" Ya.. Allah.., berilah hidayat, hifazat dan maghfirahMu kepada pemimpin kami Imam Mahadi Al-Muntazar walau di mana baginda berada. Selamatkanlah baginda, bantulah baginda, begitu juga para pejuang Islam yang akan bergadai nyawa di sisinya. Ya.. Allah.., selamatkanlah seramai mungkin umat ini dari fitnah dan sihir Dajjal. Ya.. Allah.., bantulah kami menghadapi gelombang-gelombang ujian yang bakal mendatang "


INFO TERKINI GEMPA BUMI SABTU 3 MARCH 2012
8.20 pm -
Gempa bumi kuat bermagnitud 6.7 skala Richter telah berlaku di Tenggara Kepulauan Loyalty. Pusat gempa bumi tersebut terletak di latitud 22.1 Selatan longitud 170.5 Timur - 6403km Tenggara Tawau, Sabah :- JMM
PRO REFORM VIDEO - Piring Terbang..?

30 May 2009

Tamparan Buat Najib

Najib dan UBN menerima tamparan hebat di negeri Perlis akibat daripada ahli UMNO disana telah bertekad menyertai PKR.
PKR akan menubuhkan cawangan keenam di Parlimen Kangar, ekoran kemasukan 160 ahli baru. Majlis penyerahan borang keahlian kepada Ketua Umum PKR, DSAI, bersama dengan 470 ahli UMNO di DUN Kuala Perlis. Dalam majlis tersebut, DSAI turut memberi penerangan berhubung perjuangan PKR kepada ahli2 baru dan menggesa pengundi atas pagar menyokong parti itu.

Sehingga ini, sudah terdapat 3 cawangan PKR di Parlimen Kangar, 2 lagi cawangan PKR ialah masing2 satu di Padang Besar dan Arau. Kemasukan 630 ahli baru itu melebihi daripada jangkaan sebelum ini.

Tahniah kepada mereka yang telah berani keluar dari UMNO dan menyertai PKR. Dengan tindakan mereka ini, telah membuktikan bahawa UMNO sudah tidak relevan lagi sekarang. Rakyat Malaysia sudah berani membuat perubahan..........

29 May 2009

Jangan Cuba Sabotaj Kempen PR

Pengarah Pilihanraya Pusat Saifuddin Nasution Ismail
Memandangkan hanya calon bebas yang melawan PKR dalam PRK Dun N.12 Penanti ini, ada kemungkinan segelintir pengundi rasa tidak perlu keluar mengundi.

Kami ingin mengingatkan para pengundi Penanti bahawa PRK ini adalah amat penting dan bermakna. Kami berharap semua pengundi Penanti akan keluar untuk mengundi calon PKR pada hari pengundian untuk menghantar isyarat yang jelas, bahawa rakyat mahu satu kerajaan PR yang kukuh di negeri Pulau Pinang untuk meneruskan agenda perubahan yang dicerminkan oleh pencapaian2 kerajaan negeri sejak bulan Mac 2008.

Saya juga ingin mengingatkan bahawa pihak BN, walaupun tidak bertanding, tidak akan cuba mensabotaj usaha kempen PR, samada dengan menggunakan pihak polis, media arus perdana mahupun cara2 lain seperti memberi pelancongan percuma di luar kawasan Penanti pada hari pengundian.

Che GuBard Beri Keterangan Angkara Altantuya

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PKR, Badrul Hisham Shahrin (Che'GuBard) menghadirkan diri di IPD Bukit Mertajam di Bandar Baru Perda pukul 3.30 petang tadi untuk memberi kenyataan berhubung dakwaan terdapat beberapa laporan polis terhadap ucapan beliau semasa kempen PRK N12 Penanti baru2 ini.

Semalam beliau dihubungi oleh Pegawai Penyiasat Kanan IPD Seberang Perai Utara yang memberikan arahan supaya hadir memberikan kenyataan di IPD Bukit Mertajam secepat mungkin. Tengahari semalam kira2 pukul 2.30 petang sekumpulan anggota polis dikatakan telah pergi ke rumah beliau di Bangi dan Seremban.

Ini adalah angkara ceramah beliau bagi berkempen untuk calon PKR Mansor Othman, Che'GuBard dikatakan telah mengulas isu Najib yang dikaitkan dengan isu Altantuya dimedia antarabangsa.

Adik ipar beliau juga memberitahu polis telah menyampaikan amaran pada pukul 7 malam supaya Che'GuBard pergi ke IPD Bukit Mertajam kerana akan didakwa esok. Beliau didakwa melanggar undang2 yang disabitkan di bawah Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan dan Seksyen 500 (1)(b) Kanun Keseksaan.

Begitu cekap dan sepantas kilat PDRM bertindak, tahniah...!! Cuma, kehebatan mereka hanya melibatkan individu yang disebelah PR sahaja. Kalau laporan yang melibatkan individu yang disebelah BN, selembab kura2 merangkak mereka bertindak...!!!

Bukti Konspirasi Badan Kehakiman

Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin (MB Perak)
Berucap pada majlis penutup program puasa sunat dan mogok lapar

Kegagalan 3 hakim Mahkamah Rayuan sehingga kini untuk mengemukakan ulasan bertulis berhubung keputusan yang dicapai mereka 22 Mei lalu yang mengesahkan kedudukan Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir sebagai penyandang jawatan yang sah membuktikan konspirasi dalam badan kehakiman. Namun saya yakin keadilan dicari akan dapat diperolehi di Mahkamah Persekutuan nanti apabila rayuan dibuat.

Kita tidak mahu berpegang kepada kuasa yang diberikan mahkamah namun kita ke istana untuk mohon bubarkankan. Begitu juga sila Zambry ke Istana jumpa Tuanku untuk bubar DUN. Dalam tempoh sekarang, akhir2 ini dengan karenah UMNO/BN saya pun jadi marah, sampai mengigau saya marahkan kepada Speaker (Haram) Ganesan dalam tidur.

Rakan sejawat saya dari Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan isteri turut meraikan mereka yang berpuasa malah seluruh rakyat Pulau Pinang menyokong perjuangan PR di Perak. Saya juga ingin memaklumkan bahawa Lim Guan Eng akan melakukan perubahan kepada Jalan Tun Perak di Pulau Pinang sebagai peringatan untuk mengabdikan perjuangan rakyat di Perak.

Sebelum ini rakyat tidak merasa kehidupan rakyat pelbagai bangsa berlaku di Perak tetapi setelah kita memerintah Perak, ini yang UMNO cukup cemburu. Saya teringat sebelum ini saya dapati Dato' Ngeh cakap Bahasa Melayu pun tidak lancar, selepas bersama kita dalam PR dibuktikan malam ini dia bercakap dengan baik, kalau puluh tahun akan datang dia akan boleh hafal Quran dan hadis.

Kita kena berjaga-jaga dengan tohmahan DAP sebagai komunis, jangan termakan tohmahan ini. Kita ada prinsip dalam PR ini. Mudah-mudahan untuk menuntut pembubaran DUN Perak merebak ke seluruh dunia sehingga kepada pelajar2 kita di Timur Tengah menghantar memorandum supaya dibubarkan DUN. Semua pihak bersetuju, yang tidak setuju cuma UMNO kerana mereka tahu mereka akan kalah teruk.

28 May 2009

Bangunan Jaya Supermarket Runtuh

UPDATE: Sehingga ke jam 10.45 malam ini, 2 telah di laporkan meniggal dunia dan 5 orang masih lagi terperangkap. Seorang mangsa telah di selamatkan pada jam 6 petang tadi dan di bawa terus ke Hospital Universiti. Namun mangsa ketiga yang berjaya di keluarkan pada jam 6.45 petang telah meninggal dunia sejurus selepas itu. Mayat ke 2 pula dikeluarkan pada jam 10.30 malam tadi. Dilapurkan terdapat 9 kakitangan, kesemuanya adalah warga Indonesia ketika bangunan itu runtuh pada jam 4.45 petang.

Sebelumnya:
Seorang pekerja mati tertimbus manakala sekurang-kurangnya enam orang terperangkap di bawah runtuhan bangunan lama pusat membeli-belah utama Jaya Supermarket di Seksyen 14, Petaling Jaya. Kejadian berlaku ketika operasi meruntuhkan bangunan itu bertukar tragedi petang tadi. Bangunan berkenaan diruntuhkan untuk diganti dengan projek pembinaan baru.

Bomba menerima panggilan pada pukul 5.08 petang dan tiba di tempat kejadian 3 minit kemudian. Kira2 100 anggota Jabatan Pertahanan Awam terbabit dalam usaha mencari dan menyelamat mangsa yang terperangkap.

Keluar Beramai-Ramai Undi Calon PR

Tuan Guru Nik Aziz (TGNA)
Marilah kita bersama-sama keluar tidak kira PAS, PKR, DAP, UMNO dan lain-lain parti atau orang yang tidak berparti beri sokongan pada Dr Mansor (DUN Penanti). Biar PR menang untuk membolehkan pentadbiran berjalan dengan sempurna.

Jangan sekali-kali terjerat dengan dakwaan mengatakan tidak payah turun mengundi berikutan sudah menang tanpa cabaran BN sebaliknya bertekad daripada hari ini lagi untuk terus menjatuhkan BN. Buatlah keputusan dengan mengekalkan sokongan pada PR. Jangan ubah atau keliru dengan serangan halus BN supaya rakyat tidak turun mengundi. Bila kita ikut pasti kita kalah.

Sejak kebelakangan ini, keretakan berlaku pada BN di mana banyak parti komponen telah berani bersuara terutama di era kepimpinan Tun Abdullah berbanding Tun Mahathir dan kini Dato' Seri Najib terpaksa membendung daripada parah.

Pertikaman lidah berkaitan kemelut di Perak katanya, juga terdapat perbalahan apabila MCA dan Gerakan mahukan ia diselesaikan dengan menyerah mandat pada rakyat semula tetapi UMNO tidak setuju bimbang rakyat menghukum parti tersebut. Begitu juga dengan PPP yang kini berpecah 2 dan mempunyai dua Presiden. Perpecahan itu menyaksikan perebutan kuasa antara yang haram dan sah.

AMK S'gor Dakwa Isu PKM Dipolitikkan

Khairul Anuar Bin Ahmad Zainuddin (Ketua AMK Selangor)
AMK Selangor membidas pihak2 tertentu yang dilihat telah mempolitikkan isu mengenai kembalinya ancaman Parti Komunis Malaya (PKM) berhubung saranan supaya bekas pemimpin PKM, Chin Peng dibenarkankan pulang ke Malaysia.

Ia hanyalah mainan politik pihak2 tertentu untuk mengembalikan sokongan rakyat setelah isu2 mengenai ketuanan Melayu, DEB, sensitiviti umat Islam, liberalisasi perdagangan dan konsep 1 Malaysia telah gagal mengembalikan sokongan rakyat.

AMK Selangor berharap isu membawa pulang bekas ketua PKM itu tidak menjadi satu lagi isu sensasi politik pihak2 tertentu yang semakin hilang sokongan rakyat. Amat jelas isu ini sudah lama selesai dan tidak perlu ditimbulkan semula lagi. Kini rakyat Malaysia lebih bijak dan pintar dalam menganalisis sesuatu isu melalui perkembangan semasa revolusi maklumat global.

AMK Selangor menggesa kerajaan semasa agar memberikan penumpuan dan fokus khas kepada pemulihan dan pembaharuan ekonomi. Laporan terkini berkenaan KDNK negara serta data dan statistik ekonomi negara yang tidak memberangsangkan, perlu diambil perhatian dan tindakan perlaksanaan yang pantas.

AMK Selangor juga mempertikaikan tindakan pantas pihak kerajaan yang dilihat begitu cepat meminta bantuan Interpol untuk mengesan dan membawa pulang Raja Petra Kamaruddin (RPK). Sedangkan isu akuan bersumpah (penyiasat persendirian) P Balasubramaniam seolah-olah tiada berita dan perkembangan terkini.

Dengan ini, AMK Selangor menggesa kerajaan dan pihak polis supaya membawa pulang seberapa segera Balasubramaniam bagi membantu siasatan kes pembunuhan Altantuya Shaaribuu melalui akuan bersumpahnya yang bertarikh 1 Julai 2008.

PRK DUN Manek Urai 14 Julai

PRK DUN Manek Urai, Kelantan ditetapkan pada 14 Julai ini, sementara penamaan calonnya jatuh pada 6 Julai. Demikian diumumkan oleh SPR di Putrajaya sebentar tadi. Pilihanraya ini diadakan berikutan kekosongan kerusi berkenaan apabila penyandangnya Ismail Yaakob meninggal dunia, akibat sakit jantung, 22 Mei lalu. Seramai 12,293 pemilih termasuk 25 pemilih pos dijangka membuang undi dalam kerusi kawasan pedalaman itu di kawasan parlimen Kuala Krai. SPR akan menggunakan daftar pemilih yang dikemaskini sehingga Jumaat lalu.

27 May 2009

ADUN Bebas Terima RM3 Juta Daripada Najib?

Salah seorang bekas exco PR yang menjadi ADUN Bebas di dakwa telah menerima habuan sebanyak RM3 juta daripada Perdana Menteri Najib Razak kerana keluar daripada PKR dan menyokong BN.

Ahli Parlimen Gopeng Dr Lee Boon Chye ketika mendedahkan perkara tersebut semasa berucap di Bukit Mertajam semalam berkata bekas exco itu telah menceritakan mengenai bayaran yang diterima beliau kepada seorang kawan yang dipercayai. Malah Dr Lee berkata bekas exco tersebut juga merungut mengenai cara pembayaran dibuat, kerana Najib hanya membayar beliau secara ansuran dwi bulanan sebanyak RM100,000.

Beliau yang juga Naib Presiden PKR berkata rasuah sebanyak RM3 juta tersebut diberi atas pesefahaman tuduhan rasuah terhadap bekas ecxo itu akan digugurkan sekiranya menyokong UMNO/BN.

"Kita akan tunggu dan lihat sama ada dakwaan ini benar atau tidak. Kita akan ketahui daripada apa yang bakal berlaku apabila mereka ke mahkamah sekali lagi (sama ada tuduhan digugurkan)," kata beliau pada satu majlis makan malam semalam.

Dr Lee berkata lagi beberapa badan bukan kerajaan Melayu telah mendedahkan informasi tersebut minggu lepas dan mendesak supaya satu suruhanjaya diraja ditubuhkan bagi menyiasat dakwaan tersebut dan beliau yakin beberapa saksi akan dipanggil untuk memberi keterangan.

DSAI Saman Anifah RM100 Juta

Hari ini DSAI telah memfailkan saman RM100 juta terhadap Menteri Luar, Anifah Aman berhubung dakwaan beliau bahawa DSAI telah menawarkan jawatan TPM sekiranya beliau melompat daripada BN dan menyertai PR.

Anifah dikatakan membuat dakwaan tersebut di Washington ketika mengadakan sidang akhbar bersama-sama Setiausaha Negara Amerika, Hilary Clinton di pejabat beliau 16 Mei lalu.

DSAI menafikan sekeras-kerasnya dakwaan Anifah tersebut dan telah mengarahkan peguam beliau, Sankara Nair menuntut supaya Menteri Luar tersebut memohon maaf secara terbuka dan menarik balik tuduhan beliau. Namun Anifah enggan berbuat demikian. Sankara menfailkan saman tersebut di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur di Jalan Duta tengahari tadi.

26 May 2009

Penjelasan 2 Ahli MPT PKR

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Keadilan, Cheah Kah Ping berkata beliau tidak menduga perbualan beliau dan Aminah Abdullah dirancang dan dirakam untuk tujuan kempen pilihanraya di Penanti.

Cheah yang telah bertemu dengan Aminah pada 13 Mei lalu atas jemputan kawannya Peter Chin untuk kerumah Aminah atas alasan bertemu kawan lama sambil minum petang membuat kenyataan tersebut selepas mengadakan sidang media di sini.

“Saya telah mengenali Puan Aminah sejak 1999 dan kami sangat berkawan baik. Saya pergi jumpa Puan Aminah yang sebelum ini saya panggil kak aminah bukan atas kapasiti politik atau mewakili mana-mana pertubuhan tetapi atas dasar kawan dan rakan dan saya juga tahu ada ura-ura beliau akan bertanding di Penanti.

“Jadi saya fikir mungkin kami dapat berbual panjang lebar kerana lama tidak berjumpa. Bersembang dan bergurau antara kami sememangnya perkara biasa kerana kami telah kenal hampir 10 tahun.

“Dalam perbualan adalah suatu perkara biasa bila bercakap dalam pelbagai nada dan suasana dan Aminah juga ada menyatakan pendirian beliau untuk kembali kepada keadilan tetapi dalam rakaman tersebut perkara itu telah di edit dan dikeluarkan,”Jelas Cheah

Menurut Cheah beliau tidak berniat apa-apa untuk menyinggung atau mengatakan sesuatu yang tidak baik terhadap kawan baiknya itu kerana masih menganggap Aminah sebagai rakan lama walaupun berbeza pandangan politik.

“Saya tidak mahu membuat sesuatu kenyataan yang boleh menjejaskan hubungan persahabatan kami walaupon beliau telah bertindak merakam perbualan dan mengedarkannya kepada tatapan umum untuk kepentingan politik beliau (Aminah).

“Saya tidak marah kepada Aminah kerana kedatangan saya kerumah beliau adalah atas undangan beliau dan saya juga menerima undangan sambil minum petang itu dalam suasana keceriaan kerana kedatangan saya bukan atas arahan politik tetapi atas dasar saya menjenguk teman lama saya dalam perjuangan dulu.

“Dan perbincangan yang saya anggap sebagai sembang-sembang kosong itu merangkumi pelbagai tajuk dan isu yang terdapat didalamnya pelbagai senda gurau yang kadangkala tidak ada realitinya tetapi sengaja dijadikan bahan perbualan,” kata Cheah lagi.

Cheah turut menambah bahawa beliau tetap menghormati rakan lama dalam perjuangan itu dan akan terus menjalin hubungan persahabatan dengan Aminah selepas ini samaada Aminah menang tau kalah dalam pilihanraya kecil di Penanti pada 31 Mei ini.

(Suara keADILan)

PKR: Aminah Peralatkan 2 Kawan

Calon bebas Aminah Abdullah memerangkap 2 kenalan beliau dari PKR dengan menjemput mereka untuk makan tengah hari dan kemudian merakamkan perbualan peribadi antara mereka untuk dijadikan senjata politik bagi menfitnah PKR.

Pengarah Pilihanraya PKR Saiffudin Nasution berkata Aminah, bekas pemimpin PKR di Pulau Pinang, sememangnya mempunyai hubungan baik dengan dua ahli berkenaan. 2 ahli PKR itu telah menerima undangan Aminah untuk makan tengah hari seperti lazimnya.

Namun kali ini, Aminah bertindak merakamkan perbualan mereka untuk digunakan sebagai modal bagi meraih undi pada PRK Penanti Ahad ini. Aminah jelas bertindak tidak iklas terhadap dua rakannya itu, semata-mata dalam cubaan untuk menfitnah PKR.

Saifuddin sekali lagi menegaskan bahawa PKR tidak pernah menawarkan sebarang imbuhan kepada Aminah dan segala perbualan yang dirujuk oleh calon bebas itu adalah bersifat peribadi antara beliau dan dua kenalannya itu.

Namun pemerhati politik berpendapat, tidak masuk akal untuk PKR membuat tawaran seperti mana yang di dakwa oleh Aminah semalam, kerana parti itu dalam keadaan selesa untuk mengekalkan kerusi Penanti. Tambahan pula Aminah tidak mempunyai sokongan akar umbi di Penanti yang merupakan kubu kuat PKR dan Pakatan Rakyat.

Saifuddin berkata PKR akan membuat kenyataan lebih menyeluruh selepas peguam PKR selesai meneliti rakaman audio perbualan tiga jam antara Aminah dan dua kenalannya itu. PKR juga akan menunggu SPRM menyelesaikan siasatan bersabit tuduhan Aminah itu.

PKR berpendirian dakwaan Aminah itu bersifat fitnah yang bertujuan mencemar PKR dan cubaan terdesak oleh beliau untuk meraih sokongan pengundi.

PKR pagi ini telah menghantar notis guaman kepada Aminah, menuntut beliau memohon maaf kepada PKR dan berhenti mengaitkan parti itu kepada perbualan peribadi yang di rakamnya itu. Setelah mendengar rakaman itu, beliau secara peribadi berpendapat Aminah menunjukkan minat mahu kembali ke pangkuan PKR.



Raja Petra Diserang Bertubi-tubi

Selepas kita mendengar berita RPK menerima waran tangkap yang pertama, baru2 ini media arus perdana telah membawakan satu berita 'sensasi' bahawa anak RPK pula telah terlibat dengan kes jenayah.

Adakah kes ini secara kebetulan ataupun ianya sebagai satu cara bagi memanggil balik RPK bersama isteri ke Malaysia bagi melanyak beliau habis-habisan dan selepas pada itu menghumbankan beliau kedalam penjara dalam satu jangka masa yang lama?

Hari ini RPK telah menerima satu lagi waran tangkap setelah tidak hadir perbicaraan kes fitnah Rosmah. Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur juga mengeluarkan arahan tunjuk sebab kepada isteri beliau Marina Lee Abdullah yang bertindak sebagai penjamin.

Mungkin bagi mereka (sang penguasa), individu yang 'wajib dimatikan watak' sekarang ini ialah RPK dan DSAI. Ini adalah 'plan' bagi menjamin kuasa mereka akan terus kekal dan pekong penyalahgunaan kuasa mereka tidak dapat dijadikan satu kesalahan.

Polis Beraksi Lagi!

Polis menahan 5 orang daripada sebuah syarikat pengendalian acara apabila mereka sedang mendirikan khemah bagi perasmian puasa sunat dan mogok lapar di hadapan Wisma DAP di Ipoh serta merampas sebuah belon gergasi yang bernilai kira2 RM2000 yang terpapar tulisan Daulat Tuanku pagi tadi.

Majlis tersebut dijangka dirasmikan oleh MB Datuk Seri Nizar Jamaluddin dan Speaker V. Sivakumar. Rakyat Perak diseru beramai-ramai menyertai puasa sunat dan mogok lapar yang akan diadakan selama 3 hari sehingga hari Khamis bagi tujuan meneruskan desakan pembubaran DUN. Gangguan polis terhadap acara berorientasikan rakyat hari ini adalah yang terbaru.

25 May 2009

Tengku Mahkota Kelantan Dilantik Pemangku Raja

Tengku Mahkota Kelantan kini dilantik sebagai Pemangku Raja memandangkan Sultan Kelantan, Tuanku Ismail Petra Ibni Almarhum Sultan Yahya Petra sedang gering. Tengku Muhammad Faris Petra menjalankan tugas Sultan mengikut perenggan (b) Fasal (1) dan (3) Perkara 22A Undang-undang Tubuh Kerajaan Kelantan (Bahagian Yang Kedua).

Pelantikan tersebut berkuatkuasa pada 24 Mei 2009 sehingga Tuanku Ismail Petra sembuh daripada kegeringan. Pengisytiharan mengenai perkara itu dibuat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan, Dato’ Mohd Aiseri Alias dalam satu kenyataan kepada media di sini, semalam.

“Hendaklah ada satu pangkuan Raja di dalam negeri apabila Sultan gering dan tidak boleh menjalankan tugas menjaga hal ehwal negeri, maka Majlis Perajaan Negeri hendaklah melantik seorang Pemangku Raja atau satu Majlis Pangkuan Raja,” katanya

Kelmarin Majlis Perajaan Negeri mengadakan mesyuarat di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri bersetuju melantik Tengku Muhammad Faris, iaitu anakanda sulung kepada Sultan Kelantan sebagai Pemangku Raja.

Sultan Kelantan dimasukkan ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian sejak 14 Mei lepas bagi menjalani rawatan setelah mengadu mengalami masalah pernafasan. Baginda kemudian didapati mengalami masalah jantung. Bagaimanapun semalam baginda dihantar untuk rawatan lanjut di Hospital Mount Elizabeth, Singapura.

(Harakahdaily)


Che Minah Dah Buat Gempar!

Calon Bebas, Aminah Abdullah mendedahkan beliau ditawarkan ganjaran RM80,000 oleh PKR supaya menarik diri daripada bertanding pada PRK DUN Penanti. Woii..., banyak tu.... Apasal pada proses yang digembar-gemburkan pasal acara lompatan besar-besaran Ahli Parlimen BN ke PR pada 16 Sept dulu, PKR tak pula menggunakan sistem ini?

Che Minah juga berkata selain daripada tawaran ganti rugi wang perbelanjaan bagi kegunaan pilihan raya, PKR juga menjanjikan untuk membayar kembali wang deposit sebanyak RM5,000 kepadanya.

Beliau didatangi oleh 2 orang wakil PKR iaitu Pegawai Khas kepada Exco PKR Pulau Pinang dan seorang Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PKR negeri pada 13 Mei lalu bagi membincangkan mengenai tawaran tersebut. Beliau juga mendakwa kehadiran 2 wakil tersebut mendapat restu daripada Penasihat PKR, DSAI.

Jelasnya selain tawaran agar beliau menarik diri, wakil tersebut juga memberikan tawaran alternatif kepadanya iaitu berupa jawatan Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang dan Yang Dipertua Majlis (YDP) Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) sekiranya beliau menang pada PRK ini.

Woii..., Che Minah, sapa yang nak pakai cerita karut hang tu...?? Apakah hang rasa yang hang tu hebat sangat kah.., sampai PKR nak beli hang, sedangkan yang lebih arif lagi berkelayakan menggunakan sistem ini adalah UBN sahaja??? Lagikan UBN yang masih berkuasa dibumi Malaysia ini pun dah takut nak masuk gelanggang, apakah kelas hang untuk PKR membeli hang??

Pengarah Pilihanraya PKR Saifuddin Nasution Ismail berkata, parti itu akan menghantar surat peguamnya kepada Aminah agar menarik balik tuduhan tersebut dan meminta maaf. Diharapkan PKR akan mengambil tindakan yang sewajarnya diatas tuduhan yang telah dibuat oleh Che Minah ini sekiranya beliau engggan berbuat demikian. Mungkin beliau berani oleh kerana ada kuasa 'ghaib' yang takut untuk berentap secara 'anak jantan'.

VIDEO KEMPEN DI PENANTI 24 MEI

Siri Lawak 'Badut Nasional'

Siri teater 'lawak nasional' sudah bermula untuk musim baru. Watak utama teater komedi ini tidak lain tidak bukan dipegang dan dilakonkan oleh Badut Nasional atau nama pendeknya BN memang pelakon yang handal sejak mula menceburi bidang teater lawak ini lebih lima dekad yang lalu.

Selama tempoh yang panjang itu lebih tepat lagi sejak zaman merdeka watak BN ini telah dipegang oleh beberapa tokoh lawak yang berbeza-beza kemampuannya sebagai pelawak. Ada pelawak yang agak banyak jasanya kepada seni teater lawak, ada juga pelawak yang gila kuasa sebab tidak mahu orang lain mengambil tempatnya. Baru2 ini setelah seorang pelawak yang agak singkat jangka waktu ia memegang watak BN, seorang lagi dinobatkan sebagai BN.


Badut Nasional yang baru ini lagi 'gila kuasa' walaupun dia mengaku kepada rakyat yang menonton teater lawaknya bahawa dia bukan seorang yang gila kuasa. Kata BN ini lagi kuasa hanya beliau perlukan untuk berkhidmat kepada rakyat. Maknanya BN ini mahukan kuasa hanya untuk membolehkan ia melakonkan lawaknya dengan lebih efektif, tidak lebih daripada itu.

Hampir 4 bulan yang lalu BN ini telah membuat satu teater lawak di negeri yang bernama Perak.Pada kala itu negeri bernama Perak ditadbir oleh lawan kepada BN yang bergelar PR. PR ini telah dipilih oleh rakyat negeri bernama Perak itu dalam satu proses yang demokratik, telus serta benar2 mencerminkan aspirasi dan cita2 rakyat yang mahukan perubahan.

Ini kerana sebelum itu lebih tepat lagi sejak zaman merdeka negeri berama Perak ini diperintah oleh kaum kerabat dan kuncu2 BN tetapi rakyat sudah menyampah dan mual dengan sikap kaum kerabat dan kuncu2 BN ini yang tamak dan rakus kuasa ditambah pula dengan amalan rasuah yang bermaharajalela di negeri mereka.

Maka pada pilihan raya umum anjuran agensi di bawah BN bernama SPR, rakyat telah bangun menggunakan kuasa ditangan mereka untuk menumbangkan kekuasaan kaum kerabat dan kuncu2 BN. Bukan kepalang marahnya BN apabila negeri bernama Perak jatuh kepada lawannya bernama PR.

BN tidak dapat menerima kekalahan yang begitu pahit baginya, lebih pahit daripada hempedu. Hempedu pun tidak sepahit kekalahan BN di negeri bernama Perak. Yang lebih memahit dan memilukan lagi kepada BN empat buah negeri lain juga turut jatuh ke tangan PR. Bertambah peritlah lagi penyeksaan zahir dan batin BN apabila lima negeri mennyahkan kaum kerabat dan kuncu-kuncu BN daripada tampuk pemerintahan.

Semenjak daripada itu BN tidak berputus asa dan sentiasa memikir dan berusaha bagaimana BN mendapatkan semula negeri2 yang jatuh ke tangan PR ke tangannya semula. Maka BN telah memilih negeri bernama Perak untuk memulakan projek teater lawaknya. Sebagai permulaan lakonan lawaknya BN mencuri 3 daripada menteri PR. Mereka bertiga ini hilang beberapa hari tanpa berita dan khabar tetapi dalam setiap lakonan mesti ada elemen kekejutannya.

Maka rakyat negeri bernama Perak dikejutkan dengan kemunculan 3 orang menteri PR tersebut di istana BN. Berdiri di sisi BN mereka bertiga tersenyum lebar daru telinga ke telinga kerana sesungguhnya BN telah menawan hati mereka dengan lakonan lawaknya yang maha hebat.

BN tidak berpuas hati sekadar mencuri 3 orang menteri PR. Dia bergegas ke istana mengadap Al Sultan dengan membawa bukti hidup kepada baginda bahawa ketiga-tiga menteri PR itu telah menyeberang daripada PR untuk menyokong BN.

Dipendekkan ceritera hikayat lawak BN maka Al Sultan pun memperkenankan calon BN untuk menjadi MB menggantikan MB PR. Lakonan BN yang amat menyakinkan Al Sultan itu bagaimanapun dihidu rakyat jelata dan lantas mereka tidak mahu lagi menonton teater lawak BN. Malah mereka saban hari terus mendesak supaya BN mengembalikan hak mereka yang telah dirampas BN. BN tetap tidak mahu mengaku kalah lalu digunakanlah segala apparatus negara yang ada untuk mendokong lakonan lawaknya yang sudah menjadi basi dan tidak laku.

Negeri bernama Perak tidak tenteram, rakyatnya sugul dan bersedih atas apa yang menimpa negeri mereka. seperti todak melanggar Pulau Singapura, ibarat dilanda burung garuda. Demi mempertahankan hak rakyat yang dicabul, MB PR pun berjuang untuk mendapatkan haknya kembali melalui mahkamah yang hakim-hakimnya semua adalah lantikan BN. Baru2 ini BN berjaya mendapatkan keputusan yang memihak kepadanya dan mahkamah pun terus memberi nyawa kepada MB BN untuk terus bernafas.

Rakyat terus dirundung malang dan derita kerana hak mereka agar PR terus memerintah negeri bernama Perak dihampakan dengan kelicikan lakonan lawak BN. Maka sehingga kini rakyat negeri bernama Perak berduka nestapa, berpuasa dan bermogok lapar agar hasrat dan doa mereka dimakbulkan. Mereka terpaksa menerima hakikat di negeri bernama Perak kini ada 2 MB dan 2 Speaker.

Dalam pada BN sibuk melakonkan lawaknya di negeri bernama Perak, kaum kerabat dan kuncu2 BN mendapat ilham untuk meniru lakonan hebat BN itu kerana bagi mereka BN adalah idola mereka. Maka kaum kerabat BN bernama PPP mahu menjadi pelawak yang hebat juga. Semalam mereka telah mementaskan teater lawak yang seakan-akan sama dengan lakonan lawak di negeri bernama Perak hanya pada skala yang lebih kecil.

Kaum kerabat BN bernama PPP telah memecat penyadang ketua lama dan melantik ketua baru. Maka melentinglah ketua lama mengatakan apa yang dilakukan oleh ketua baru menyalahi peraturan parti dan undang2 manakala ketua baru pula ketua lama sudah dipecat kerana di telah dilantik secara sah oleh penyokong-penyokongnya.

Minggu lalu ketua lama pecat ketua baru minggu ini pula si baru pecat si lama. Ketua baru bukan sahaja pecat ketua lama sahaja, seluruh ahli majlis tertinggi ketua lama juga turut ditendang keluar. Tapi kaum kerabat BN bernama PPP ini baik sedikit daripada BN. Sekurang-kurang ketua baru buang ketua lama menerusi proses yang lebih demokratik iaitu melalui undi tidak percaya.

Di negeri bernama Perak nyawa MB BN ditentukan oleh mahkamah dan hidupnya pun hasil rampasan daripada PR. Jadi PPP lebih bermaruah daripada BN. Ketua lama kata ketua baru tidak sah bermakna PPP sekarang ada Ketua Sah dan Ketua Haram macam juga negeri bernama Perak, satu MB PR Sah dan satu MB BN Haram, juga satu Speaker PR Sah dan satu Speaker BN Haram.

Nampaknya cepat betul penyakit yang di bawa BN dari negeri bernama Perak berjangkit kepada kaum kerabat dan kuncu2 BN. Selepas ini tidak tahu kaum kerabat dan kuncu2 mana pula yang akan dapat penyakit BN. Harap-harap tidak epidemik dan cepat merebak seperti selsema babi.

Tidak mengejutkan selepas ini kaum kerabat BN bernama PPP juga akan mengikut jejak langkah BN menggunakan apparatus mahkamah untuk saling berhujah bahawa dialah ketua yang asli dan absah. Tidak boleh disalahkan kaum kerabat BN bernama PPP kerana bertindak demikian sebab sudah diajar sedemikian rupa oleh BN.

Kalau PPP masih tidak tahu caranya belajarlah daripada mahaguru BN. Maka bermulalah episod baru dalam siri teater lawak Badut Nasional. Tidak mengejutkan selepas ini rakyat akan terus dihiburkan dengan kemunculan badut2 baru yang semuanya mahu pengiktirafan nasional.

(TVA)


Sejak Merdeka, Hanya 3 Hakim Yang Berani

Profesor Dr Abdul Aziz Bari

KEPUTUSAN Mahkamah Rayuan Khamis lalu yang membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi lansung tidak memeranjatkan. Tetapi, penghakiman 5 minit itu sungguh memeranjatkan banyak kalangan. Buat masa ini saya fikir kita belum perlu untuk membuat komen yang menyentuh aspek teknikal penghakiman Raus Sharif kerana beliau sendiri pun belum memberi penghakiman bertulis.

Bagaimanapun, keputusan itu tidak terlalu memeranjatkan kerana sejak merdeka hanya ada 3 orang hakim yang berani membuat keputusan yang tidak menyebelahi parti yang didokong oleh kerajaan pusat. Itu pun keputusan Mahkamah Tinggi dan ada yang memprovok Kerajaan Persekutuan mengisytiharkan darurat.

Keputusan2 yang menentang Kerajaan Pusat di buat dalam kes
-Stephen Kalong Ningkan di Sarawak (1966),
-Joseph Pairin Kitingan di Sabah (1986)
-Nizar Jamaluddin di Perak (2008).

Sejak Februari lalu, kebanyakan hakim memberi keputusan yang menyebelahi UMNO termasuk keputusan Mahkamah Persekutuan yang bertentangan dengan peruntukan perlembagaan yakni Perkara 72(1). Ertinya, kita perlu sedar bahawa bukan semua keputusan mahkamah selaras dengan kehendak dan semangat perlembagaan.

Meskipun Zambry diputuskan oleh Mahkamah Rayuan sebagai sah, tetapi kedudukan Speaker Ganesan tetap haram kerana cara perlantikannya melanggar peraturan dewan.

Saya berasa aneh, mengapa Mahkamah Rayuan menyebut soal mandatori (kewajipan termesti) dalam soal undi tidak percaya. Memang perlembagaan tidak mewajibkan begitu tetapi undi tidak percaya adalah cara yang terbaik kerana ia selamat dari manipulasi.

Keputusan Mahkamah Rayuan tidak membantu memperkasa demokrasi. Ia juga tidak selaras dengan kedudukan eksekutif di dalam sistem demokrasi berparlimen yang mesti mempunyai sokongan majoriti di dalam dewan. Didalam keadaan undi tidak percaya tidak dihalang ia perlu dilakukan. Mahkamah sepatutnya memperkasa keperluan undi tidak percaya ini dan bukan sebaliknya.

Raus mempunyai tugas berat untuk meyakinkan mengapa beliau memutuskan bahawa MB yang ada boleh disingkirkan tanpa undi tidak percaya. Keputusan Mahkamah Rayuan itu akan membawa kesan yang besar kepada perlembagaan khususnya dan demokrasi umumnya.

Memang diakui, ada keadaan di mana undi tidak percaya tidak perlu. Tetapi itu di dalam keadaan MB yang ada enggan atau lari darinya. Dalam kes di Perak sekarang ini jelas tidak berlaku, malahan Nizar bersedia menghadapinya.

Umumnya, keputusan Mahkamah Rayuan itu adalah berita sedih buat demokrasi di negara ini. Di sisi perlembagaan istana dan mahkamah mempunyai tugas untuk mempastikan semak dan imbang. Raja dan hakim berperanan mempastikan keadilan dan ketelusan, bukan mengambil-alih fungsi rakyat dalam memilih kerajaan.

Saya tidak bersetuju dengan para peguam UMNO yang mendakwa keputusan Mahkamah Rayuan menamatkan krisis politik di Perak. Yang pasti Nizar akan memohon untuk membuat rayuan dan kalau ditolak, ia akan menyebabkan rakyat melihat mahkamah dengan pandangan yang negatif.

24 May 2009

Najib Kesal PR Sentiasa Memburuk Beliau Dan BN

Najib kata beliau berasa kesal dengan sikap parti pembangkang yang terus menerus menuduh kerajaan BN mengatur keputusan Mahkamah Rayuan dalam menentukan MB Perak yang sah. Keputusan mahkamah itu bebas daripada sebarang pengaruh mana2 pihak dan alasan yang diberikan Mahkamah Rayuan bagi keputusannya itu turut dikongsi oleh pakar undang2 antarabangsa Queen's Counsel Lord Lester.

Kenapa hanya Najib yang mengatakan pakar undang2 antarabangsa Queen's Counsel Lord Lester juga senada dengan beliau iaitu ianya 'bebas'? Kenapa tidak ada rakaman pun untuk pengesahan berkenaan dengan apa yang beliau perkatakan itu?

Kenyataan Najib yang paling 'bijak sekali' ialah berkenaan dengan langkah BN mengambil-alih (rampasan) kuasa kerajaan Perak daripada PR. Najib kata PR pun sama juga. Dulu semasa berangan nak mengambil-alih kerajaan pusat pada 16 Sept dengan mengatakan ada 31 Ahli Parlimen daripada BN akan melompat menyertai PR.

Adakah menjadi satu kesalahan sekiranya kita hanya bercerita untuk melakukan acara lompatan secara besar-besaran sekali pun, tetapi benda itu sebenarnya tidak pun berlaku. Tidak salah sekiranya saya katakan itu hanyalah satu 'jerat' kepada Najib semata-mata. Oleh kerana mereka memang berkelayakan dan PR tidak layak untuk berbuat demikian, maka mereka pun masuklah kedalam jerat itu.

BN yang diketuai Najib tanpa memikirkan adakah tindakan yang didendangkan oleh PR terutamanya DSAI itu akan mendapat restu rakyat ataupun ianya adalah satu jerat yang akan menjauhkan lagi BN pimpinannya daripada rakyat. Najib dan BN dengan angkuhnya telah mendahului DSAI dan PR dengan 'menarik' 3 katak keluar daripada PR dan BN pun mengambil-alih kerajaan Perak. Begitu 'simple' sekali bagi mereka.

Sampai diheret kemahkamah pun, mereka masih lagi tidak menyedari yang mereka telah mengulangi apa yang telah berlaku kepada kes DSAI dulu. Mereka masih lagi menggunakan 'kuasa Lingam' dalam menentukan keputusan. Sedangkan, kerana peristiwa inilah 'Gelombang Perubahan' telah bermula.

Dijangkakan juga,DSAI akan melalui 'peristiwa hitam' kembali apabila perbicaraan kes yang sama dengan yang dulu akan bermula pada July ini. Cuma pelakonnya saja lain, pengarah dan semua pekerja disebalik tabir masih individu2 yang sama. Mungkin mereka kira inilah cara yang terbaik untuk menghalang kemaraan PR bersama rakyat iaitu dengan menghantar DSAI kembali kepenjara. Maka pada masa itu bagi mereka, PRK dan PRU-13 tidak lagi menjadi satu' igauan ngeri' untuk disertai ataupun diadakan.

Najib juga berkata, kerajaan amat ikhlas berhubung tindakan membebaskan 5 pemimpin Hindraf baru2 ini kerana tidak mahu dilabel sebagai kerajaan yang zalim. Jika mereka membuat kenyataan yang keterlaluan, maka saya serahkan kepada rakyat untuk menilai sikap mereka.

Kalau nak serahkan kepada rakyat, terimalah tindakan yang telah dilakukan diPerak itu adalah satu kesilapan dan ruang demokrasi 'wajib' dibuka dengan menyerahkan kuasa kepada rakyat iaitu bubarkanlah DUN Perak!

'Rampasan Kuasa' Melanda PPP Pula?

Penyakit 'rampasan kuasa' diPerak telah menular kepada parti PPP. Ini kemungkinan anak murid ingin mencuba ilmu yang telah dipelajari daripada Sifunya. Sekarang parti mereka telah mempunyai '2 Presiden'.

Kumpulan penyokong Senator T. Murugiah, yang dipecat minggu lalu telah memilih beliau sebagai 'Presiden baru' parti itu hari ini selepas mereka mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan Tergempar (EGM).

Kira2 1ribu orang telah menghadiri EGM tersebut di pusat konvensyen antarabangsa Putrajaya pagi. Murugiah juga hadir. Ketika mesyuarat itu diadakan, Presiden Parti PPP, M Kayveas pula dikatakan berada di Johor untuk merasmikan persidangan perwakilan negeri itu.

M Kayveas berkata, "saya tidak akan melayani 'resolusi' yang diluluskan oleh kumpulan tersebut. Keputusan perjumpaan di Putrajaya itu tidak sah kerana ia tidak mengikut perlembagaan parti dan Akta Pertubuhan. Kami akan mengenalpasti siapa daripada kalangan anggota PPP yang menghadiri perhimpunan itu, mengapa mereka berada di sana dan jika mereka didapati melanggar disiplin parti, kami akan mengambil tindakan tegas terhadap mereka".

Ketua PPP Johor Dr K.D. Siva pula berkata, "Murugiah telah menyalahgunakan kedudukannya untuk mengubah satu majlis pemimpin bersama rakyat kepada satu perhimpunan agung bagi membolehkan beliau dilantik sebagai presiden. Beliau perlu dilantik menjadi presiden tetapi bagaimana itu boleh berlaku jika 600 anggota PPP berada di sini (persidangan perwakilan negeri Johor)? Murugiah tidak boleh menghimpunkan sebahagian rakan-rakannya, berdiri di atas pentas dan mengisytiharkan diri sendiri sebagi presiden baru".

Dalam ucapan Murugiah sebagai 'Presiden baru' berkata, "saya akan kembali menjalin hubungan baik dengan parti2 komponen BN dan akan mengadakan kunjungan hormat menemui pemimpin parti2 komponen BN tidak lama lagi. Dibawah kepimpinan saya, PPP juga tidak akan mengeluarkan kenyataan bahawa ia akan keluar BN".

Apakah langkah yang telah diambil oleh Murugiah ini direstui oleh Sifunya ( Najib)? Adakah tujuan 'rampasan kuasa' ini adalah untuk mengelak parti itu daripada keluar daripada BN dan terus menyertai PR?

PKR Ambil Tindakan Wajar Terhadap Fitnah Jahat

Ketua Biro Strategi PKR, Tian Chua mencabar pihak2 yang berkenaan agar kemukakan bukti kukuh untuk tuduhan mereka dan bersiap-sedia menghadapi tindakan termasuk tindakan undang2 jika mereka gagal berbuat demikian.

Beliau berkata, "Ada pihak yang membuat tuduhan kononnya kita cuba memberi rangsangan supaya mereka menarik diri dari pilihanraya. Tidak ada manfaat sekiranya kita berbuat demikian, bahkan kita mengalu-alukan pertandingan supaya kita dapat mengambil kesempatan ini untuk memperkenalkan kepada pengundi dasar dan program parti kita.

PKR mencabar pihak yang mempunyai bukti sebarang salah laku supaya menyerahkannya kepada SPRM. Kita yakin SPRM akan pantas menyiasat. Kita tidak ada masalah dalam perkara ini. PKR akan mengambil apa sahaja tindakan yang perlu untuk mempetahankan kredibiliti parti dan calon, Dr Mansor Othman yang akan mempertahankan kerusi DUN Penanti pada 31 Mei ini".

23 May 2009

Ibu Pejabat DAP Diserbu Polis!

Sepasukan polis seramai 11 orang dilaporkan telah menyerbu ibu pejabat DAP di Paramount Garden, Petaling Jaya lewat petang tadi untuk mencari dokumen berhubung penagkapan 16 aktivis pada acara nyalaan lilin di Ampang Khamis malam lalu.

ADUN Kampung Tunku, Lau Weng San berkata, "Mereka (polis) datang dengan 3 kereta dan telah menggeledah pejabat DAP. Serbuan mereka tidak mempunyai waran dan polis juga telah membawa salah seorang kakitangan DAP ke balai untuk siasatan serta merampas peralatan komputer".

Polis telah menahan Ooi Leng Hang, 34, yang juga merupakan Ahli Majlis Daerah Hulu Selangor. Beliau adalah antara 16 aktivis acara nyalaan lilin yang ditahan polis pada malam Khamis lalu di Ampang. Serbuan ke atas ibu pejabat DAP ini dipercayai adalah yang pertama sejak 42 tahun lalu.

(sumber TVA)

Adakah Benar Wujudnya 'Musuh Dalam Selimut' Dalam PAS?

Benarkah apa yang telah dilaporkan dari laman Malaysiakini iaitu, telah timbul satu 'ucapan kontroversi' yang dibuat oleh Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din semasa program 'seminar sehari kepimpinan ulama' di Markaz Tarbiyah PAS di Gombak.

Program ini khas untuk PAS. Wartawan tidak dibenarkan menghadirinya tetapi beberapa kerat kenyataan tersebut difahamkan daripada teks ucapan 10 halaman yang telah didedahkan kepada media oleh peserta. Ucapan yang dilaporkan berbunyi:-

"PAS harus berhati-hati terhadap usaha 'musuh dalam selimut', termasuk yang ditaja oleh UMNO atau negara asing, dalam kalangan pemimpin yang bakal menguasai pucuk pimpinan parti.

Faktor kemenangan dalam pemilihan parti ialah kekerapan liputan dalam akhbar seperti Harakah dan Siasah atau media2 lain. Justeru itu, musuh berpeluang besar mempromosikan individu2 tajaan mereka bagi mendapatkan kemenangan dalam pertandingan parti.

Keahlian terbuka PAS ini akan membuka peluang besar kepada UMNO dan musuh luar negara untuk meramaikan ahli PAS bagi tujuan mempengaruhi pemilihan PAS atau memenangkan musuh Islam yang sedang berada di dalam.

Sehingga kini kita tidak mempunyai mekanisme khusus bagi dijadikan perisai menghadapi musuh kerana strategi ini dilakukan oleh Amerika Syarikat di dalam organisasi Islam di peringkat dunia".

Dr Mansor Seorang 'Pemikir Rakyat'

Ketua Umum PKR DSAI berkata, "Dr Mansor Othman adalah seorang 'pemikir rakyat' dan cendekiawan yang sentiasa memikirkan bagaimana meningkatkan taraf kehidupan rakyat miskin dan yang tertindas. Yang kita nak angkat itu bukan sahaja jaga kepentingan Melayu, Cina, India dan sebagainya di Pulau Pinang. Tetapi orang Melayu dan Islam mesti ada suara yang tegas kerana orang Melayu dan Islam banyak menghadapi masalah.

Rakyat kena nilai, sama ada mereka mahu pemimpin yang jaga kepentingan rakyat atau kepentingan segelintir korporat. Saudara Fairus Khairuddin meletak jawatan sebaik sahaja beliau hadapi pelbagai dakwaan. Sekiranya dia mahu khianat, dia sudah terima wang ringgit dan lompat kepada Umno.

Kita hantar Prof Madya Mansor kerana kita mahu seorang tokoh yang selayaknya untuk mewakili kepentingan orang Melayu dan Islam di Pulau Pinang. Kalau mana2 mahu cabar dari segi kelulusan sahaja, calon kita ada 3 MA. Ini kualiti Melayu yang kita mahu bergandingan dengan Ketua Menteri.

Dikeluarkan satu kajian yang mengatakan bahawa seorang pemimpin Umno di sini jauh lebih popular dari calon kita. Namun apa yang tidak disebut adalah memang benar pemimpin itu dikenali ramai, tetapi majoriti orang Melayu tolak beliau sebagai pemimpin. Walaupun Umno tidak meletakkan calon, walaupun akar umbi Umno tidak terbabit dalam pilihanraya, tetapi saya yakin media Umno akan terus menyerang untuk mencemar imej kita".


Keputusan Mahkamah Rayuan Jerat Leher UMNO/BN

oleh: Mohamed Hanipa Maidin

Jam menunjukkan pukul 2.30 pagi awal Januari 2010, Najib Tun Razak yang baru pulang ke rumah rasminya di Putrajaya tiba-tiba dikejutkan dengan satu surat dari Duli Yang Mulia Yang DiPertuan Agung ( YDPA ) bahawa beliau dan Rosmah hendaklah mengosongkan rumah rasminya kerana YDPA telah melantik orang lain sebagai Perdana Menteri menggantikan beliau.

Alasan YDPA di dalam surat tersebut adalah ahli-ahli Dewan Rakyat khususnya dari Pakatan Rakyat ( PR ) dan beberapa ahli BN yang mula menyokong PR telah berjumpa YDPA di Istana dan menyatakan bahawa mereka tidak lagi yakin dengan Najib dan mahu orang lain sama ada Tuan Guru Dato’ Seri Haji Abdul Hadi Awang atau Dato Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.

Surat YDPA juga menyatakan bahawa jika Najib tidak meletak jawatan beliau hendaklah dipecat dari jawatannya sebagai Perdana Menteri.Najib merengus marah manakala Rosmah berteriak macam orang yang kena histeria. Najib yang masih marah dan berang berkata:

"Macam mana Tuanku dengan sewenang-wenangnya memecat patik sedangkan Parlimen tidak mengadakan apa-apa sidang atau membawa apa-apa usul atau undi tidak percaya kepada patik. Patik tidak nampak mana –mana peruntukkan di bawah Perkara 43 Perlembagaan Persekutuan yang memberi kuasa kepada Tuanku untuk memecat patik sebagai Perdana Menteri. Macam mana patik boleh dengan mudah dipecat dan sebagai ganti dilantik orang lain sebagai Perdana Menteri sedangkan tidak ada sebarang undi tidak percaya diluluskan di Parlimen ke atas patik".

Keluhan Najib didengar dengan tenang oleh YDPA. YDPA dengan senyum berkata kepada Najib:

"Adakah tuan hamba sudah lupa bahawa pada 22 hb Mei 2009 iaitu pada hari Jumaat jam 3.30 petang di tingkat bawah Palace of Justice, Putrajaya tiga orang Hakim Mahkamah Rayuan iaitu Yang Arif ( Y.A ) Dato Raus Sharif, Y.A Dato Ahmad Maarof dan Y.A Dato’ Zainon Ali telah sebulat suara memutuskan antara lain bahawa:

a. Seorang Menteri Besar ( di peringkat Negeri ) atau Perdana Menteri ( PM ) di peringkat Pusat secara tersirat boleh dipecat atau diminta letak jawatan jika Sultan atau YDPA memutuskan bahawa MB atau PM tidak lagi mendapat sokongan majoriti ADUN atau Ahli-Ahli Parlimen.

b. Perkara 16 ( 6 ) Perlembagaan Perak atau Perkara 43 ( 4 ) Perlembagaan Persekutuan tidak menyebut bahawa kaedah bagi menentukan bahawa seorang MB atau PM hilang keyakinan majoriti ADUN atau ahli-ahli Parlimen adalah melalui undi tidak percaya ( votes of no confidence ).

c. Kes Stephen Kalong Ningkan ( 1966 ) iaitu kes yang diputuskan oleh Mahkamah Tinggi di Sarawak yang memutuskan bahawa Governor atau Sultan tidak ada kuasa memecat Ketua Menteri atau MB dan satu-satunya cara menentukan seorang MB atau PM hilang keyakinan ahli-ahli Dewan adalah melalui undi tidak percaya tidak boleh lagi dipakai.

Bukankah keputusan Mahkamah Rayuan tersebut yang tuan hamba inginkan bagi meraih keuntungan politik jangka pendek tuan hamba dan parti tuan hamba. Bukankah tuan hamba yang berkeras tidak mahu mendengar keluhan rakyat dan pemimpin partai komponen tuan hamba sendiri supaya krisis di Perak diselesaikan secara aman dan melalui amalan demokratik iaitu dengan kembali kepada rakyat melalui Pilihanraya semula di Perak. Maaf tuan hamba, Beta terikat dengan keputusan tersebut dan tidak boleh buat apa-apa . Maka Beta dengan ini memerintahkan tuan hamba dan sekeluarga keluar dari rumah rasmi Perdana Menteri kerana tuan hamba bukan lagi Perdana Menteri Malaysia".

Najib tersentak dan lemah segala sendi manakala Rosmah pula terkaku dan jatuh pengsan. Tiba-tiba mereka sedar keputusan Mahkamah Rayuan hari ini kini telah makan diri. Jika keputusan yang paling wajar dan munasabah oleh Y.A Hakim Mahkamah Tinggi iaitu Y.A Dato’ Aziz Abdul Rahim yang memutuskan bahawa satu-satunya cara menentukan seorang MB atau PM hilang keyakinan ahli-ahli Dewan adalah melalui undi tidak percaya sekaligus mengekalkan doktrin Raja Berperlembagaan ( Constitutional Monarchy ) keputusan Mahkamah Rayuan pula ditafsirkan oleh ramai cendikiawan undang-undang telah melahirkan doktrin baru iaitu Raja Mutlak ( Absolute Monarchy ). Jika Raja Berperlembagaan melahirkan kesejahteraan sudah tentu doktrin Raja Mutlak akan melahirkan suasana yang tidak menyenangkan.

Sketsa di atas adalah, bagi saya, cara terbaik untuk memahamkan para pembaca tentang kesan keputusan Mahkamah Rayuan pada hari ini(22/5). Sebagai seorang anggota pasukan peguam Nizar, saya menghormati keputusan Mahkamah Rayuan tersebut. Tapi saya tidak pasti keputusan tersebut akan diterima dengan baik oleh rakyat khususnya rakyat di Perak.

Dalam keadaan keyakinan rakyat kepada institusi kehakiman masih belum pulih sepenuhnya sudah tentu keputusan Mahkamah Rayuan tersebut tidak dapat lari dari cemuhan rakyat. Inilah masalahnya apabila sesebuah institusi dalam sebuah negara sudah hilang keabsahan ( legitimacy ).

Di negara ini apabila BN memerintah terlalu lama dan keabsahan parti tersebut dipertikaikan turut sama terpalit adalah institusi keadilan seperti Mahkamah , Peguam Negara dan polis. Apabila rakyat hilang keyakinan kepada sistem keadilan, maka sebarang keputusan Mahkamah apatah lagi keputusan seperti keputusan Mahkamah Rayuan pada hari ini sudah tentu tidak akan mudah diterima sebagai satu keputusan yang adil dan telus.

Sejak dari awal rakyat sudah nampak macam ada sesuatu yang tidak kena kepada cara kes rayuan Zambry dikendalikan. Zambry kalah di Mahkamah Tinggi pada 11/5/2009. Mahkamah Tinggi menolak permohonan Zambry bagi menggantungkan perlaksanaan penghakiman.

Pada 12/5/2009 di sebelah pagi Zambry membuat permohonan bagi menggantungkan perlaksanaan penghakiman. Mahkamah Rayuan menetapkan tarikh pendengaran permohonan Zambry pada pagi hari yang sama . Tarikh pendengaran yang diberikan dengan tergesa-gesa sudah tentu memprejudiskan Nizar dan pasukan peguamnya bagi membuat persiapan yang teliti dan mendalam.

Pada tengah hari 12 hb Mei itu juga Y.A Hakim Dato Ramly membenarkan permohonan Zambry dan perintah diberikan tanpa sebarang syarat.

Nizar membuat permohonan bagi membatalkan perintah penggantungan yang diberikan kepada Zambry. Mulanya permohonan Nizar ditetapkan pada 18/5/2009 tetapi kemudiannya ditangguhkan pada 21/5/2009 iaitu pada hari yang sama rayuan Zambry didengar. Sudah tentu permohonan Nizar tidak lagi relevan untuk didengar atau seperti yang sering dikatakan ianya menjadi akademik.

21 hb Mei rayuan Zambry didengar dengan hujah lisan dan bertulis dikemukakan oleh pihak –pihak secara mendalam . Mahkamah hanya ambil masa satu hari sahaja untuk putuskan. Memang hebat Mahkamah boleh buat keputusan dalam masa satu hari .Tetapi cuba kita bayangkan jika kita menghantar baju untuk dijahit dan tukang jahit siapkan baju kita dalam satu hari- saudara boleh bayangkanlah tahap kualiti baju tersebut.

Suatu yang amat mengharukan kami ( pasukan peguam Nizar ) adalah meskipun Nizar kalah namun sambutan rakyat kepada kami di Mahkamah Rayuan hari ini seolah-olah menunjukkan Nizar yang menang dan bukannnya Zambry.

Untuk rakan pasukan peguam Nizar iaitu Tuan Haji Sulaiman Abdullah, Philip Khoo, Ranjit Singh, Razlan Hadri, Nga Hock Cheh, Chan Kok Keong, Mr .Leong, Edmond Bon, Amir Arshad dan Zulkarnain Lokman ingatlah keputusan hari ini tidak akan mematahkan semangat kita sebaliknya ia memberi semangat baru kepada kita untuk terus berjuang menentang kezaliman dan menegakkan keadilan . Kita jumpa lagi di Mahkamah Persekutuan insya’Allah.


PKR Hadapi 3 Calon Bebas Di N12 Penanti

Timbalan Pengerusi PKR Pulau Pinang Mansor Othman disahkan menghadapi saingan 3 calon bebas pada pilihanraya kecil Penanti 31 Mei ini. Pegawai Pengurus Pilihanraya menolak kertas pencalonan Mohd Saberi Osman, dan menerima pencalonan Mansor bersama tiga calon bebas yang lain, termasuk Kamarul Ramizu Idris.

Kamarul adalah calon bebas yang hilang pertaruhan pada pilihanraya kecil Parlimen Bukit Gantang, Perak bulan lalu. 2 lagi calon bebas adalah bekas pemimpin Gerakan, Nai Khan Ari dan bekas pemimpin Wanita PKR Negeri Aminah Abdullah.

Mansor dan 3 calon berkenaan akan bertarung untuk kerusi DUN Penanti, tanpa saingan BN yang mengambil keputusan tidak bertanding setelah kalah pada kesemua 4 PRK di Semenanjung sejak Mac tahun lalu.

Tokoh2 kanan PKR termasuk Ketua Umum PKR, DSAI mendahului ribuan penyokong Pakatan untuk mengiringi Mansor ke pusat penamaan calon di Institut Kemahiran Belia Negara. Turut hadir MB PR diPerak, Datuk Seri Nizar, yang menerima tepukan gemuruh dengan diiringi laungan "Bubar DUN Perak" oleh penyokong2 PR.


22 May 2009

Ramalan Menjadi Kenyataan?

Menurut Datuk Husam Musa, posting beliau dalam blognya 3 hari lalu telah 'meramalkan' Mahkamah Rayuan akan memihak kepada Zambry dan ia menjadi kenyataan hari ini.

Beliau berkata, ia sebenarnya bukan ramalan tetapi maklumat. Maklumat selanjutnya ialah pembubaran DUN Perak dalam masa terdekat, selepas Mesyuarat Majlis BN sekali lagi Isnin atau Selasa ini. Isu di sini ialah, jika maklumat ini terbukti tepat, adakah wujud unsur 'pre-arranged' dalam keputusan ini?

Ia bukan tugas kita semua untuk membuktikannya tetapi ia tugas pihak berkuasa. Sudah tentu kita tidak dapat mengharapkan apa2 pada hari ini. Keputusan mahkamah rayuan hari ini memberi kesan besar.

Baik di Parlimen mahu pun di DUN yang lain, Agong atau Sultan boleh melantik PM atau MB yang baru tanpa PM atau MB berkenaan terlebih dahulu dilucutkan jawatan mereka melalui usul undi tidak percaya.

Adakah negara kita sudah bersedia menerima hakikat kemungkinan perubahan teraju kepimpinan melalui proses tabung uji di luar rahim iaitu Dewan Rakyat atau DUN seperti yang difahami sebelum ini?

Khususnya Datuk Seri Najib, sudahkah bersedia untuk Ahli Dewan Rakyat mengumpulkan senarai bahawa mereka sudah hilang kepercayaan kepada beliau dan Agung boleh dengan itu melantik PM yang baru tanpa proses Dewan Rakyat?

Apa lagi keputusan Mahkamah ke atas krisis politik, memerlukan lebih ketelitian dan kebebasan. Ramalan seterusnya ialah, Majlis BN akan bersidang dan kemudian Zambry kononnya bersetuju menyerahkan mandat kepada rakyat dengan mengadap Sultan Perak untuk pembubaran.

Memang itu yang dihasratkan oleh PR tetapi, proses mahkamah yang dianggap tidak selari dengan prinsip keadilan tetap menjadi satu medan yang tidak akan berakhir dengan pembubaran itu kelak.


Keputusan Yang 'Luar Biasa'

3 hakim Mahkamah Rayuan memberi keputusan dengan hanya mengambil masa 5 minit untuk mengumumkan Zambry Kadir dari UBN adalah MB Perak yang sah, dan bukannya Nizar Jamaluddin dari PR.

Lebih mengejutkan ketiga-tiga hakim berkenaan mengambil pendirian senada dengan Sultan Perak yang mempunyai kuasa penuh untuk melantik Zambry tanpa mengadakan sidang DUN untuk mengambil undi tidak percaya terhadap Nizar.

Hakim Md Raus Sharif, Zainun Ali dan Ahmad Maarop tidak memberikan hujah bertulis bagi menyokong keputusan mereka yang mempunyai implikasi mendalam terhadap sistem demokrasi berparlimen di negara ini dan kuasa2 istana sebagaimana yang termaktub dalam perlembagaan.

Kini Nizar hanya boleh merayu kepada Mahkamah Persekutuan sebagai ruang perundangan terakhir untuk menegakkan mandat rakyat dan perlembagaan negeri Perak. Keputusan Mahkamah Rayuan hari ini tentunya sukar ditelan oleh bukan sahaja penyokong PR tetapi juga pendokong demokrasi malah di kalangan peguam sendiri.

Peguam Nizar, Sulaiman Abdullah berkata, "negara kita mempunyai hakim2 luar biasa yang mempunyai kebolehan luar biasa."

Presiden Majlis Peguam Malaysia
K.Ragunath berkata keputusan mahkamah hari ini seolah-olah meletakkan kuasa2 Sultan sebagai menjangkau parlimen atau DUN. Mahkamah Rayuan seolah-olah memberikan Sultan kuasa2 yang menjangkaui daripada apa yang diperuntukan oleh perlembagaan.

Penasihat DAP Lim Kit Siang
berkata keputusan mahkamah tanpa penghujahan bernas adalah mengejutkan dan satu penganiayaan proses keadilan. Namun beliau menjangka keputusan itu akan menjejaskan lagi kredibiliti PM Najib Tun Razak.

Ketua AMK, Samsul Iskandar
menyifatkan keputusan itu 'memualkan' dan dipengaruhi oleh tekanan politik. Keputusan 3 hakim itu jelas begitu cetek, tanpa disokong oleh fakta bernas, bukan sebagaimana penghujahan lengkap yang diberikan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang mengisytiharkan Nizar sebagai MB sah sebelum ini.

Pemerhati politik
berpandangan bahawa keputusan ini memang sudah dijangka kerana bibit2 campurtangan politik ini telah diwar-warkan oleh PM sendiri apabila beliau berkata BN hanya akan menimbang mengadakan pertemuan dengan PR bagi mencari penyelesaian krisis politik Perak setelah selesai proses mahkamah.

Umumnya penyelesaian politik tidak ada kena-mengenai dengan keputusan mahkamah dan kenyataan Najib itu menimbulkan persepsi beliau sudah tahu akan keputusan Mahkamah Rayuan sebelum membuat kenyataan itu awal minggu ini.

(sumber TVA)

Zambry Sah Sebagai MB (Haram) Perak!

Panel 3 hakim Mahkamah Rayuan Putrajaya iaitu Datuk Md Raus Sharif, Datuk Wira Abu Samah Nordin dan Datuk Sulong Matjeraie telah mengesahkan Zambry adalah MB Perak yang sah (haram).

Keputusan ini tidak begitu mengejutkan kita kerana ianya sudah diagak sejak dari awal lagi. Yang terbaru semasa permohonan Nizar agar rayuan itu didengar oleh panel 5 hakim telah ditolak.

Pada 11 Mei, Hakim Mahkamah Tinggi Dato' Abdul Aziz Abdul Rahim menetapkan bahawa Nizar tidak melepaskan jawatan MB kerana beliau tidak kehilangan kepercayaan majoriti anggota DUN Perak.

Sementara itu, peguam Nizar, Sulaiman Abdullah memberitahu mahkamah bahawa pihaknya akan mengemukakan rayuan kepada Mahkamah Persekutuan. Yang nyata kini, sistem perundangan negara kita masih sah! tidak berubah sepenuhnya.......

Kuasa 'Lingam' masih mempengaruhi keputusan yang terpilih...!! Syabas..., kepada kerajaan kita diatas kejayaan mereka yang telah membuktikan lagi kepada rakyat dan dunia bahawa mereka masih lagi 'tidak berubah'.

ADUN PAS (Manek Urai) Kembali Ke Rahmatullah

ADUN Manek Urai, Ismail Yaacob meninggal dunia subuh hari ini di hospital Kota Bharu kerana sakit jantung setelah dimasukkan ke hospital itu untuk menerima rawatan sejak akhir bulan lepas.

Allahyarham, juga timbalan yang dipertua PAS kawasan Kuala Krai, meninggalkan isteri Siti Zaharah Ibrahim dan 10 orang anak. Kekosongan kerusi di Dun Manek Urai akan dimaklumkan secara rasmi kepada SPR pada Isnin ini.

Pemakluman secara rasmi akan dihantar oleh Speaker DUN Kelantan, Ustaz Nusuruddin Daud pada tarikh terbabit disebabkan hari ini dan esok adalah cuti mingguan bagi negeri Kelantan.

Jenazah allahyarham dibawa ke rumahnya di Manek Urai Lama dan disembahyangkan di sebuah masjid dengan diimamkan oleh MB Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Kira2 2,000 orang menziarahi dan turut menyembahyangkan jenazah Ismail sebelum dikebumikan di tanah perkuburan Islam Manek Urai Lama selepas solat Jumaat.

Polis Dikecam Berlagak Seperti Negara Polis!

Dalam satu lagi tindakan yang dianggap anti-demokrasi polis menahan enam belas orang termasuk Ahli Dewan Undangan Negeri Teratai, Jenice Lee di luar pusat khidmatnya di Ampang kira-kira jam 8.45 malam tadi kerana didakwa mengadakan perhimpunan haram.

Mereka ditahan ketika mengadakan acara nyalaan lilin sebagai sebahagian daripada perkabungan kematian demokrasi. Polis membuat penahanan selepas memberi amaran supaya mereka yang berhimpun bersurai. Kesemua mereka dibawa ke balai polis Pandan Indah.

Menurut Ketua Polis Daerah Abdul Jalil Hassan mereka ditahan kerana mengadakan perhimpunan tanpa permit. Walau bagaimanapun Jenice acara tersebut mempunyai permit untuk mengadakan perhimpunan tersebut. Abdul Jalil pula berkata Jenice membuat permohonan permit itu pada jam 2 petang tadi tetapi ia tidak diluluskan pihak polis.

Sebelum ini, sekumpulan kecil berhimpuan di pusat khidmat Jenice pada kira-kira jam 8.30 malam untuk mengadakan nyalaan lilin tanda berkabung 'kematian demokrasi" di Perak serta dikawal oleh kira-kira 40 anggota polis.

Ini adalah kali kedua dalam minggu ini Jenice ditahan. Beliau ditahan polis selama enam jam dalam selepas menyertai nyalaan lilin Selasa lalu. Antara yang ditahan ialah Pengarah Pendidikan Politik Pemuda Sosialist DAP (DAPSY), Ooi Leng Hang, Lim Swee Kuan, iaitu pembantu pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang, ahli DAPSY dan seorang awam.

Dalam reaksi kepada penahanan 16 aktivus itu Sekretariat DAPSY berkata dalam satu kenyataannya penahanan tersebut adalah lebih dahsyat daripada sebuah negara polis.

"DAPSY amat kesal terhadap insiden terbaru penangkapan malam ini. Ini adalah satu lagi contoh serangan terhadap amalan demokrasi negara yang semakin terhakis. Kita telah jatuh lebih dahsyat daripada sebuah negara polis di mana polis menangkap rakyat sesuka hati. Setakat ini hampir 150 orang diseluruhn negara telah ditangkap berhubung bantahan terhadap krisis politik di Perak," kata kenyataan itu lagi.

DAPSY mendesak supaya semua yang ditahan dibebaskan dengan segera dan Kementerian Dalam Negeri menghentikan perbuatan penangkapan rambang terhadap rakyat.

(TVA)

21 May 2009

Keputusan Rayuan Zambry 3.30 Ptg Esok

Mahkamah Rayuan akan memberi keputusan berhubung rayuan Zambry pada pukul 3.30 petang esok setelah mendengar hujah kedua-dua belah pihak berhubung status MB Perak yang sah di antara Dato' Seri Mohammad Nizar dan Zambry.

Isnin lalu, Peguam Leong Cheok Keng, yang mewakili Mohammad Nizar telah menghantar surat melalui faks ke pejabat Timbalan Pendaftar Mahkamah Rayuan memohon panel 5 hakim untuk mendengar kes tersebut. Namun, surat permohonan itu tidak diterima oleh Presiden Mahkamah Rayuan Alauddin Md Sheriff tepat pada masanya. Oleh itu, hanya 3 hakim yang mendengar perbicaraan hari ini. Datuk Seri Nizar tetap menaruh keyakinan kepada keputusan mahkamah esok.

30 Julai Dengar Rayuan DSAI

Mahkamah Persekutuan telah menetapkan 30 Julai untuk mendengar rayuan DSAI bagi mencabar keputusan berkaitan kesahihan pemecatan beliau dari jawatan TPM dan Menteri Kewangan pada 1998. Beliau mencabar kesahihan pemecatan tersebut kerana ianya tidak menuruti lunas Perlembagaan. Sebelum itu beliau mengemukakan saman terhadap keputusan pemecatan beliau yang dibuat oleh Tun Dr Mahathir (TDM) tetapi telah diketepikan.

Nizar Di Mahkamah Rayuan Pagi Ini

Dato' Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dan isteri kini sudah berada di Mahkamah Rayuan. Peguam Sulaiman Abdullah dan Hanipa Maidin yang mewakili Nizar memasuki kamar mahkamah pada Jam 9.00 pagi tadi dengan diikuti pula oleh Peguam UMNO Dato' Hafarizam. Turut hadir, Peguam Negara Tan Sri Ghani Patail dan peguam Tun Majid.

Sungguhpun kawalan keselamatan di pekarangan Mahkamah tidak terlalu ketat namun bagi oarang ramai yang ingin mengikuti perbicaraan ini akan diperiksa dengan agak rapi oleh anggota polis. Manakala, puluhan wartawan luar dan dalam negara memenuhi kawasan sekitar kamar Mahakmah Rayuan 3 bagi membuat laporan dan liputan mutakhir kes ini.

Pada jam 10.00 pagi tadi peguam Zambry telah memulakan hujah mereka. Penyokong PR telah semakin ramai membanjiri perkarangan mahkamah. Kelihatan juga Dr Hatta bersama penyokong Nizar menunggu di luar Bilik Bicara 3 Mahkamah.

20 May 2009

UMNO Ditalkinkan Di Sabah?

Gambar ini dihantar melalui email. Menurut sumber tersebut peristiwa ini berlaku di kawasan Naib Presiden Umno dari Sabah, ia merupakan protes penduduk setempat kerana tidak puas hati dalam isu tanah.

Umno telah mati di hati rakyat !!

(chegubard.blogspot.com)

Keputusan 'Rayuan Zambry' Esok

Esok kita akan mendengar keputusan yang akan dibuat oleh Mahkamah Rayuan mengenai penangguhan keputusan Mahkamah Tinggi akibat daripada rayuan yang telah dibuat oleh Zambry (MB Haram Perak). Baru2 ini Mahkamah Tinggi telah mengesahkan bahawa Nizar sebagai MB Perak yang sah.

Sebenarnya rakyat tidak begitu mengharap keputusan akan memihak kepada PR. Ini ekoran daripada 'keputusan segera' mahkamah Rayuan telah membenarkan permohonan Zamry yang hanya didengar oleh seorang hakim dan mengambil masa 3 jam sahaja. Manakala rayuan yang dibuat oleh Nizar pula terpaksa mengambil masa 7 hari.

Sekiranya BN yang akan memenangi kes ini, Sistem Perundangan Malaysia akan ditertawakan oleh dunia buat kali yang ke-2 selepas daripada kes Liwat terhadap DSAI. Rakyat pula, semakin ramai yang akan meninggalkan BN dan akan menyokong PR.

Isu Perak sudah menjadi semakin 'besar'. Biarpun PR ataupun BN yang akan memenangi kes ini, DUN Perak bakal dibubarkan dalam masa terdekat......

DSAI Di Mahkamah Rayuan Esok

Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI)akan mengemukakan rayuan di Mahkamah Persekutuan Putrajaya esok mulai jam 9.00 pagi bagi mencabar keputusan berkaitan kesahihan pemecatan beliau dari jawatan TPM pada 1998.

PM ketika itu Tun Dr Mahathir (TDM) memecat DSAI atas fakta yang diberikan beliau (TDM) mempunyai kuasa mutlak kerana PM yang membuat lantikan, justeru beliau juga berhak memecat. Bagaimanapun beliau memfailkan saman terhadap TDM berdasarkan pemecatan itu berlawanan dengan prosedur.

Mahkamah Persekutuan akan bersidang untuk mendengar rayuan DSAI ini. Beliau mencabar kesahihan pemecatan tersebut kerana ianya tidak menuruti lunas Perlembagaan. Sebelum itu beliau mengemukakan saman terhadap keputusan TDM tersebut tetapi diketepikan.

Yakin Pilihanraya Perak Akan Jadi Kenyataan

Saya telah menemui Tengku Razaleigh Hamzah, Dr Chua Soi Lek dan Tan Sri Abu Talib awal minggu ini, seperti dipersetujui Presiden dan Dewan Harian PAS Pusat. Perjumpaan seterusnya adalah bersama seorang pimpinan Gerakan.

Dr. Chua telah menjelaskan sebahagian inti perbincangan kami dalam blognya. Apa yang saya dapat tangkap ialah, dari segi prinsip, semua ketiga pimpinan yang saya temui, bersetuju, DUN Perak harus dibubarkan.

Dr. Chua memberikan saranan, pembubaran dilakukan melalui undi percaya di DUN terlebih dahulu, baik oleh BN atau PR, selepas siapa diputuskan menang sebagai MB yang sah pada 21 Mei ini. Itu adalah pandangan beliau. Tetapi akhirnya, pembubaran adalah perkara pasti yang perlu dilakukan oleh kedua-dua pihak, jika ingin dilihat bermaruah.

Dr. Chua berjanji membangkitkan isu ini dalam mesyuarat Majlis Tertinggi BN malam selepas perjumpaan kami, Isnin lepas. Saya difahamkan Dr. Chua benar-benar membangkitkannya dan pada keseluruhannya, parti komponen yang lain menuju pandangan pembubaran sebagai jalan survival politiik BN di Semenanjung. JIka tidak, penolakan terhadap BN akan berlaku di seluruh Semenanjung.

Pembubaran DUN Perak juga akan mengimbangkan langkah BN tidak meletakkan calon di Penanti. BN tidak gentar. Buktinya, BN bertindak berani membubarkan DUN Perak sedikit masa lagi dan BN berani menghadapi pilihanraya di Perak dan dengan itu, tidak menyertai Penanti adalah atas sebab prinsip semata-mata.

Jika maklumat saya ini hendak dijadikan kenyataan, langkah pertama ialah Mahkamah Rayuan perlu membuat keputusan yang menyebelahi Zambry, Khamis ini. BN sangat memerlukan keputusan itu untuk BN akan dilihat bertindak menasihati Sultan untuk pembubaran itu dan bukan PR. Mereka juga mempunyai kelebihan sebagai care taker government sepanjang tempoh kempen.

Saya membuat tekaan, Khamis ini, Mahkamah Rayuan akan menyebelahi Zambry. Ini hanya tekaan saya. Untuk membolehkan tekaan saya selanjutnya menjadi kenyataan.

Pengunduran dari Penati hendaklah juga dibaca sebagai satu strategi membuat kejutan reverse iatu pilihanraya mengejut di Perak.

Terima kasih pada semua pimpinan BN yang membawa versi berbeza dalam pandangan politik mereka.

PR, pada pendapat saya, bersedia dengan pilihan ini kerana krisis Perak perlukan penyelesaian segera dan muktamad. Jika tidak, satu lagi institusi yang sebelumnya dilihat terhormat iaitu Istana, juga akan menghadapi kepudaran kepercayaan rakyat sama seperti hampir keseluruhan institusi di negara ini.

Bersedia!
HUSAM MUSA

Nizar Kemuka Asas Pembubaran

Harapan pembubaran DUN Perak nampak semakin cerah apabila MB Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin mengemukakan asas dan hujah kukuh bagi cadangan pembubaran DUN kepada Raja Muda, Raja Dr Nazrin Shah di Istana Iskandariah semalam. Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin diterima mengadap Raja Muda tengahari semalam di Istana Iskandariah selepas selesai Majlis Anugerah Pingat & Bintang.

Semasa taklimat ringkas beliau pada Mesyuarat Perhubungan PAS Perak Datuk Seri Nizar berkata beliau mengambil kesempatan singkat itu memohon maaf bagi pihak PR dan rakyat Perak sepanjang tiga bulan sebelum ini sekiranya apa sahaja insiden yang berlaku mengguris hati baginda.

Beliau juga bagi pihak PR mengucapkan takziah di atas kemangkatan Kekanda Sultan Azlan Shah yang juga bapa saudara Raja Nazrin. Datuk Seri Nizar juga secara berterus terang memberi pandangan beliau terhadap senario dan kemelut politik di Perak disamping merayu supaya agar baginda memberi penghormatan kepada rakyat untuk memilih semula kerajaan di negeri Perak bagi mengakhiri episod kemelut politik yang berpanjangan sehingga kini.

Tambah beliau PR akan menghormati apa sahaja pendirian dan keputusan rakyat sama ada memilih PR ataupun BN. Datuk Seri Nizar juga memberi pandangan supaya tidak ada sidang DUN diadakan dalam tempoh terdekat selagi kemelut politik ini belum berakhir. Beliau bimbang insiden kekecohan semasa sidang DUN 7 Mei akan berulang semula sekiranya sidang DUN diadakan juga dan akan hanya memalukan imej baginda dan negeri Perak.

Datuk Seri Nizar juga sebelum itu memberi pandangan kepada Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Hassan mengenai kemelut politik di Perak serta merayu supaya beliau turut memainkan peranan menyelesaikan krisis itu melalui pembubaran DUN.

Walaupun pertemuan antara Datuk Seri Nizar dengan Raja Dr Nazrin singkat namun mesej yang beliau sampaikan amat berharga bagi baginda membuat pertimbangan terbaik rakyat Perak yang mahukan mandat mereka dikembalikan semula.


19 May 2009

Masaalah Najib Semakin Bertambah

UBN khususnya di Perlis telah menerima tamparan hebat dari ahli mereka sendiri akibat daripada lebih kurang 1ribu ahli mereka telah bertindak melompat keluar daripada parti itu. Dikhabarkan mereka yang melompat itu akan menyertai PKR. Nampaknya masaalah Najib sudah semakin bertambah.

Adakah ianya memang berpunca daripada pelantikan Datuk Seri Md Isa Sabu (MB Perlis) sebagai pengerusi Umno negeri yang baru menggantikan Datuk Seri Shahidan Kassim (bekas MB) pada 24 April lalu?

Seorang bekas pemimpin Umno bahagian Kangar telah mengisytiharkan keluar parti itu bersama-sama kira2 1ribu ahli pada bulan lalu. Seorang pemimpin Umno bahagian tersebut (yang mahu namanya dirahsiakan) telah mengesahkan perkara itu memang berlaku.

3 Alasan Najib Bacul Di Penanti

BN gentar mencabar calon PKR pada PRK DUN Penanti, kata pengerusinya Datuk Seri Najib Razak. Alasan Najib ialah :

Pertama, kekosongan kerusi itu bukan diperuntukkan oleh perlembagaan tetapi satu usaha PKR untuk menyelesaikan masalah dalamannya.

Kedua, pilihanraya kecil ini satu permainan politik pembangkang.

Ketiga, BN lebih mengutamakan khidmat kepada rakyat dan langkah memulihkan ekonomi negara.

Tetapi Najib menafikan BN takut tewas di kerusi tersebut. Namun Johor Daily difahamkan 3 alasan tersirat menjadi igauan buruk Najib iaitu :

Pertama, janji kepada surau dan masjid belum ditunaikan.

Kedua, sumpah tidak menenali Altantua adalah sumpah penipu dan bimbang dilantati Allah.

Ketiga, kononnya tidak mahu ikut telunjuk Tun Mahathir agar turut bertanding dan bimbang imejnya tercalar jika kalah sekali lagi .

(Johor Daily)

HIMPUNAN ARTIKEL-ARTIKEL SEBELUMNYA