
MB yang sah Datuk Seri Nizar Jamaluddin di jangka memohon menghadap Sultan Perak Sultan Azlan Shah untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri bagi membolehkan pilihanraya negeri di adakan semula.
Ini berikutan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa Datuk Seri Nizar adalah Menteri Besar Perak yang sah di sisi perlembagaan, dan bukan Zambry Kadir dari UMNO.
Hakim Abdul Aziz Abdul Rahim turut memerintahkan supaya Zambry dan barisan enam EXCO BN mengosongkan kedudukan mereka dalam kerajaan negeri. Beliau berkata kerajaan negeri Perak harus kembali semula di bawah teraju Nizar. Hakim Abdul Aziz juga berkata pilihanraya negeri harus diadakan semula.
Keputusan mahkamah tinggi itu, jika dihormati oleh BN, mampu menyelesaikan kemelut politik Perak yang berpanjangan setelah BN melancarkan rampasan kuasa awal tahun ini.
Zambry enggan menunggu untuk keputusan mahkamah dan terus mengatur untuk diadakan sidang Dewan Undangan Negeri Khamis lalu. Polis di bawa masuk ke sidang itu untuk mengheret keluar Speaker Dewan V.Sivakumar bagi membolehkan Zambry melantik calon pilihan sendiri dan seterusnya menguasai Dewan Undangan Negeri Perak.
Insiden itu mengaibkan Malaysia di kaca mata dunia namun Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mempertahankan tindakan polis itu sebagai sesuatu yang perlu dilakukan.
Najib adalah Pengerusi BN Perak dan dilihat sebagai orang yang mendalangi rampasan kuasa berkenaan. Beliau belum mengulas keputusan mahkamah hari ini yang disambut baik oleh pemimpin2 PR.
No comments:
Post a Comment