![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEh5zcV3s0uaOmKqfethEMY50ACRVcmtubWAXvOOtmZdu46SpTbDE6bNGdJ1_mHJgmO543oM2wGqM4BywAIugInNnsVZv6E1IA3hJx3P4seOJ3pmXF7f7H0trQO3SmU3wdA6SkyBKqO0cm0j/s200/Dato+Seri+Dr+Ahmad+Zahid+Hamidi.jpg)
Kenapa sekarang baru memikirkan sidang khas DUN adalah cara terbaik bagi menyelesaikan kemelut politik di Perak? Sepatutnya Zahid, selepas sahaja team kamu berjaya menarik perhatian ADUN2 Katak itu yang sanggup menjadi pembelot, terus saja memanggil sidang khas untuk membuktikan BN mempunyai majoriti dan terus membuat usul undi tidak percaya terhadap DS Nizar untuk memecat beliau. Pasti semua kemelut politik ini tidak akan berlaku. Terbukti team kamu begitu takut untuk melakukan sedemikian.
Kenapa semasa DS Nizar berusaha untuk memanggil sidang DUN tergempar tempoh hari, team kamu membisu bagaikan tunggul kayu? Bukan itu saja, ADUN2 PR terpaksa membuat persidangan dibawah pokok akibat daripada kerajaan haram kamu begitu takut kepada persidangan itu. Kamu siap mengejek lagi kepada ADUN2 PR yang telah membuat sidang khas dibawah pokok semasa dalam program Hujjah di TV9.
Ini satu lagi kenyataan yang tak patut keluar daripada seorang menteri. Beliau mengatakan rakyat pada keseluruhannya tidak mahu ada kekecohan politik di negeri Perak ini sekiranya pilihan raya diadakan. Team kamulah wahai Zahid yang telah memulakan kekecohan ini! Rakyat makin membenci kamu dan parti kamu wahai Zahid dengan keluarnya kenyataan yang bodoh sebegini.
Tak payah mencuba dan terus memperbodohkan rakyat wahai Zahid. Pemikiran rakyat sekarang jauh lebih cerdik daripada kamu. Rakyat Perak telah membuktikan mereka menyokong PR dengan memberi undi mereka kepada DS Nizar semasa PRK Bkt Gantang baru2 ini. Memang sudah sah! pemikiran si Zahid sekarang sudah menjadi 'songsang'. Yang jelas sekarang, team kamulah wahai Zahid yang tidak mahu Pilihanraya Negeri diadakan kerana takut menerima kekalahan besar.
Zahid Hamidi yang saya kenal dulu jauh berbeza dengan yang sekarang. Dulu beliau begitu lantang mengkritik kerajaan sebelum DSAI dipecat daripada UMNO. Sekarang tak kira apa yang dilakukan oleh boss beliau sentiasa dibelanya biarpun benda itu begitu menjijikkan.
No comments:
Post a Comment