

Beliau (DSAI) telah mengarahkan Sankara Nair (peguam DSAI) menghantar surat tuntutan mendesak Anifah menarik balik kenyataan beliau dalam tempoh 24jam. Sekiranya gagal, pihaknya akan mengambil tindakan undang2 terhadap beliau kerana memfitnah DSAI.
Sankara mempertikaikan motif Anifah mencalar imej Anwar pada pertemuan beliau dengan Setiausaha Negara Amerika, Hilary Clinton di Washington Khamis lalu. Beliau mengatakan, Anifah sengaja mengambil kesempatan untuk memburuk-burukkan DSAI di hadapan Clinton dan media antarabangsa.
Pada pertemuan dengan Clinton di pejabat beliau di Washington dan semasa sidang akbar, Anifah mendakwa DSAI telah membuat tawaran jawatan kepada beliau ketika timbul ura2 Ahli2 Parlimen daripada BN mahu melompat ke PR.
Anifah juga mengambil langkah defensif mempertahankan boss beliau (Najib) berhubung dakwaan kaitan beliau (Najib) dengan kes pembunuhan Altantuya.
No comments:
Post a Comment