
Ketua Umum PKR itu kemudian menegaskan bahawa pendirian beliau tidak pernah berubah, yakni beliau akan terus berjuang memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa ilmu, dan pada waktu yang sama beliau akan mempertahankan kedudukan bahasa-bahasa ibunda semua kaum lain sebagaimana yang termaktub dalam Perlembagaan.
Sasterawan Negara Dato’ A. Samad Said menegaskan beliau akan terus menjelajah seluruh negara bagi menerangkan kepada rakyat isu sebenar yang diperjuangkan oleh GMP, dan beliau sendiri.
Dato’ Seri Anwar juga dimaklumkan, oleh sebab Tan Sri Muhyiddin masih enggan memansuhkan PPSMI, maka GMP akan turun padang bagi menjalankan siri kempen penerangan di seluruh negara, dan negeri yang pertama dipilih adalah negeri Johor.
Johor dipilih kerana ia adalah negeri kubu terkuat UMNO, dan UMNOlah yang mengkhianati Bahasa Melayu.
GMP berpendapat bahawa rakyat negeri Johor perlu diberi penerangan yang sejelas-jelasnya mengapa mereka mesti menolak UMNO, yakni selagi UMNO tidak mengembalikan kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar kepada keadaannya sebelum 2003.
(nikhassanazmi.blogspot.com)
No comments:
Post a Comment