

TAN SRI DATO’ ABDUL KHALID IBRAHIM
DATO’ MENTERI BESAR SELANGOR

Imbas Kembali Punca Kejatuhan Empayar Islam

Puak-puak Yahudi mengatur 'kerja jahat' bagi menjatuhkan empayar Islam yang telah terbukti pada masa itu Islam berada dikemuncak kejayaan, seluruh dunia berjaya ditawan. Dibawah merupakan sejarah insan yang bernama Kamal Artaturk.

Kamal Artaturk dilahirkan pada tahun 1299H (1880M) di bandar salonika, Greek yang ketika itu merupakan jajahan takluk Kerajaan Uthmaniyyah. Bapanya bernama Ali Reda Afandi, berkerja sebagai pengawal di jabatan Kastam. Ada yang mengatakan belaiu ialah bapa tiri Ataturk dan bukan bapa kandungnya. Adajuga yang mengatakan beliau ialah bapa tiri Ataturk dan bukan bapa kandungnya.

Ada juga yang mengatakan Ataturk oleh Guru matematiknya yang bernama Mustafa. Mustafa bertugas di sekolah Ataturk iaitu sebuah sekolah menengah tentera dan pada ketika itulah beliau tertarik dengan kebolehan Ataturk dalam bidang matematik lalu mencadangkan nama Mustafa Kamal.

Sesungguhnya Ataturk adalah daripada keturunan Yahudi. nenek moyangnya adalah Yahudi yang berpindah dari Sepanyol ke bandar Salonika. Golongan Yahudi ini dinamakan dengan Yahudi Daunamah yang terdiri daripada 600 buah keluarga.

Mereka mendakwa memeluk Islam pada tahun 1095H (1683M), tetapi masih menganut agama Yahudi secara senyap-senyap. Ini diakui sendiri oleh bekas Presiden Israel, Yitzak Zifi, dalam bukunya Daunamah terbitan tahun 1377H (1957M):

Ada kumpulan-kumpulan agama yang masih menganggap diri mereka sebahagian daripada Nabi Israel...... Antara mereka ada satu kumpulan iaitu kumpulan Daunamah yang Islam hanya pada zahir tetapi mengamalkan ajaran Yahudi secara senyap-senyap.

Ketika Mustafa kamal mencapai usia 12 tahun, beliau memasuki Sekolah Tentera Salonika. Kemudian beliau menyambung pelajaran di Akademi Tentera Monasitar pada tahun 1302H (1885M).

Pada tahun 1322H (1905M), beliau memasuki kolej tentera di Istanbul dan menamatkan latihan ketenteraannya pada tahun 1325H. (1907M). Kemudiannya, beliau telah ditugaskan di Kem Tentera Batalion ketiga di Salonika.

Disini bermulanya usaha Ataturk dalam memusuhi Khalifah Uthmaniyyah dan agama Islam. Dengan kedudukannya sebagai graduan kolej tentera. Bermula dari situ, Ataturk bergerak dengan bermacam cara yang telah diatur dengan teliti sekali.

Pihak musuh akan sentiasa berusaha bagi menghalang kemaraan Islam. Dengan pengalaman silam, sama-samalah kita mengamatinya supaya kita dapat bersama-sama memastikan yang ianya tidak akan berulang lagi.....

23 November 2009

SPR Kalah Lagi

Harapan rakyat untuk melihat perubahan telah semakin jelas dengan keputusan yang telah dibuat oleh Mahkamah Tinggi hari yang mengarahkan SPR supaya mengadakan PRK bagi kerusi DUN Kota Siputeh, Kedah.

Mahkamah mengarahkan PRK berkenaan perlu diadakan dalam tempoh 60 hari berkuat-kuasa dari 16 November lalu. SPR juga diarah supaya mengeluarkan notis menjelang Rabu ini. Bagaimanapun Jabatan Peguam Negara tetap tidak mahu mengalah dan telah memfailkan rayuan di Mahkamah Rayuan pula.

Sudah Pasti TGNA Mampu Atasinya

Syukur kepada yang Maha Esa, TGNA telah mengambil sikap profesional dan tegas dalam mengatasi permasaalahan ini sebelum ianya menjadi serius.

Biarpun individu yang akan menjurus kepada 'kerosakan' dalam kerajaan Negeri Kelantan merupakan menantu beliau, TGNA dengan tegas membuat keputusan meminta supaya menantunya iaitu Arifahmi meletakkan jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK).

Dengan keputusan ini, permasaalahan yang cuma sedikit mengelirukan rakyat yang cuba diadakan oleh musuh sudah selesai. Persetujuan itu diumumkan sendiri oleh TGNA pada satu sidang media selepas pertemuan dengan pimpinan PAS di kediaman MB, JKR 10 pagi tadi.

Pertemuan tersebut disertai Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Timbalan Mursyidul Am, Datuk Haron Din, Naib Presiden Salahudin Ayub dan Bendahari Dr. Hatta Ramli.

Arifahmi sendiri telah membuat kenyataan kepada media yang megesahkan akan perletakkan jawatan berkenaan hari ini walaupun surat rasmi belum diserahkan.

Ariffahmi yang telah menggegarkan negeri Serambi Mekah ini hanya sempat memecat Syed Azidi (Kickdefella), seorang pegawai kanan exco kerajaan negeri Dato' Husam.


22 November 2009

Husam: Saya Tak Akan Tinggalkan PAS Ditengah Jalan

Exco Kerajaan Negeri Kelantan, Datuk Husam Musa turut menafikan yang beliau telah meletakkan jawatan dalam kerajaan dan PAS, sambil menyifatkan agenda menamatkan kerjaya politiknya oleh pihak luar “belum berakhir”.

Justeru, Husam menegaskan, beliau sama sekali tidak akan meninggalkan PAS di pertengahan jalan dan “sebagai murid dan ‘budak’ Tok Guru tidak akan mengangkat bendera putih” semata-mata kerana agenda Utusan.

Penafian serupa juga dibuat oleh Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pagi tadi.

Mursyidul Am PAS itu juga menolak dakwaan perkembangan terbaru itu sebagai berlaku episod terbaru perpecahan dan kekusutan dalam parti itu.

Kelmarin, Husam memberitahu The Malaysian Insider bahawa wujud konspirasi untuk menjatuhkan beliau dari kerajaan negeri.

“Mingguan Malaysia sekali lagi ‘memandang tinggi’ pada saya dengan berita provokatif muka depan.

“Beratus SMS, kegelisahan begitu ramai orang dan deringan telefon sejak awal pagi adalah bukti ‘berita’ yang sengaja dimasak sebegitu rupa telah mencetuskan kesan negatif yang bukan sedikit,” kata Husam yang juga Timbalan Pesuruhjaya II PAS Kelantan dalam blognya hari ini.

Husam juga menambah, beliau lega dengan penjelasan Nik Aziz yang menafikan laporan media hari ini.

“Saya amat terharu dengan penjelasan segera bos, guru, rakan dan bapa saya — Tok Guru Nik Aziz,” ujar Husam.

Dalam tulisannya, Husam juga menjelaskan bahawa beliau kini mengalami sakit belakang dan doktor menasihatkannya agar kurangkan aktiviti.

“Saya sakit belakang. Jumpa doktor dan doktor minta saya dapatkan rawatan, rehatkan tulang belakang saya dan kurangkan aktiviti.

“Bila saya nak masuk wad untuk rawatan itu saya boleh tentukan sendiri ikut kelapangan saya, tetapi jangan kurang dari lima hari penuh. Jangan lambat, kata doktor.

“Saya maklumkan pada bos saya (Nik Aziz). Lima hari sebelum raya haji amat sesuai. Tetapi program saya kena tangguh dan mana mesyuarat yang saya ditugaskan wakili Tok Guru kena tukar kepada rakan yang lain,” katanya.

Husam mengakui telah mengadakan pertemuan Nik Aziz pada Khamis lalu, yang meminta agar beliau tidak menangguhkan rawatan.

“Saya bercadang masuk hospital hari Isnin. Keluar petang Khamis. Apa kena-mengena sakit belakang saya dengan letak jawatan?

“Letak semua pulak tu?” soal beliau.

Bagi memperkukuhkan hujahnya, Husam yang tewas dalam pemilihan jawatan Timbalan Presiden PAS pada Jun lalu menjelaskan: “Mana perjuangan saya? Mana parti dan kerajaan yang saya membantu menjayakannya sekian lama?”

“Di hujung jalan kami akan berpisah? Membuka ruang pada lawan menerobos masuk dalam detik yang kritikal ini?” tambah Husam dalam tulisannya.

(TheMalaysianInsider)

Bedah Siasat Beng Hock Selesai

Bedah siasat kali kedua yang dijalankan ke atas mayat mantan Setiusaha Politik Exco Kerajaan, Teoh Beng di Hospital Sungai Buluh yang bermula jam 1 petang tadi selesai dua jam kemudian. Bagaimanapun tiada sebarang keputusan dikeluarkan berhubung bedah siasat berkenaan.

Adik mendiang, Teoh Lee Lan berkata, pihaknya juga tidak mendapat apa-apa maklumat berhubung keputusan bedah siasat pada kali ini dan hanya menunggu sehingga inkues pada 9 disember ini.

"Bila laporan dijangka keluar kita pun tidak tahu, boleh tunggu dalam inkues pada 9 Disember ini," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang medianya selepas bedah siasat tamat jam 3.15 petang tadi.

Lee Lan mewakili keluarga turut merakamkan ucapan terima kasih kepada pakar patologi dari Thailand yang dilantik kerajaan negeri, Dr Ponrtip Rojanasunan kerana bertindak sebagai pemerhati dalam bedah siasat kali ini.

"Kita sangat berterima kasih kepada Dr Porntip kerana datang bantu menyelia bedah siasat dan kita akan sabar menunggu keputusan laporan yang akan dikeluarkan," katanya.

Menurutnya mendiang Beng Hock akan ditanam semula 24 November ini di Taman Peringatan Nirvana, Semenyih.

Sementara itu peguam mewakili keluarga Teoh, Gobind Singh Deo dan Dr Porntip terlebih dahulu meninggalkan hospital berkenaan tanpa bertemu media.

Beng Hock ditemui mati pada 16 Julai lalu selepas disoalsiasat selama 10 jam tanpa henti oleh pegawai penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.

Pihak berkuasa mendakwa mangsa telah membunuh diri, namun pakar patologi antarabangsa dari Kementerian Keadilan Thailand, Dr Pornthip Rojanasunand menemui kesan cekik pada leher dan retakan pada tengkorak mendiang yang konsisten dengan kesan pukulan.

Lebih menyayat hati apabila mangsa yang bakal menjadi ayah kepada seorang anak ini ditemui mempunyai kesan cedera pada dubur, dipercayai ditusuk dengan suatu objek.

(TVS)

TGNA Nafi Husam Letak Jawatan

TGNA telah menafikan bahawa Datuk Husam Musa akan melepaskan jawatan dalam parti dan kerajaan negeri Kelantan. Beliau menyifatkan tindakan sebuah akhbar harian yang menyiarkan laporan itu hari ini sebagai usaha untuk memecah-belahkan PAS dan melariskan jualan akhbar berkenaan.

TGNA berkata, laporan akhbar berkenaan sama sekali tidak benar dengan memetik sumber termasuk daripada blog tertentu yang kononnya mempunyai maklumat bahawa Dato' Husam akan melepaskan jawatan.

Sekiranya benar Dato' Husam mahu meletakkan jawatan, beliau sama sekali tidak akan membenarkan perkara itu berlaku. Kerajaan negeri sangat memerlukan khidmat dan buah fikiran Dato' Husam kerana sepanjang perkhidmatannya, beliau (Dato' Husam) banyak membuat rundingan dengan kerajaan Pusat termasuk mengenai tanah dengan Felda, Felcra dan terbaru tuntutan royalti petroleum.

Krisis Yang Sememangnya Di Impikan Musuh

Datuk Husam Musa dikatakan mahu melepaskan semua jawatan dalam parti dan juga kerajaan. Namun hasrat itu tidak dipersetujui oleh TGNA, sebaliknya beliau memberikan cuti selama lima hari bermula hari ini kepada Husam untuk berehat dan menenangkan fikiran.

Nama Ariffahmi telah menggegarkan Kelantan. Beliau merupakan menantu kepada TGNA dan juga 'orang penting' dalam Perbadanan Menteri Besar Kelantan. Ini bermakna, melalui beliau, pihak musuh memperolehi peluang yang cerah untuk menggambarkan pemerintahan kerajaan PAS Kelantan dibawah pimpinan TGNA tidak sempurna seperti yang diharap-harapkan oleh rakyat.

Ariffahmi sebelum ini telah menjadi sasaran BPR yang kini telah ditukar kepada SPRM. Walau bagaimanapun, Pengarah BPR Kelantan pada masa itu Mohd Jaafar Hussen mengesahkan kes berkenaan telah 'ditutup' kerana tiada asas yang mampu diketengahkan. Kini, dalam masa TGNA dan Dato' Husam diserang, Syed Azidi (Kickdefella) dipecat minggu lalu, SPRM kembali menyiasat Ariffahmi.

Kalau Dato' Husam, saya sudah kenal dengan lebih dekat. Beliau merupakan seorang pemimpin yang saya hormati. Dengan sifat kesederhanaan beliau dan kelebihan yang Allah telah kurniakan untuk berganding bersama-sama TGNA bagi mentadbir Kerajaan Negeri Kelantan. Beliau juga berpotensi dan telah dididik oleh TGNA bagi menggantikan beliau menjadi MB Kelantan satu hari nanti.

Dikhabarkan juga sudah beberapa kali TGNA menyarankan supaya Dato' Husam menandatangani surat bagi menggantikan beliau sebagai MB Kelantan. Namun, diatas faktor-faktor yang juga telah menyebabkan kemelut ini, Dato' Husam terpaksa menolaknya.

Sekiranya kemelut ini tidak diselesaikan dengan bijaksana..., kerajaan Kelantan bakal kehilangan seorang pemimpin yang mampu mengekalkan pemerintahan Islam dinegeri Serambi Mekah ini. Teringat pula sejarah semasa kejatuhan Empayar Islam Kerajaan Uthmaniyyah.

Tidak mustahil, kerajaan yang telah jelas menolak pemerintahan Islam UMNO Barisan Nasional akan berjaya menawan negeri Serambi Mekah yang penuh barakah ini kembali.

21 November 2009

DSAI: Dwi-Parti Hanya Akan Berjaya Jika PR Tonjol Pentadbiran Cemerlang

Sistem politik dwi-parti akan hanya punyai kredibiliti jika Pakatan Rakyat berjaya menjadikan negeri-negeri yang ditadbirnya sebagai pemangkin urus tadbir yang cemerlang, dan pembela golongan miskin.

Sehubungan itu, Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim menggesa gagasan itu supaya bertungkus-lumus memastikan Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan menjadi contoh model pentadbiran mapan untuk diteladani Barisan Nasional.

"Kerajaan negeri perlu menunjukkan teladan melalui dasar-dasar yang dirumuskan. Dasar yang memberi penekanan kepada urustadbir yang baik, kepedulian kepada yang lemah, dan memelihara sumber alam dan bumi," kata Anwar.

Mantan Timbalan Perdana Menteri ini berkata demikian dalam ucaptama di simposium 'Pakatan Rakyat dan Pembikinan Sistem Dua Parti' di Kuala Lumpur hari ini. Anwar Ibrahim menegaskan keputusan PRU-12 lalu menunjukkan rakyat mahu sistem kerajaan dipulihkan, dan bukannya salinan pendua kerajaan Umno-BN.

"Kini sudah ada ruang untuk Pakatan Rakyat melalui kerajaan-kerajan negeri dibawah pentadbiranya untuk mengetengahkan agenda reformasi, dan memastikan kesilapan lalu dibawah pentadbiran leaps tidak berulang lagi," kata Anwar.

Simposium anjuran Institut Kajian Dasar ini membincangkan persoalan sistem dwi-parti yang menjadi buah-bicara masyarakat hari ini. Membincangkan kewajaran sistem dwi-parti di laksanakan di Malaysia, wacana ini turut disertai oleh pakar Perlembagaan Profesor Dr. Abdul Aziz Bari, Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat Sivarasa Rasiah dan Exco Kelantan Husam Musa.

Membicarakan soal sistem dwi-parti, Anwar berkata idea ini bukanlah sesuatu yang baru di negara kita. Bahkan, sistem dwi-parti yang kita kenal hari ini adalah olahan dari konsep kerajaan berteraskan parti pemerintah dan parti pembangkang.

Dalam ucapannya beliau menambah, pembentukan sistem dwi-parti gagal dizahirkan kerana dihalang oleh institusi kerajaan yang parah dalam rasuah, dan perilaku pemerintah yang sewenang-wenang mencabul sistem demokrasi negara.

"Idea sistem dua parti ini hangat perkatakan sejak tahun lepas. Bahkan sambutan yang diterima idea dwi-parti ini begitu besar seraya mencadangkan kewujudan gagasan parti kedua mampu memulihkan demokrasi negara," kata Anwar.

Namun rakyat terus berharap, sehubungan itu Anwar menyeru Pakatan Rakyat untuk tidak menghampakan aspirasi rakyat dan komited kepada piawaian urustadbir kerajaan yang tinggi.

"Di negeri-negeri Pakatan Rakyat, kita perlu tunjukkan keadilan, dan dasar keterbukaan yang menghormati hak asasi rakyat seluruhnya dan hak individu setiap warganegara," kata Anwar.

Anwar dalam ucapannya menambah keutamaan hari ini bukanlah untuk memaksakan pembentukan sistem dwi-parti keatas rakyat Malaysia, sebaliknya penekanan harus diberi kepada menjamin kebajikan rakyat di negeri-negeri Pakatan Rakyat dalam iklim pengurusan ekonomi cermat dan berhemah.

Anwar menyorot perhatian hadirin kepada siri-siri pencabulan tidak bertanggungjawab oleh sekumpulan elit manusia yang mahu kekal sebagai kuasa politik dominan di Malaysia.

Pemimpin reformasi ini mengingatkan Pakatan Rakyat bahawa masih banyak perkara yang perlu dilakukan sekiranya Pakatan Rakyat mahu menjayakan sistem dwi-parti ini, terutama sekali apabila berhadapan dengan jentera gergasi kerajaan Pusat.

(TVS)

Anasir Jahat 'Menyerang' Kelantan

Negeri Kelantan bertambah glamour bila timbulnya isu royalti minyak. Cerita ini bermula dengan satu ekspidisi yang semua telah maklum Dato' Husam adalah antara pemimpin utama yang telah menjayakan ekspidisi berkenaan.

Kerajaan Pusat pula.., tetap berdegil. Yang ada bagi mereka hanyalah wang ehsan biarpun laporan kewangan petronas mengakui negeri-negeri pengeluar minyak di Malaysia adalah Sabah, Sarawak, Terengganu dan Kelantan. Bermakna, Kelantan wajib 'dilayan' sama seperti negeri-negeri yang berkenaan.

Dalam sibuk untuk menuntut hak rakyat Kelantan, anasir-anasir jahat telah mula menular menyerang Kerajaan Negeri Kelantan pimpinan TGNA. Anasir-anasir jahat ini akan mencuba sedaya-upaya untuk melemahkan 'Kerajaan Serambi Mekah' yang penuh barakah ini.

Mereka terdiri dari puak-puak yang tidak mengenal dosa pahala. Orang harapan TGNA iaitu Dato' Husam juga turut sama diserang dengan mewujudkan suasana seolah-olah beliaulah konspirator utama bagi menjatuhkan TGNA.

Samada benar atau tidak, yang pastinya Kerajaan Kelantan telah berjaya diganggu-gugat oleh anasir-anasir jahat ini. Dato' Husam sekarang jarang menonjolkan diri....

Dato' Husam juga diserang oleh kerana beliau dilihat mampu menggantikan TGNA. Beliau juga dilihat kerap bersama DSAI terutama sekali sebelum berlalunya '16 Sept'.

Sebelum ini sudah ada desas-desus yang mengatakan bahawa serangan sedang diatur rapi oleh anasir-anasir jahat ini dengan mensasarkan TGNA. Anasir-anasir jahat ini akan memastikan watak utama dalam 'gelombang perubahan' ini iaitu TGNA dan DSAI 'dilenyapkan'.

Ini kerana mereka sendiri akui bahawa '2 Ikon Utama' ini mampu menyemarakan semangat rakyat untuk bersama-sama menghumban UMNO Barisan Nasional ke dalam 'gelombang tsunami yang dahsyat', insyaallah ianya akan berlaku pada PRU-13 nanti.

Semangat rakyat Kelantan akan menyemarakan semangat seluruh rakyat Malaysia dalam memastikan perubahan ini benar-benar berlaku...!!!

Mayat Beng Hock Sudah Digali, Bedah Siasat Kedua Pagi Esok

Mayat Teoh Beng Hock, yang kematiannya mencetuskan kontroversi empat bulan lalu, sudah digali semula pagi tadi bagi membolehkan Ketua Jabatan Patologi, Hospital Sungai Buloh, Dr. Shahidan Md. Noor mengendalikan bedah siasat kali kedua, dijadual pagi esok.

Bedah siasat kedua ke atas mayat setiausaha politik kepada Exco Selangor dari DAP itu akan dijalankan ekoran permintaan keluarganya dan keputusan koroner inkues pada Nov 9 lalu. Mayat Teoh telah disemadikan di Nirwana Memorial Park di sini pada Julai 20 lalu.

Urusan mengendalikan kerja-kerja menggali mayat Teoh bermula pada pukul 8.30 pagi tadi dan berakhir kira-kira tiga jam kemudian.

Peguam keluarga Teoh, Gobind Singh Deo berkata kesemua pihak yang terlibat dalam kerja-kerja mengeluarkan mayat mendiang berpuas hati dengan cara penggalian dilakukan. Katanya lagi, mayat Teoh berada dalam keadaan baik untuk bedah siasat kedua dijalankan.

Dr Shahidan bersama pakar foresink dari Thailand Dr Porntip Rojanasunan dijangka mengendalikan pemeriksaan sinar-X kemudian. Bedah siasat kedua dijadual dijalankan mulai pukul 9.30 pagi hingga tengah hari esok.

Terdahulu, keranda mayat Teoh dikeluarkan kira-kira pukul 11 pagi dan ditunjukkan kepada media sebelum dibawa ke Hospital Sungai Buloh. Keluarganya juga mengadakan majlis doa khas sebelum kerja-kerja menggali dimulakan. Pihak polis pula mengawasi kawasan kubur.

Kakak Teoh yang ditemui di Nirwana Memorial Park pagi tadi berkata keluarganya berharap usaha terbaru ini akan mendatangkan hasil positif sambil menggesa pakar-pakar forensik menjalankan tugas secara profesional.

Turut hadir di pekarangan taman peringatan itu ialah pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat khususnya DAP. Bekas majikannya, Exco Kerajaan Negeri Selangor Ean Yong Hian Wah juga memberitahu, “saya berharap bedah siasat kedua ini akan mendedahkan kebenaran.”

Ean juga menegaskan beliau ingin tahu jumlah yang diperuntukkan oleh kerajaan untuk mendapatkan khidmat pakar forensik dari United Kingdom. Inkues kini berlangsung setelah Teoh ditemui mati pada 16 Julai lalu di koridor tingkat lima Plaza Masalam selepas ditemu siasat oleh pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor di tingkat 14, bangunan itu berhubung dakwaan salah guna peruntukan kerajaan negeri.

Sesi bedah siasat akan turut dihadiri oleh Dr Porntip yang dilantik oleh kerajaan negeri Selangor selaku pemerhati. Dr Porntip juga berada ketika kerja-kerja menggali dijalankan pagi tadi.

SPRM pula telah melantik seorang pakar forensik bebas Prof Dr Peter Vanezis dari United Kingdom untuk menjadi pemerhati. Dr Vanezis merupakan pengarah Cameron Centre for Forensic Medical Sciences, London dan telah mengendalikan sebanyak 2,000 autopsi kes kematian mengejut, yang 1,500 daripadanya membabitkan homisid.

Mayat Teoh digali semula atas permintaan keluarganya ekoran keterangan Dr Porntip bahawa 80 peratus kemungkinan menunjukkan Teoh dibunuh, bukannya membunuh diri. Oleh itu prosiding inkues ditangguhkan sehingga 9 Disember ini untuk mendengar keterangan ahli Majlis Perbandaran Kajang, Tan Boon Wah yang terlibat dalam kes saman sivil terhadap SPRM yang telah diputuskan oleh Mahkamah Tinggi kelmarin.

Gobind sebelum ini memberitahu saksi inkues ke-25 iaitu pegawai perubatan dari Jabatan Telinga, Hidung dan Tekak, Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang, Dr. K. Saravanan, 39, akan hadir sama bedah siasat kali kedua esok.

Ini kerana menurut peguam, Saravanan telah ditugaskan untuk merakamkan gambar-gambar pada sesi bedah siasat mayat Beng Hock buat kali pertama pada 17 Julai lalu. Malah sebelum ini Gobind juga berkata beliau tidak dapat menolak hakikat semakin lewat tempoh untuk mengeluarkan semula Beng Hock semakin tinggi risiko mayatnya akan tercemar.

Sumber: TheMalaysianInsider

20 November 2009

Usaha Tambah Populariti PM 1 Malaysia

Sejak Najib mengambil-alih jawatan Perdana Menteri Malaysia daripada Pak Lah, slogan 1 Malaysia telah diciptakan bagi mengaburi mata rakyat konon-kononnya Najib adalah Perdana Menteri terhebat. Namun, semenjak Najib menjadi Perdana Menteri, Parti Komponen BN iaitu MIC dan MCA mula dilanda krisis yang tak sudah.

Saya mahu menarik perhatian pembaca mengenai cadangan supaya Najib menjadi orang tengah bagi menyelesaikan masaalah dalaman parti kaum Cina iaitu MCA. Sebelum ini kita boleh lihat seolah-olah Najib tidak mahu campur tangan dalam krisis berkenaan, biarlah mereka selesaikan sendiri.

Semalam mula kedengaran cadangan supaya Najib perlu campurtangan bagi menyelesaikan. Cuba kita bayangkan sekiranya cadangan ini benar-benar berlaku, Najib sanggup menjadi orang tengah bagi menyelesaikan krisis yang tambah memeningkan ini.

Mustahil….., sekiranya usaha Najib itu akan menemui kegagalan. Wira 1 Malaysia pasti mampu menyelesaikannya. Pada masa itu, Najib mengharapkan rakyat dari pelbagai bangsa akan bersama-sama dengan beliau menjayakan 1 Malaysia….

Sekiranya Najib tidak berjaya menyelesaikannya, slogan 1 Malaysia hanyalah gimik semata-mata. Dalam barisan beliau sendiri pun tidak mampu satukan, apatah lagi untuk satukan seluruh rakyat Malaysia. Ini juga akan mengesahkan bahawa kerajaan BN pasti tumbang..!

Tapi beliau silap, pemikiran rakyat pada alaf ini sudah dapat menduganya. Dengan ini, semangat untuk menjatuhkan Kerajaan BN pada PRU-13 nanti semakin bergelora lagi.

DSAI: Permuafakatan Yang Jelas

Pimpinan ketiga-tiga parti komponen Pakatan Rakyat menyedari permuafakatan yang berusia muda ini pasti akan berdepan dengan pelbagai cabaran dan halangan. Pembentukan Pakatan Rakyat bercita-cita membawa Perubahan sedaya mungkin.

Pastinya sepanjang perjalanan memperkukuh kerjasama akan ada perbezaan dan pertikaian serta mereka yang kecewa lalu meninggalkan perjuangan manakala berbondong bondong lagi hadir menyertai mendokong hasrat Perubahan.

Mereka yang mahukan Perubahan tidak boleh lagi berdiam diri dan sekadar menonton. Mereka sewajarnya terjun ke medan, menyatakan pendirian dan bersama-sama mencorak ruang kerjasama parti serta Pakatan Rakyat.

Jangan lekas makan hati, kerana rakyat akan merasa mual. Bersegeralah memikul tanggungjawab memimpin walau sesederhana mana pun kekuatan di tempat masing-masing.

Perjuangan yang merentasi batas kaum, kepercayaan dan fahaman ini menimbulkan kegerunan kepada umno-barisan nasional. Ianya kerana falsafah serta dasar permuafakatan kita mencerminkan kenyataan masyarakat majmuk di Malaysia.

Tidak mungkin wujud penjajahan dalam permuafakatan ini di mana satu parti menunjuki apa yang perlu dilakukan oleh parti yang lain. Permuafakatan Pakatan Rakyat terbina dari asas untuk menghormati suara parti komponen dan akan berusaha bergerak dengan menggembeling dari kekuatan itu.

ANWAR IBRAHIM

PAS: Jangan Abai Bukan Melayu Jika Mahu Pakatan Kekal Di Selangor

Para pemimpin PAS termasuk wakil rakyat parti itu di Selangor disaran tidak menjadikan agenda Melayu sebagai keutamaan semata-mata demi meraih sokongan menyeluruh dalam pilihan raya umum ke-13 yang diramalkan dalam waktu terdekat ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri Hulu Kelang Saari Sungib berkata, realiti politik dalam pilihan raya umum ke-12 menunjukkan majoriti pengundi Melayu di beberapa kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen di Selangor tidak berpihak sepenuhnya kepada Pakatan Rakyat (PR).

Mana-mana kawasan yang majoriti pengundinya adalah Melayu, lebih 83 peratus, dikuasai oleh Umno dan Barisan Nasional (BN), kata beliau ketika ditemui di sini.

“Oleh itu, ADUN PAS dan PKR daripada kalangan Melayu tidak perlu menjadikan agenda Melayu sebagai keutamaan dan keterlaluan kerana mereka masih lagi berpihak kepada Umno,” kata beliau lagi.

Sebagai ADUN, beliau turut mengakui masih menghadapi kesukaran untuk meraih sokongan padu daripada kalangan pengundi Melayu di kawasan yang diwakilinya berbanding pengundi kaum Cina dan India.

Sehubungan itu, bekas Ketua Penerangan PAS Selangor ini masih tidak yakin bahawa pengundi Melayu terutamanya di kerusi DUN beliau wakili akan berpihak kepada kerajaan PR dalam pilihan raya umum ke-13 seperti yang diuar-uarkan oleh sesetengah pimpinan negeri.

Pandangan Saari mempunyai asas jika melihat kepada keputusan pilihan raya umum ke-12 Mac 2008.

Kawasan majoriti pengundi Melayu yang melebihi 80 peratus dikuasai oleh calon Umno berbanding PR.

Hanya dua kawasan DUN yang majoriti pengundi Melayu melebihi 80 peratus iaitu Hulu Kelang (80 peratus) dan Gombak Setia (81 peratus). Hulu Kelang kini diwakili Saari sementara Gombak Setia pula dimenangi Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hasan Ali.

Enam kerusi DUN lain yang dikuasai wakil rakyat PAS ialah Lembah Jaya yang mempunyai pengundi Melayu seramai 55.3 peratus, Cempaka (58 peratus), Bangi (64 peratus), Meru (60 peratus), Selat Kelang (64.4 peratus) dan Si Jangkang (66 peratus).

Sementara sembilan DUN yang dikuasai oleh calon PKR kalangan Melayu ialah Ijok (49 peratus), Bukit Antarabangsa (57 peratus), Seri Setia (54.4 peratus), Taman Medan (60 peratus), Kota Damansara (55.8 peratus), Kota Anggerik (68 peratus), Batu Tiga (69 peratus) dan Sri Muda (53.3 peratus).

Saari khuatir sokongan terhadap kerajaan negeri akan berubah dalam pilihan raya umum akan datang jika pengundi Cina dan India tidak lagi memberi sokongan padu kepada calon PR.

“Kerana itu, kita perlu memperjuangkan rakyat secara lebih meluas yang boleh diterima oleh mereka berbanding dengan hanya memberi tumpuan kepada pengundi Melayu semata-mata,” katanya.

“Apa yang lebih penting adalah memberi khidmat yang terbaik kepada rakyat di kawasan masing-masing daripada terjebak dengan isu Melayu yang menjadi mainan politik Umno,” katanya lagi.

Beliau juga mengakui kerajaan PR “besar hati” dengan memberi tiga Exco kepada kepemimpinan PAS negeri walaupun parti ini hanya mempunyai lapan kerusi.

(TheMalaysianInsider)

19 November 2009

Pergelutan baru: Saiful vs Altantuya vs Lingam?

Suasana politik tidak kembali tenang sejak dilanda tsunami pada 8 Mac 2008. Presiden UMNO ketika itu yang diasak dari dalam dan luar, semakin hilang kawal. Sebaliknya, Pakatan Rakyat dilambung pada kemuncak keghairahannya untuk menuju ke Putrajaya.

Bulan Jun 2008 menyaksikan pertembungan langsung antara dua orang "bakal Perdana Menteri". TPM Najib Razak bersama isterinya dikaitkan sekali lagi dengan isu pembunuhan Altantuya Shaariibuu, oleh Raja Petra Kamaruddin (kiri, gambar kiri). Blogger yang berpengaruh ini membuat akuan sumpah pada 18 Jun, menuduh Rosmah Mansor, isteri TPM berada di tempat kejadian pembunuhan Altantuya.

10 hari kemudian, seluruh Malaysia digemparkan sekali lagi, apabila "kes liwat Anwar Ibrahim II" ditayangkan. Kali ini, pembantunya Mohd. Saiful Bukhari tampil membuat tuduhan, disusuli kemudiannya dengan angkat sumpah di masjid, sebagai cubaannya untuk memperkukuhkan tuduhan tersebut, terutamanya di kalangan masyarakat muslim.

Anwar vs Najib 1:0

Cubaan meludah ke arah Anwar Ibrahim kali ini berakhir dengan pengaiban pada dirinya. Survey Merdeka Center yang diumumkan pada awal Julai memperlihatkan hanya 10% responden mempercayai bahawa Anwar melakukan liwat. Seterusnya, survey yang diumumkan pada awal Ogos 2008, menunjukkan bahawa sokongan terhadap Najib Razak hanya berada pada paras 34%, satu tamparan sengit terhadap bakal PM UMNO-BN ketika itu.

Malah, reputasi UMNO-BN jatuh merudum dalam PRK Permatang Pauh pada 26 Ogos, hampir terkubur dalam undi majoriti Anwar Ibrahim yang tertimbun. UMNO-BN yang menayangkan "Kes Liwat II" ini nyata lebih tertekan pada waktu itu, walaupun menguasai segala jentera negara.

Meskipun begitu, "Kes liwat II" tidak melabuh tirai begitu sahaja. Isu ini masih diungkit, secara tersurat mahupun tersirat dalam PRK yang berlangsung selepas PRK Permatang Pauh. Malah, Saiful Bukhari cuba memastikan "ketidakadilan yang menimpa dirinya" tidak hilang dari ingatan khalayak, mengingatkan orang ramai melalui blognya bahawa "Justice delayed Is Justice denied".

Kes liwat Anwar II diungkit lagi

Senario politik berubah dari masa ke masa, khususnya selepas Anwar Ibrahim gagal menyempurnakan rancangan 16 September. PR mula hilang fokus, perbalahan dalaman mula timbul, dan lebih ketara, jurang antara hasil kerja PR dan harapan rakyat kian melebar.

Sementara UMNO-BN yang diterajui Najib Razak, semakin kembali ke landasannya, apatah lagi setelah teruja dengan kemenangan PRK Bagan Pinang. Melainkan beberapa parti komponen BN yang masih bergelut dalam kemelut, BN kini dilihat berada dalam keadaan terbaiknya selepas tsunami 8 Mac 2008.

Senario sedemikian memberi nafas baru kepada UMNO-BN, bukan sahaja memantapkan dirinya, tetapi bersiap sedia untuk meneruskan "serangan yang belum selesai" itu. Maka dalam konteks inilah, mula wujudnya pertikaian "mengapa Anwar cuba melengah-lengahkan perbicaraan".

Awang Selamat, dalam kolumnya di Mingguan Malaysia pada 6 September 2009, mengusik Anwar dengan mengubahsuai laungan slogannya "lawan tetap lawan" kepada "tangguh tetap tangguh". Pada hari keesokannya, Utusan Malaysia menonjolkan isu liwat ini di muka surat depannya, dengan memetik hujah Chandra Muzaffar, "Kenapa mahu yangguh perbicaraan kalau tidak salah -- Anwar tidak perlu takut".

Menteri Jabatan Perdana Menteri, Mohamed Nazri Aziz, malah Ketua Pergerakan Puteri UMNO, Rosnah Abdul Rashid Shirlin dipetik untuk mengulas pandangan yang diketengahkan oleh Awang Selamat. Tidak cukup dengan itu, isu liwat ini berlanjutan untuk hari-hari seterusnya, apabila mereka yang keluar parti dari PKR seperti Lokman Nor Adam, Roslan Kassim, S.Nallakaruppan beratur di atas lidah parti untuk mencabar dan menyelar Anwar.

Lebih-lebih lagi, ADUN Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah yang keluar dari PKR pada 29 Oktober 2009, menyebut "soal moral" Anwar antara sebabnya meninggalkan PKR. Bekas Ketua AMK, Mohd Ezam Mohd Nor tidak melepaskan kesempatan ini untuk mendesak agar Presiden PKR, Wan Azizah Wan Ismail, yang juga isteri kepada Anwar Ibrahim untuk menjawab persoalan moral suaminya.

Bala pula muncul kembali

Serangan bertubi-tubi ini semestinya disedari PR, yang juga tidak akan berpeluk tubuh begitu sahaja. Maka, secara "kebetulannya", mereka yang "hilang" kerana kes Altantuya mula timbul semula untuk menggilap ingatan ramai. Raja Petra Kamaruddin misalnya, melalui Malaysia Today mendakwa bahawa kebenaran di sebalik kes pembunuhan Altantuya akan terbongkar sebelum hari Krismas tahun ini.

Balasubramaniam, penyiasat persendirian yang "hilang" selepas akuan sumpahnya yang mengaitkan Najib Razak dengan Altantuya, dan kemudian ditarik balik keesokannya, kini muncul dalam klip video yang tersiar di Malaysia Today. Apa yang berlaku sebelum dan selepas kehilangan diri dan keluarganya itu terdedah sedikit demi sedikit mulai 13 November.

PKR pula, melalui lidah partinya mendakwa bahawa gambar yang boleh menunjukkan hubungan antara Najib dengan Altantuya kini disorok oleh polis. Suara Keadilan Bil 206 (10-17 November 2009), memetik dari Free Malaysia Today yang menemuramah wartawan penyiasatan Perancis Arnaud Dubus, berkata gambar "yang tidak dibuat salinan" itu telah diberikan kepada Konsul Kehormat Mongolia di Malaysia, dan diserah kepada polis kemudiannya.

Kenyataan tersebut sememangnya tidak perlu disokong dengan bukti. Ia bertujuan untuk mencalit imej Najib Razak yang pernah "bersumpah" bahawa dirinya tidak mengenali Altantuya. Apa pun kemungkinan di sebaliknya, yang sudah pasti, Saiful dan "Altantuya" kini telah masuk semula ke gelanggang politik.

Lingam jawapannya

Ramai akan bersetuju bahawa yang dibicarakan itu bukan Anwar atau Najib, tetapi sistem kehakiman negara Malaysia. Biarpun mahkamah memutuskan sama ada Anwar bersalah atau Najib tidak terlibat, dalam kes yang menyebut nama masing-masing, gagal mengubah persepsi awam.

Buktinya, Anwar telah dijatuhkan hukuman 10 tahun yang lalu, diulangi tuduhan yang sama sepanjang satu dekad ini, gagal menghalang sokongan rakyat terhadapnya. Sebaliknya, walaupun media arus perdana terus mendakwa tuduhan terhadap Najib bersama isterinya dalam isu Altantuya adalah fitnah semata-mata, gagal membersihkan nama PM dalam pandangan umum.

Inilah masalah persepsi yang menghantui Najib. Walaupun populariti Najib menampakkan lonjakan kebelakangan ini, bahkan tindakan undang-undang terhadap Anwar mungkin boleh mencelarukan langkah PR sendiri, tetapi jikalau inilah kesudahannya, maka ia hanya akan memperkukuhkan persepsi bahawa sistem kehakiman negara kita terus diperkudakan.

Dengan kata lain, walaupun kuasa berada dalam tangan Najib, tetapi beliau sebenarnya tersepit di dalam dilema ini. Dalam kes liwat mahupun Altantuya, sebarang keputusan mahkamah yang bercanggah dengan persepsi rakyat, walaupun mungkin benar, tidak akan diterima.

Perlu dinyatakan bahawa persepsi ini bukan sekadar persepsi, tetapi berasas, kerana kerajaan tidak memperlihatkan tekad untuk memperbetulkan sistem kehakiman. Menteri Jabatan Perdana Menteri, Mohamed Nazri Aziz boleh mempertahankan Lingam dengan seribu satu alasan dalam Dewan Rakyat, tetapi rakyat telah memberi jawapan dengan mengundi Loh Gwo Burne sebagai wakil rakyat Kelana Jaya.

Akhir kata, Najib Razak yang jelas lebih tangkas dan tegas dalam langkah politiknya, berbanding Abdullah Ahmad Badawi, boleh mengambil jalan singkat atau langkah "drastik" untuk menamatkan igauan yang menghantuinya selama ini, iaitu Anwar dan Altantuya. Anak Abdul Razak yang mewarisi corak pemerintahan Mahathir Mohamad ini, dipercayai akan melakukan segala-galanya untuk mengekalkan kuasa dirinya.

Cuma, sekeras Mahathir pun gagal mengubah persepsi rakyat dalam kes liwat Anwar. Apatah lagi, Najib kini berdepan dengan masyarakat Malaysia yang telah melalui zaman "Reformasi" dan "tsunami politik".

*Lim Hong Siang ialah Editor MerdekaReview, edisi bahasa Melayu.



(MerdekaReview)

18 November 2009

Karpal Sahut Cabaran Dakwa Lingam Jika A-G Benarkan

Karpal Singh secara terbuka menawarkan khidmatnya untuk mendakwa peguam Datuk V.K. Lingam yang dikaitkan dengan skandal melobi dan mempengaruhi urusan pelantikan hakim-hakim, jika Peguam Negara memberikan kuasa untuk berbuat demikian.

Pengerusi DAP itu menjelaskan menjadi amalan biasa di England bagi kerajaan membolehkan pengamal perundangan swasta untuk mendakwa seseorang bagi pihak peguam diraja.

"Di negara ini ada peruntukan undang-undang Peguam Negara perlu mengeluarkan sijil untuk mendakwa seseorang. Oleh itu, saya meminta agar Datuk Seri Nazri Aziz supaya menasihatkan Peguam Negara mengeluarkan surat perintah bagi tujuan untuk mendakwa Lingam," kata Karpal pada sidang media di bangunan Parlimen hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz semalam bahawa Ahli Parlimen Bukit Gelugor itu boleh mewakili Peguam Negara untuk mendakwa Lingam jika mahu.

"Jika Karpal bersedia untuk mewakili Peguam Negara, saya akan memujuk Peguam Negara untuk mendapatkan khidmat beliau bagi pihak kerajaan," kata Nazri.

Jumaat lalu, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata terpulang kepada Peguam Negara berhubung hasrat Panel Penilaian Operasi (PPO) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang mahu meneliti kes pita rakaman peguam Lingam.

Panel Penilaian Operasi itu memutuskan untuk mendapatkan kelulusan Peguam Negara untuk meneliti kes tersebut ekoran reaksi tidak puas hati pelbagai pihak.

Laporan sebelum ini menyebut Lingam didapati tidak melanggar sebarang undang-undang kerana melobi pelantikan hakim walaupun dipaparkan cuba berbuat demikian dalam satu klip video.

Baru-baru ini Dewan Rakyat diberitahu bahawa kerajaan telah melihat kes berkenaan daripada pelbagai segi tetapi mendapati tiada mana-mana akta di negara ini yang boleh mensabitkan Lingam melakukan salah guna kuasa dalam isu pelantikan hakim.

(TheMalaysianInsider)

JAIS Dakwa Asri Pagi Ini

Bekas mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang penahanannya awal bulan ini telah mencetuskan kontroversi akan dihadapkan di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur dekat sini, pagi ini.

Beliau dijangka berhadapan dengan tuduhan menyampaikan ceramah agama tanpa tauliah.
Ketika dihubungi The Malaysian Insider semalam, Asri mengesahkan beliau akan berada di mahkamah untuk menghadapi pertuduhan.

Asri ditahan di sebuah banglo milik seorang ahli perniagaan di Taman Sri Ukay, Hulu Klang ketika memberikan ceramah kepada lebih 100 pengikut.

Katanya, Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) yang menahannya 1 November lalu telah memaklumkan secara formal tentang prosedur mahkamah dan mengarahkan agar berada di mahkamah pada pukul 9 pagi ini.

"Saya bersedia untuk menghadapi mereka," kata Asri ketika ditanya tentang perasaan beliau menghadapi pertuduhan secara rasmi.

Blog beliau juga menghebahkan makluman tentang perkembangan tersebut sambil menyeru peminat-peminatnya datang untuk memberikan sokongan moral.

Mesej itu berbunyi: "Dr Maza akan didakwa di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur 18 November, Rabu jam 9 pagi. Dijemput hadir memberi sokongan dan doa."

Beliau yang menunggu di mahkamah tersebut lebih tiga jam pada hari keesokan selepas ditahan telah dilepaskan dengan jaminan bon.

Pada hari berkenaan Asri, para peguam, petugas media dan penyokongnya menunggu di mahkamah sehingga hampir pukul 1 tengah hari sebelum dimaklumkan bahawa tiada pendakwaan akan dibuat.

Bekas mufti itu disiasat mengikut Seksyen 119 Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Selangor 2003 iaitu mengajar agama Islam atau perkara-perkara tentang agama Islam tanpa tauliah.

Mengikut seksyen berkenaan, seseorang individu yang didapati bersalah boleh dikenakan denda tidak melebihi RM3,000 atau penjara maksimum dua tahun atau kedua-duanya.

Minggu lalu, Penolong Pengarah Perhubungan Awam dan Penerbitan Jais Mohd Hidayat Abd Rani memberitahu, Asri akan didakwa di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur dan jabatan itu akan memohon untuk memindahkan kes ini ke Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam kerana melibatkan profil tinggi.

Malah, minggu lalu Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor menolak usul tergempar yang menggesa agar penahanan Asri oleh Jais diketepikan.

Bagaimanapun penahanannya dipertahankan oleh Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hasan Ali yang juga Exco Kerajaan Negeri Selangor atas alasan menyampaikan ceramah agama tanpa tauliah.

(TheMalaysianInsider)

17 November 2009

Zaid: Usah Bimbang Anwar Masih Sesuai Jadi PM

“Saya tegaskan di sini bahawa buat masa ini memang tak ada mana-mana wakil rakyat yang lebih sesuai dan berupaya daripada Anwar Ibrahim untuk menjawat jawatan Perdana Menteri apabila Pakatan memperolehi undi majoriti rakyat nanti.”

Demikian jelas Datuk Zaid Ibrahim (gambar) sambil meminta para penyokong dan peminat Anwar agar tidak bimbang dengan pandangannya baru-baru ini bahawa Musyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat wajar diberi peluang mengetuai PR apabila didaftarkan secara rasmi kelak.

“Bila saya mencadangkan Tok Guru Nik Aziz Nik Mat dilantik ketua Pakatan Rakyat, riuh-rendah kedengaran suara menyokong dan menentang.

“Ramai yang memberi pendapat mereka. Ada pula yang menuduh kononnya ini strategi saya nak jadi ketua Pakatan. “Kata mereka saya tak hormat Anwar Ibrahim apabila membuat cadangan ini. Nampaknya masih ada yang tak faham atau pura-pura tak faham,” tulis Zaid dalam blognya hari ini.

PR dijadual mengadakan konvensyen khas 19 Disember ini.

Zaid, bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) tahun ini menambah, premis utama syornya ialah “kita perlu kepada seorang spiritual leader sama saperti Mahatma Gandhi sewaktu zaman India memperjuangkan kemerdekaan dahulu.”

Beliau kini bercuti selama enam bulan daripada Biro Politik PKR.

“Kita tahu pemimpin seperti itu diperlukan untuk menerajui gerakan Pakatan. Pemimpin politik biasa, walau bagaimana hebat dan handal sekali pun, tidak akan cukup kuat untuk melawan gergasi Barisan Nasional.

“Yang saya maksudkan sebagai pemimpin spiritual ini adalah seorang pemimpin yang tidak ada cita-cita nak jadi Perdana Menteri atau apa-apa jawatan besar,” kata beliau sambil menambah, personaliti yang sesuai dilihat ialah Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan.

“Jadi bila saya toleh kiri dan kanan dan saya lihat hanya Tok Guru Nik Aziz ada kelayakan tersebut.

“Beliau diterima oleh semua kaum dan agama. Maka saya terus mencadangkannya kerana saya berpendapat hanya apabila kita letak pertarungan Pakatan melawan BN atas perjuangan spiritual melawan kuasa yang rakus dan rasuah, barulah rakyat akan bersemangat dan bangkit bersuara untuk memihak kepada kita,” katanya.

Jelas Zaid, soal jawatan Perdana Menteri terserah kepada wakil-wakil rakyat PR apabila mendapat kerusi yang cukup untuk membentuk kerajaan baru.

Justeru, katanya, ia akan menjadi perkara mudah kerana Nik Aziz pun tahu dan bersedia menerima orang lain yang lebih sesuai untuk menjadi Perdana Menteri.

“Cadangan saya ini juga sama seperti dengan kedudukan Pengerusi Parti Buruh atau Konservatif di United Kingdom yang tidak pernah pun menjadi Perdana Menteri. Tugas mereka adalah menjaga perpaduan dan kekukuhan parti.

“Saya tegaskan di sini bahawa buat masa ini memang tak ada mana-mana wakil rakyat yang lebih sesuai dan berupaya daripada Anwar Ibrahim untuk menjawat jawatan Perdana Menteri apabila Pakatan memperolehi undi majoriti rakyat nanti. Jadi penyokong dan peminat Anwar Ibrahim tak usahlah bimbang,” katanya lagi.

(TheMalaysianInsider)

16 November 2009

SPR Kalah

Hari ini satu lagi sejarah telah tercipta dengan adanya hakim yang berani membuat keputusan yang tidak mengikut kehendak keRAJAan BN. Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah mengisytiharkan kekosongan kerusi DUN kawasan Kota Siputeh, Kedah. Ini bermakna, kita bakal menghadapi satu lagi PRK.

Hakim Datuk Alizatul Khair Osman Khairuddin memutuskan bahawa kerusi di DUN Kota Siputeh kosong selepas penyandangnya Datuk Abu Hassan Sarif tidak menghadiri dua persidangan DUN tahun ini. Berikutan keputusan Mahkamah Tinggi itu, Abu Hassan akan dihalang daripada menghadiri persidangan DUN esok.

Dalam keputusannya, Hakim Alizatul menegaskan bahawa SPR bertindak secara tidak wajar dan keputusan suruhanjaya itu bahawa Abu Hassan masih merupakan wakil rakyat bagi Kota Siputeh dan kerusi DUN itu tidak kosong, perlu dibatalkan.

Ekoran daripada itu, SPR akan meminta nasihat dari Peguam Negara. Beginilah perangai puak-puak 1 Malaysia. Sebelum ini, walaupun Dato' Seri Nizar telah diumumkan sebagai MB Perak yang sah, puak-puak 1 Malaysia tetap mahu menidakkannya...


Permohonan Nalla Di Tolak

Mahkamah Tinggi hari ini menolak permohonan Datuk S Nallakarupan agar mengetepikan permintaan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mahu dibekalkan dengan butiran individu dan transaksi berhubung dakwaan beliau menerima RM60 juta daripada Magnum Corporation kira-kira 14 tahun yang lalu.

Permohonan Nallakarupan, yang merupakan bekas rakan sepermainan tenis Anwar, ditolak oleh Hakim Datin Zabariah Mohd Yusof di kamarnya, pagi ini. Nallakarupan mengemukakan permohonan itu untuk mengetepikan keputusan Timbalan Pendaftar yang membenarkan permohonan Anwar pada 28 Ogos lalu.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini, peguam pasukan Anwar, Sankara Nair berkata permohonan Nallakarupan ditolak dengan kos dan beliau perlu menyerahkan butiran berkenaan dalam tempoh 14 hari.

“Kegagalan mengemukakan butiran ini akan membolehkan Anwar memohon untuk mengetepikan pembelaan Nallakarupan, sekali gus memohon mendapatkan penghakiman,” katanya.

Ketika pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh tahun lalu, Nallakarupan mendedahkan Anwar menerima RM60 juta daripada syarikat judi Magnum Corporation.

Ekoran pendedahan itu, Anwar menyaman Nallakarupan dengan menuntut beliau membayar ganti rugi RM50 juta.

Nallakarupan mendakwa pendedahan itu dibuat kerana merasakan beliau perlu mendedahkan siapa Anwar sebenarnya sewaktu beliau memegang jawatan kerajaan sehingga sanggup mengambil wang dari sumber judi tetapi cuba menonjolkan imej dirinya seorang pemimpin yang Islamik.

(TheMalaysianInsider)

PKR Kelantan Akan Membawa Harapan Baru?

Semalam selesai sudah Konvensyen PKR Negeri Kelantan yang telah diadakan di Kelantan Trade Centre (KTC)yang turut dihadiri oleh Ketua Umum PKR, DSAI dan juga Zaid Ibrahim.

Beberapa usaha dilihat telah dilakukan oleh PKR Kelantan bagi memantapkan parti itu untuk bersama-sama dengan PAS mempertahankan Negeri 'Serambi Mekah' ini dari diganggu-gugat oleh anasir-anasir jahat daripada UBN ('Gergasi Tua' kata Zaid).

Pengerusi Perhubungan PKR Negeri Kelantan telah bertukar daripada YB Ketereh kepada YB Machang iaitu saudara Saifuddin Nasution. Pro Reform mengucapkan syabas kepada PKR Kelantan diatas perubahan kearah kebaikan ini biarpun ianya sedikit terlewat.

Pro Reform juga berharap, YB Saifuddin akan memilih individu yang benar-benar mahu berjuang demi merialisasikan harapan rakyat yang telah ditipu oleh 'Gergasi Tua'sejak sekian lama, bukannya mereka yang hanya mementingkan kekayaan semata-mata. Dalam struktur kepimpinan negeri, ada lagi antara mereka yang sebolehnya diganti.

Pro Reform sertakan apa yang telah di tegaskan oleh DSAI iaitu,

"Saya ulangi teguran bahawa tidak ada kompromi terhadap mereka yang melanggar disiplin parti dan perjuangan. Kepada mereka yang angkuh seolah olah diri lebih utama dari perjuangan, silakan sahaja mengundur diri. Perjuangan ini dibina dari keringat dan air mata mereka yang teguh kepada prinsip perjuangan; untuk menegakkan Keadilan buat semua, merentasi batas kaum dan kepercayaan.

Adalah tanggungjawab kita semua, ahli parlimen, adun, senator, ahli majlis dan pendokong untuk memastikan hala tuju parti tidak tersasar. Perjuangan ini adalah untuk memerdekakan bangsa dari terus diperintah regim lemah dan gagal mengagihkan kekayaan secara adil."

Kebelakangan ini, 'Gergasi Tua' telah memilih untuk menyerang TGNA dengan isu yang tak masuk akal. Semalam, semasa ceramah di Putik yang turut dihadiri oleh TGNA, Lim Kit Siang dan Haji Hadi, DSAI dengan lantang memberi amaran kepada Gergasi Tua supaya jangan meneruskan 'serangan biadap' terhadap TGNA seumpama itu (terima tajaan Haji dikatakan rasuah).

Semasa ceramah, TGNA berkata, "Tahun depan ada orang tak nak taja ambo (saya) gi Mekah. Siapa nak taja ambo ambik. Tak taja pun ambo gi.....,"

15 November 2009

Nik Aziz Ketuai Pakatan, Anwar Bakal PM Pakatan?

Cadangan melantik Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, sebagai Pengerusi Pakatan Rakyat (PR) mendapat reaksi positif di kalangan pemimpin parti itu namun ia menjadi polemik di kalangan pimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Ini kerana semua beranggapan Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah ketua umum Pakatan Rakyat selama ini. Namun apabila Datuk Zaid Ibrahim mencalonkan Nik Aziz, semua melihat ia satu cadangan yang wajar.

“Saya setuju Nik Aziz menjadi ketua Pakatan Rakyat jika dipersetujui oleh para pemimpin parti dalam Pakatan Rakyat,” kata Datuk Mustafa Ali, Setiausaha Agung PAS.

Kenyataan Mustafa penting kerana beliau sebagaimana presiden dan timbalan presiden PAS dilihat berbeza kumpulan dalam PAS. Nik Aziz dilihat sentiasa menyerang beliau. Apabila dia sendiri bersetuju dengan cadangan ini, ia satu yang positif dalam mendekatkan perbezaan dalam PAS.

Cadangan Zaid juga datang ketika Anwar berhadapan dengan dakwaan di mahkamah. Jika beliau didapati bersalah, berlaku satu lompang besar dalam PKR dan juga Pakatan Rakyat.

Sekurang-kurangnya dengan cadangan Zaid ini, ia boleh mengisi lompong dalam Pakatan andainya itu yang terpaksa dihadapi Anwar.

Namun, apakah Nik Aziz yang bakal dinamakan sebagai perdana mentri jika Pakatan menang pilihan raya akan datang? Seorang pemerhati politik mencadangkan Nik Aziz ketua Pakatan namun Datuk Seri Anwar lebih diyakini sebagai perdana mentri.

Oleh itu, amat wajar kalau Nik Aziz mengulas isu ini menegaskan sendiri perkara ini, katanya.

Dalam padas itu, ahli parlimen Kota Bharu, Datuk Wan Abd Rahim Wan Abdullah, berkata cadangan sebagai ketua Pakatan Rakyat itu selari dengan ketokohan Nik Aziz di samping hubungan baik beliau bersama seluruh kepimpinan PR yang lain.

Menurut Abd Rahim, Nik Aziz mempunyai kredibiliti tersendiri yang membolehkan beliau menerajui PR dengan lebih cemerlang berdasarkan pengalaman perkhidmatannya selama puluhan tahun di dalam parti.

“Saya percaya pengalaman itu boleh melengkapkan barisan pakatan terus maju ke hadapan,” katanya mengulas cadangan dikemukakan bekas menteri di Jabatan Perdana Mentri, Datuk Zaid itu.

Zaid mempunyai hubungan rapat dengan Nik Aziz dikatakan amat mengenali keupayaan Mentri Besar Kelantan itu mencadangkan agar beliau dilantik sebagai Pengerusi PR sekiranya pakatan mahu terus diterima rakyat.

Katanya, jawatan yang dipegang oleh Anwar kini berbeza dengan cadangan tersebut. Jawatan Pengerusi PR masih belum dilantik.

“Saya percaya soal pengaruh kurang atau tidak bukan menjadi isu,” jelasnya.

Tambahnya lagi, soal automatik individu yang memegang jawatan tersebut dilantik menjadi Perdana Menteri sekiranya PR mendapat mandat rakyat membentuk kerajaan juga tidak timbul kerana sistem penentuan sesuatu jawatan di dalam pakatan tidak sama dengan Barisan Nasional (BN).

(TheMalaysianInsider)

Anwar: Tubuh Pasukan Professional Siasat Pendedahan Bala

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta pihak berkuasa menyiasat pendedahan terkini penyiasat persendirian P Balasubramaniam.

Namun Anwar menggesa satu pasukan profesional diwujudkan menyiasat dakwaan penyiasat upahan rakan karib Perdana Menteri, Abdul Razak Baginda ini.

“Sepatutnya ada satu siasatan yang rapi. Ini hanya satu pandangan dari Balasubramaniam yang diambil sebagai penyiasat persendirian oleh Razak Baginda, sepatutnya ada siasatan rapi,”katanya.

Laman web Free Malaysia Today melaporkan pendedahan terbaru dari bekas anggota Cawangan Khas ini. Bala dilaporkan sebagai berkata sejumlah RM5 juta ringgit ditawarkan kepadanya supaya menarik balik akuan bersumpah terhadap Perdana Menteri Najib Abdul Razak.

“Soalnya dinegara kita, bila bersangkut paut dengan pembesar UMNO, siasatan itu jadi remeh,”katanya.

Free Malaysia Today turut melaporkan bahawa saudagar permaidani bernama Deepak yang dikaitkan dengan isteri kepada Perdana Menteri, Rosmah Mansor, membuat sogokan itu.

Anwar bagaimanapun tidak mahu membuat sebarang spekulasi dan menyerahkan sepenuhnya kepada pihak bertanggungjawab untuk menyiasat.

“Saya tidak mahu buat apa-apa keputusan, berlaku adil dan buat siasatan rapi oleh pasukan yang professional dan bebas,”katanya.

(TVS)

14 November 2009

Zaid Ibrahim: PR Malaysia & Realiti Politik Semasa

Satu wadah politik yang bernama Pakatan Rakyat Malaysia telah pun dikemukakan permohonan untuk kelulusan Pendaftar Pertubuhan 10 hari yang lalu. Saya amat gembira dengan perkembangan ini; maklumlah ini adalah julung kali tiga parti pembangkang terbesar di tanah air kita bersetuju untuk bersatu di bawah satu kerangka yang sah serta mempunyai lambang dan matlamat perjuangan politik yang satu.

Namun, kegembiraan ini tidak pula dikongsi bersama oleh pucuk pimpinan Parti Keadilan Rakyat, Parti Islam Se-Malaysia dan Parti Tindakan Demokratik. Tidak ada langsung kenyataan yang memberangsangkan dari pimpinan tertinggi ketiga-tiga parti itu. Mereka seolah-olah tidak mahu perkara ini dihebohkan kepada orang ramai. Tak tahu lah saya sama ada ini strategi politik masing-masing; hanya mereka sahaja lah yang mengetahui sebab-musababnya.

Sebaliknya yang dihebohkan kepada awam adalah kenyataan seorang dua pemimpin kanan PKR yang bersungguh-sungguh mahu menjelaskan kepada orang-ramai bahawa saya bukan lah Pengerusi Pakatan Rakyat Malaysia. Mereka menjelaskan nama saya sebagai pengerusi “protem” ini hanyalah untuk tujuan pendaftaran. Ribuan terima kasih saya ucapkan kepada mereka kerana gigih berusaha membuat penjelasan itu.

Saya percaya rakyat Malaysia yang bijaksana sudah pun sedia maklum yang permohonan pendaftaran sesebuah pertubuhan memang memerlukan beberapa pegawai penaja untuk memenuhi syarat pendaftaran. Sudah tentu tak masuk akal kalau saya yang menjadi “ketua” kepada pemimpin-pemimpin besar seperti Anwar Ibrahim, Abdul Hadi Awang dan Lim Kit Siang.

Yang rakyat ingin dengar tetapi tak diterangkan ialah tujuan dan harapan penubuhan Pakatan Rakyat Malaysia sebagai alternatif kepada Barisan Nasional. Bagi saya penjelasan tentang isi lebih penting daripada bercakap soal kulit. Saya pasti rakyat ingin tahu matlamat, wawasan dan strategi bersama Pakatan Rakyat Malaysia.

Bercakap mengenai strategi politik, saya bukan pakar atau ada apa-apa agenda tersendiri. Saya sekadar ingin melihat satu perancangan dari parti-parti pembangkang yang harus diketahui oleh rakyat; tentang bagaimana pelan tindakan mereka untuk menggantikan BN sebagai kerajaan pusat yang benar-benar berkhidmat untuk rakyat. Buat masa ini pelan itu, kalau pun ada, masih tidak jelas.

Mungkin ada beberapa tindakan yang boleh dipertimbangkan. Misalnya, para pemimpin Pakatan sepatutnya berusaha lebih gigih dan bersungguh-sungguh supaya pemimpin politik seperti Tengku Razaleigh Hamzah masuk gelanggang bersama-sama dengan mereka.Pasukan Pakatan tentu masih memerlukan beberapa orang ’striker’ lain dari yang ada sekarang untok memperkuatkan pasukan.Ku Li memang orang lama; tetapi ada integriti dan pandangan politik nya kontemporari.

Beliau tidak semestinya melompat parti kerana perjuangan untuk matlamat yang sama boleh diwujudkan melalui kerjasama yang lebih rapat. Ini boleh dilakukan dengan mengadakan ceramah dan kempen bersama. Saya sedar Ku Li masih mempunyai impian untuk memulihkan UMNO, iaitu menghidupkan semula UMNO asal yang telah mati (dan kemudiannya menjadi alat untuk kroni-kroni parti dengan masalah politik wang dan rasuah). Bagi saya tidak ada salahnya kerjasama seperti itu kerana hasrat bersama kita ialah membuat pembaharuan ke arah sistem pemerintah yang bersih, cekap dan tidak rasuah.

Untuk menjayakan usaha ini, ia memerlukan “pengorbanan” dari Anwar Ibrahim. Abdul Hadi Awang juga boleh membuat sumbangan besar dengan meminta Tok Guru Nik Aziz untuk menjadi Ketua atau Pengurusi kepada Pakatan Rakyat; sama seperti Mahatma Gandhi yang menjadi “spiritual leader” kepada parti Kongres India.

Lim Kit Siang pula boleh membuktikan semangat “statesmanship” dengan bersetuju dengan cadaangan ini serta menjadi penasihat dalam hal-hal demokrasi dan hak asasi. Sekali gus tindakan ini akan melenyapkan sebarang agenda “unity government” dengan UMNO.

Satu lagi perkara yang perlu diberi pertimbangan serius adalah mengkaji semula impian yang terlalu tinggi untuk menang besar di Sabah dan Sarawak. Realiti politik menunjukkan ia adalah usaha yang amat berat. Kesan buruknya sudah pun kelihatan sekarang apabila berlaku perebutan kerusi, sama seperti dalam pilihan raya umum 2008.

Hakikat politik juga menunjukan bahawa adalah lebih baik jika Pakatan memainkan peranan dengan memberi sokongan padu kepada parti-parti tempatan yang sehaluan dengan Pakatan di Sabah dan Sarawak. Ini bukan sahaja langkah yang dilihat sebagai menghormati maruah dan kekuatan orang tempatan tetapi juga membawa kepada kesan yang lebih besar, iaitu membawa mereka bersama menjadi rakan kongsi dalam Pakatan. Bukankah ini lebih realistik?

Yang penting untuk menjadi ikatan kuat dalam Pakatan ialah kesanggupan semua pihak untuk bersetuju tanpa berdolak-dalik untuk memastikan wujudnya dasar-dasar negara yang baik dan dipersetujui bersama melalui perbincangan sebagai landasan perjuangan. Hanya gabungan besar atau “grand coalition” seperti ini mampu mengatasi gergasi BN.

Sebaliknya jika para pemimpin besar ketiga-tiga parti ini masih lagi merasakan mereka sudah cukup kuat dan hebat, dan memadai dengan meneruskan cara lama, iaitu melalui pakatan pilihan raya atau “electoral pact” semata-mata, saya yakin impian ke Putrajaya hanya akan kekal sebagai mimpi di siang hari.

Saya harap tidak ada sesiapa akan terasa hati dengan cadangan-cadangan saya atau menuduh saya mahu tunjuk pandai. Saya tidak ada niat sedemikian. Namun begitu, saya tetap dengan pendirian bahawa segala usaha perlu dilakukan oleh semua parti pembangkang dan individu dengan seberapa segera supaya hasrat rakyat yang mahukan perubahan dapat dicapai.

Jika masih ada di kalangan Pakatan yang cuma memberi keutamaan kepada kepentingan parti masing-masing atau kedudukan mereka diletakkan lebih tinggi dari kepentingan muafakat, saya anggap mereka ini sebenarnya bukan pejuang perubahan. Golongan ini hanya mahukan kuasa untuk diri mereka. Rakyat akan melihat golongan tak ada bezanya dengan pemimpin UMNO dan BN.

Kita masih dalam era reformasi. Ini bererti semua pihak mesti sanggup membuat pengorbanan. Pemimpin tidak boleh suruh rakyat berkorban jika mereka sendiri tidak mahu membuat apa-apa perubahan dalam diri sendiri. Rakyat sentiasa mengawasi tingkah-laku para pemimpin, terutamanya mereka yang sanggup menggagalkan usaha perubahan ini demi kekuatan kumpulan mereka. Jika para pemimpin ini masih berdegil dan mengikut kaedah lama, rakyat akan menghukum kita dalam pilihan raya umum akan datang.

(Dari blog Zaid Ibrahim- Tengku Razaleigh dan Pakatan)

Konvensyen PKR Negeri Kelantan

AHAD, 15 NOVEMBER 2009

DEWAN KELANTAN TRADE CENTRE

1.30 – 2.30 PTG – PENDAFTARAN

2.30 – 2..45 PTG – DOA

2.45 – 3.00 PTG – KATA-KATA ALUAN PENGERUSI MPN

3.00 – 3.30 PTG – PEMBENTANGAN KERTAS KERJA 1

3.30 – 4.00 PTG – PEMBENTANGAN KERTAS KERJA 2

4.00 – 4.30 PTG – SOAL JAWAB

4.30 – 5.00 PTG – REHAT DAN SOLAT ASAR

5.00 – 6.30 PTG – SESI KHAS DENGAN DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM

7.30 – 8.30 MLM – PERJUMPAAN TERTUTUP DSAI DENGAN MPN

9.00 – 12.00 MLM – CERAMAH PERDANA

TEMPAT: PUSAT TARBIAH ISLAM KELANTAN (PUTIK)

PENCERAMAH:

1) YB TUAN GURU NIK AZIZ NIK MAT

2) YB DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM

3) YB DATO’ HUSAM MUSA
4) YB DATO’ MOHD AMAR NIK ABDULLAH

13 November 2009

Bala Dedah Ditawar RM5 Juta

Penyiasat Persendirian, Balasubramaniam a/l Perumal tampil dalam satu klip video untuk mendedahkan bahawa dirinya telah ditawarkan RM5 juta oleh seorang peniaga bernama Deepak, agar menarik balik akuan sumpahnya yang mengaitkan Najib Abdul Razak dengan kes pembunuhan Altantuya.

Klip video ini disiarkan dalam Malaysia Today hari ini, dengan sarikata yang menyatakan bahawa Deepak ialah pengarah (director) Carpet Raya, sebuah syarikat yang dilaporkan berpendapatan RM122 juta. Syarikat tersebut dikatakan mendaftarkan alamatnya di Dataran Palma Ampang, Selangor, sementara pejabatnya beralamat di Mahkota Taman Maluri.

Malah, sari kata yang terpampang dalam klip video ini cuba mengaitkan Deepak dengan Rosmah Mansor, isteri Perdana Menteri. Balasubramaniam mendakwa bahawa Deepak datang berjumpa dengannya, selepas dirinya mengumumkan akuan sumpah pertamanya pada 3 Julai 2008.

Menurut Balasubramaniam, Deepak mahu Balasubramaniam menarik balik akuan sumpahnya. Malah, Deepak suruh Balasubramaniam mengikutnya ke Putrajaya, namun tidak menyebut siapa yang mahu Balasubramaniam ke Putrajaya. Seterusnya, Deepak menawarkan RM 5 juta untuk Balasubramaniam supaya menarik balik akuan sumpahnya.

Balasubramaniam (gambar kanan) ialah penyiasat persendirian yang diupah oleh Abd Razak Baginda, tertuduh yang ketiga dalam kes pembunuhan seorang wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu. Balasubramaniam telah membuat akuan sumpah pada 1 Julai 2008, mendedahkannya kemudian pada 3 Julai, dengan kandungan yang menggemparkan apabila mengaitkan Timbalan PM ketika itu (PM sekarang), Najib Razak dengan Altantuya.

Walau bagaimanapun, Balasubramaniam membuat akuan bersumpahnya yang kedua pada 4 Julai 2008, secara dramatiknya menarik balik tujuh perkara dalam akuan sumpah pertama yang berhubung kait dengan Najib Razak. Apa yang lebih mengejutkan, Balasubramaniam telah hilang bersama keluarganya selepas itu.

Abdul Razak Baginda yang selama ini dilihat sebagai orang rapat Najib Razak, dituduh bersubahat dalam kes pembunuhan Altantuya. Walau bagaimanapun, beliau dibebaskan setelah didapati tidak bersalah oleh mahkamah pada 31 Oktober 2008.

Najib Razak, Perdana Menteri ke-6 dipertikaikan oleh pembangkang ketika membincangkan kes pembunuhan Altantuya. Walau bagaimanapun, beliau pernah bersumpah dan mendakwa dirinya tidak mengenali Altantuya. Isterinya, Rosmah Mansor, juga berkali-kali menafikan bahawa dirinya terlibat dalam kes ini, malah menganggap tuduhan tersebut berunsur fitnah.

(MerdekaReview)




HIMPUNAN ARTIKEL-ARTIKEL SEBELUMNYA