
Perlakuan samseng oleh polis dan Adun BN mengheret keluar Speaker V.Sivakumar daripada Dewan Undangan Negeri Khamis lalu cuba ditutup oleh Najib dengan membebaskan pemimpin Hindraf dari tahanan ISA.
Keengganan Najib untuk membidas perlakuan Setiausaha Kerajaan Negeri dan polis menunjukkan beliau merestui kekecohan pada sidang DUN itu yang mengaibkan Malaysia di mata antarabangsa.
Tindakan Najib membebaskan beberapa tahanan ISA keesokan harinya, dibuat hanya atas kepentingan 'politik semasa' PM dan BN semata-mata.
Antara persoalan yang dikemukan ialah:-
-Kenapa hanya 13 orang dibebaskan?
-Adakah baki tahanan ISA tidak mempunyai perasaan atau keluarga yang sayangkan mereka?
-Tidakkah mereka juga mempunyai maruah seperti kita?
-Bukankah mereka juga mempunyai hak untuk mempertahankan diri terhadap tuduhan kerajaan di mahkamah?
-Kenapa mereka tidak dibebaskan?
V.Manoharan, adun Kota Alam Shah, khususnya menengahkan persoalan samada langkah itu didorong oleh rasa cemas Najib untuk mengelak daripada berdepan dengan satu lagi pilihanraya kecil.
Najib bertanggungjawab sepenuhnya mengaibkan Malaysia di peringkat antarabangsa dengan tindakan kerajaan beliau enggan menghormati doktrin pengasingan kuasa sehingga mencetuskan krisis di Perak.
Begitu juga dengan tindakan Najib membelakangkan hak asasi manusia dengan terus mendokong ISA dan membiarkan tahanan terus merengkok di penjara Kamunting tanpa perbicaraan mahkamah".
No comments:
Post a Comment