
Demikian dinyatakan oleh MB Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin pada sidang media di kediaman beliau selepas tamat mesyuarat tersebut yang diadakan di Pejabat Badan Perhubungan PAS Perak di Ipoh.
Keputusan itu adalah antara 3 ketetapan penting yang diputuskan of Exco pada mesyuarat itu susulan kepada keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur tengahari semalam yang mengisytiharkan Datuk Seri Nizar sebagai MB yang sah sejak beliau mengangkat sumpah jawatan tersebut pada Mach 2008.
Ketetapan lain yang diambil ialah mengutus warkah kepada Sultan Azlan Shah bagi memohon mengadap baginda dan mempersembahkan permohonan PR supaya DUN di bubar dengan seberapa segera. Beliau berkata surat tersebut akan dihantar kepada Istana Kinta pagi esok (12/5).
No comments:
Post a Comment