

"PR bukan mahu bertolak-ansur, tetapi bekerja bersama-sama untuk menghormati Perlembagaan, menghormati Kedaulatan Undang2, dan kemuncaknya kembali kepada rakyat.
Kita akan terus menggunakan tindakan perundangan, walaupun pada masa lalu kita telah menyuarakan kesangsian kita terhadap keberkesanan sistem keadilan yang mengadili kes2 yang dibawa ke mahkamah.
Dengan mengambil kira langkah2 repressive yang telah diambil BN sepanjang krisis ini, kita masih bersabar dan bersedia untuk mencari jalan penyelesaian secara aman, dan tuntas bagi memulihkan konflik ini.
Pertemuan dengan Najib tidak akan menjejaskan pendekatan perundangan yang telah diambil oleh PR berhubung krisis politik ini. Kita berpendirian untuk meneruskan pendekatan undang2 yang telah diambil.
Namun begitu, ini adalah krisis politik dan ia tidak boleh diselesaikan di mahkamah atau di istana. Ia harus dipulangkan kepada mahkamah rakyat, kerana akhirnya keputusan terletak di tangan rakyat".
Beliau yang mewakili PR berkata demikian pada sidang akhbar bersama pemimpin lain di Pejabat Agung PAS di Kuala Lumpur hari ini. Presiden Pas Abdul Hadi Awang, Penasihat DAP Lim Kit Siang dan MB Perak Nizar Jamaluddin turut hadir di sidang akhbar itu.
No comments:
Post a Comment