
Dalam surat tulisan tangan itu, beliau yang juga profesor di sebuah universiti di Monggolia berkata rakyat Malaysia dan Monggolioa tertunggu-tunggu kebenaran daripada kes pembunuhan anaknya itu dan hubungan diplomatik antara kedua-dua negara telah terjejas kerananya.
Dr Setev juga mendesak Najib, kerajaan Malaysia dan pihak polis supaya memberi perhatian kepada saman sivil yang dikemukakan kepada mereka sambil merujuk kepada nasib 2 anak Altantuya yang kini yatim.
"Saya mahu menenangkan roh anak saya dengan membuat majlis pengkebumian, yang mana saya belum melakukannya, sehingga selesai semua isu berhubung kematiannya," kata beliau dalam surat yang bertarikh 5 May 2009.
No comments:
Post a Comment