
Sultan Azlan Shah telah berpeluang mengelak segala kekecohan ini jika baginda telah membubarkan dewan dan mengembalikan mandat kepada rakyat untuk memilih kerajaan negeri yang baru, selaras dengan prinsip demokrasi. Istana tidak hanya harus bebas dari campurtangan dalam politik tetapi mesti juga dilihat sebagai berbuat demikian.
BN telah bertindak dengan tergesa-gesa mengadakan sidang DUN itu walaupun pertikaian siapa MB yang sah belum diputuskan oleh mahkamah. Bagaimana jika Isnin ini, mahkamah memutuskan Datuk Seri Nizar Jamaluddin adalah MB sah?
Dan jika Zambry pula dilantik, sudah tentu tanggapan yang timbul ialah keputusan itu dipengaruhi oleh sidang dewan berkenaan. Kekecohan semalam membuktikan kestabilan politik tidak mungkin kembali ke Perak selagi Sultan tidak membubarkan DUN bagi membolehkan pilihanraya negeri di adakan.
No comments:
Post a Comment