Nama Ariffahmi telah menggegarkan Kelantan. Beliau merupakan menantu kepada TGNA dan

Ariffahmi sebelum ini telah menjadi sasaran BPR yang kini telah ditukar kepada SPRM. Walau bagaimanapun, Pengarah BPR Kelantan pada masa itu Mohd Jaafar Hussen mengesahkan kes berkenaan telah 'ditutup' kerana tiada asas yang mampu diketengahkan. Kini, dalam masa TGNA dan Dato' Husam diserang, Syed Azidi (Kickdefella) dipecat minggu lalu, SPRM kembali menyiasat Ariffahmi.

Dikhabarkan juga sudah beberapa kali TGNA menyarankan supaya Dato' Husam menandatangani surat bagi menggantikan beliau sebagai MB Kelantan. Namun, diatas faktor-faktor yang juga telah menyebabkan kemelut ini, Dato' Husam terpaksa menolaknya.
Sekiranya kemelut ini tidak diselesaikan dengan bijaksana..., kerajaan Kelantan bakal kehilangan seorang pemimpin yang mampu mengekalkan pemerintahan Islam dinegeri Serambi Mekah ini. Teringat pula sejarah semasa kejatuhan Empayar Islam Kerajaan Uthmaniyyah.
Tidak mustahil, kerajaan yang telah jelas menolak pemerintahan Islam UMNO Barisan Nasional akan berjaya menawan negeri Serambi Mekah yang penuh barakah ini kembali.
2 comments:
sejak bila Husam dioffer sign surat sbg pengganti TGNA?Oloh laa..nk bodek pun biar kena tempat gak...
Betul tu hj mahmud kata..walaupun ambo suko jugok ko husam tapi berito2 lagu nih..tak payah wak keluar lagi la..kena ingat husam tu ramai musuh dikalangan pas kelantan..keluar berito lagu nih soheh ore royak dari sumber husam.....berhati2 kalau nak memujipun.
Post a Comment