
Semasa kekecohan sidang DUN yang dipanggil oleh BN, beliau yang juga ADUN Tronoh telah diheret dan dikurung di dalam bilik setor selama sejam oleh individu2 yang dipercayai anggota polis. Sivakumar memohon perintah mahkamah terhadap Speaker baru yang dilantik oleh BN, Datuk R Ganesan, daripada mengganggu beliau menjalankan tugas.
Sivakumar juga memohon gantirugi terhadap tindakan kekerasan terhadapnya sewaktu sidang DUN Perak pada 7 Mei lalu, di mana beliau diheret keluar dari dewan secara kekerasan oleh anggota polis atas arahan Ganesan.
Sehubungan itu, Sivakumar juga memohon perintah mahkamah terhadap Ganesan untuk menghalangnya daripada terus bertindak secara kekerasan oleh (Ganesan) dan/atau ejen atau pesuruhnya.
Media melaporkan terdapat kira-kira 100 orang yang tidak dikenali yang berpakaian lengan panjang dan bertali leher yang memasuki Dewan secara misteri dan terbabit dalam huru hara semasa sidang tersebut.
1 comment:
saman shj mereka nih... kalau tak lut makamah malaysia saman guna makamah antarabangsa... makamah antafrabangsa tk dicontrol oleh najis..
Post a Comment