
Terbaru hari ini ialah pemecatan seorang imam yang telah menyampaikan khutbah Jumaat yang menyeru kepada 'pemerintahan adil, telus dan cara yang betul' pada Februari lalu. Imam yang dimaksudkan ini ialah Shamsul Firdaus dari Bukit Damansara telah menerima surat pemberhentian kerja semalam setelah mengambilnya di pejabat pos berdekatan.
Sebelum ini, beliau digantung daripada menyampaikan khutbah antara 1 Mac hingga 30 April oleh pentadbiran masjid itu tanpa sebarang siasatan dalaman walaupun beliau memohon berbuat demikian.
Beliau difahamkan, tindakan tersebut diambil susulan bantahan seorang ahli parlimen BN yang menetap berhampiran masjid tersebut yang tidak berapa jauh dari rumah lama DSAI di Jalan Setiamurni 8 yang mendengar khutbah.
Shamsul juga mengucapkan terima kasih kepada DSAI yang menghubungi seorang ahli jawatankuasa masjid itu semalam dan meninggalkan pesan kepadanya supaya bersabar.
No comments:
Post a Comment