
Mungkin atas alasan itu pucuk pimpinan Umno mahu melihat perubahan di dalam kepimpinan kerajaan negeri dan saya difahamkan ia akan berlaku dalam masa 2 atau 3 minggu lagi.
Umno Terengganu sudah berpecah kepada 2, 3 kumpulan yang bermusuhan dan ini memberi kesan mendalam terhadap keberkesanan Datuk Ahmad sebagai MB. Sukar baginya menjalankan tugas apabila kepimpinanannya sentiasa diganggu gugat oleh kumpulan Idris Jusoh dan beliau pula tidak disenangi oleh ramai kakitangan perkhidmatan sivil Terengganu disebabkan oleh sesetengah tindakan dan dasarnya.
Pertukaran MB yang bakal berlaku juga adalah sebahagian daripada strategi penyelesaian Pengerusi Badan Perhubungan Umno Terengganu yang baru, Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang mengambil alih jawatan itu daripada Datuk Ahmad dalam rombakan kepimpinan Umno negeri baru2 ini.
Walau bagaimanapun disebabkan Datuk Ahmad adalah pilihan Sultan Terengganu dan bukannya calon Umno, maka pucuk pimpinan parti perlu mendapat restu istana sebelum menggantikan beliau. Sekiranya pihak istana masih mahukan perkhidmatan Datuk Ahmad ini mungkin menyukarkan lagi usaha memulihkan kemelut politik Umno di negeri itu".
Ada juga desas-desus kedengaran, berkemungkinan beberapa ADUN BN Terengganu melompat menyertai PAS. Ini berdasarkan kenyataan Naib Presiden, Datuk Husam Musa yang mendedahkan beberapa ADUN BN telah menyatakan hasrat untuk meninggalkan Umno dan menyertai PAS.
No comments:
Post a Comment