
Keputusan ini sudah tentunya mengembirakan majoriti rakyat Malaysia kerana ia merupakan satu 'kemenangan rakyat'. Ini membuktikan bahawa Perlembagaan merupakan undang2 tertinggi di negara ini.
Patutlah semalam Najib sibuk berbicara mengenai kerjasama dengan PR. Rupanya beliau sudah dapat 'menghidu' akan keputusan ini. Beliau juga sibuk menyeru PR mengikut undang2 negara. Walaupun rakyat tidak menaruh harapan yang tinggi kepada institusi kehakiman negara akibat daripada keputusan yang lepas2, kebenaran terbukti juga akhirnya. Rakyat mengucapkan berbanyak terima kasih kepada hakim yang mengadili kes ini diatas keberanian beliau.
Suasana ini telah memberi 'harapan baru' kepada seluruh rakyat Malaysia untuk merialisasikan impian mengambil-alih kerajaan pusat daripada BN. 'Disebalik Musibbah Yang Menimpa Kita, Pasti Ada Hikmahnya'. Terus mara kedepan....,jangan gentar..., 'kemenangan besar' semakin teserlah...., LAWAN TETAP...., LAWAN..!!!
No comments:
Post a Comment