
Lebih mengejutkan ketiga-tiga hakim berkenaan mengambil pendirian senada dengan Sultan Perak yang mempunyai kuasa penuh untuk melantik Zambry tanpa mengadakan sidang DUN untuk mengambil undi tidak percaya terhadap Nizar.
Hakim Md Raus Sharif, Zainun Ali dan Ahmad Maarop tidak memberikan hujah bertulis bagi menyokong keputusan mereka yang mempunyai implikasi mendalam terhadap sistem demokrasi berparlimen di negara ini dan kuasa2 istana sebagaimana yang termaktub dalam perlembagaan.
Kini Nizar hanya boleh merayu kepada Mahkamah Persekutuan sebagai ruang perundangan terakhir untuk menegakkan mandat rakyat dan perlembagaan negeri Perak. Keputusan Mahkamah Rayuan hari ini tentunya sukar ditelan oleh bukan sahaja penyokong PR tetapi juga pendokong demokrasi malah di kalangan peguam sendiri.
Peguam Nizar, Sulaiman Abdullah berkata, "negara kita mempunyai hakim2 luar biasa yang mempunyai kebolehan luar biasa."
Presiden Majlis Peguam Malaysia K.Ragunath berkata keputusan mahkamah hari ini seolah-olah meletakkan kuasa2 Sultan sebagai menjangkau parlimen atau DUN. Mahkamah Rayuan seolah-olah memberikan Sultan kuasa2 yang menjangkaui daripada apa yang diperuntukan oleh perlembagaan.
Penasihat DAP Lim Kit Siang berkata keputusan mahkamah tanpa penghujahan bernas adalah mengejutkan dan satu penganiayaan proses keadilan. Namun beliau menjangka keputusan itu akan menjejaskan lagi kredibiliti PM Najib Tun Razak.
Ketua AMK, Samsul Iskandar menyifatkan keputusan itu 'memualkan' dan dipengaruhi oleh tekanan politik. Keputusan 3 hakim itu jelas begitu cetek, tanpa disokong oleh fakta bernas, bukan sebagaimana penghujahan lengkap yang diberikan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang mengisytiharkan Nizar sebagai MB sah sebelum ini.
Pemerhati politik berpandangan bahawa keputusan ini memang sudah dijangka kerana bibit2 campurtangan politik ini telah diwar-warkan oleh PM sendiri apabila beliau berkata BN hanya akan menimbang mengadakan pertemuan dengan PR bagi mencari penyelesaian krisis politik Perak setelah selesai proses mahkamah.
Umumnya penyelesaian politik tidak ada kena-mengenai dengan keputusan mahkamah dan kenyataan Najib itu menimbulkan persepsi beliau sudah tahu akan keputusan Mahkamah Rayuan sebelum membuat kenyataan itu awal minggu ini.
(sumber TVA)
1 comment:
Dunia sedang ketawakan Malaysia!! Malu aku nak mengaku aku ni rakyat Malaysia kalau aku ke luar negeri nanti!!
Post a Comment