
Nizar daripada PR memfailkan kesnya 13 Februari lalu supaya mahkamah mengisytiharkan beliau sebagai Menteri Besar yang sah. Nizar, 52, dilantik sebagai MB pada 17 Mac 2008 setelah pakatan DAP, Pas dan PKR menang 31 daripada 59 kerusi dalam pilihan raya umum 8 Mac.
Bagaimanapun pada 4 Februari lalu, satu 'rampasan kuasa' terancang dengan 3 ADUN PR Perak memutuskan untuk keluar daripada parti masing2 untuk menjadi ADUN Bebas tetapi menyokong BN setelah 'hilang' beberapa hari. Tindakan itu menyebabkan BN secara 'haram' telah memiliki sokongan majoriti dalam DUN Perak.
Lebih mendukacitakan ialah Sultan Perak Sultan Azlan Shah telah berkenan melantik Zambry sebagai MB yang baru pada 6 Februari lalu.
Nizar dalam afidavitnya berkata, beliau masih MB atas alasan tidak ada sebarang undi tidak percaya dibuat terhadapnya dalam DUN dan beliau juga tidak meletak jawatan.
Semasa prosiding Khamis lalu, peguam utama yang mewakili Mohammad Nizar, Sulaiman Abdullah memberitahu mahkamah bahawa krisis politik di Perak boleh diselesaikan dengan memberikan semula mandat kepada rakyat untuk memilih pemimpin mereka.
No comments:
Post a Comment